Photoshoot Pre-Wedding Cik Azie & Encik Mimpi

 

 

Baru-baru ini sempat photoshoot pre-wedding bakal pengantin yang sangat sporting which is Kak Azie dengan Encik Mimpi. Lokasi photoshoot dalam pokok rhu dekat Pantai Teluk Ketapang sebelah pagar airport tu. Macam cantik je tempat tu kalau tengok dari jauh. Itu yang pilih tempat tu. Lagipun dekat dengan rumah dan tempat kerja :D

 

Sebelum shoot, haruslah berkenalan dengan bakal suami Kak Azie dulu. Nama dia Pie. Aku yang pesen memandai-mandai nie terus gelar dia Encik Mimpi yang sampai  hari ini melekat nama tu. Mujur Kak Azie dengan Encik Mimpi sporting gila. Jenis tak kisah dan gila-gila. Dalam gila-gila, ada manisnya :D

 

gambar pre wedding

 

Disebabkan Encik Mimpi dengan Kak Azie memang dah sedia fotogenik, tak susah sangat nak shoot gambar diorang. Tengok kamera fokus ke diorang, terus diorang pose ikut suka hati diorang. Senang kerja. Tak payah nak mengajar diorang pose sangat hihi. Props yang diorang pegang tu kita buat sendiri tau.Siap ada bunga matahari lagi miahaha.

 

gambar pre wedding_1

 

Dah puas photoshoot dekat dalam pokok rhu, kitorang sambung pulak photoshoot di dalam lalang tepi Pantai Tok Jembal dekat UMT. Bukan setakat bertukar tempat, baju Kak Azie dengan Encik Mimpi pun turut bertukar :D

 

pre wedding

 

Peace yo. Selamat Pengantin Baru untuk bakal pengantin baru kita, Kak Azie dengan Encik Mimpi yang akan diijabkabulkan pada 11/12/13. Comel betul tarikh yang diorang pilih. Semoga masjid yang bakal dibina sakinah mawaddah warahmah. Nampak dah seri pengantin di muka Kak Azie tu hihihi. Bila shoot pre-wedding orang, rasa macam nak jugok gitu wakakaka.

 

pre wedding cantik

 

Gambar pre-wedding Kak Azie & Encik Mimpi ditembak dan diedit oleh HS PHOTOG.

11 Komen untuk "Photoshoot Pre-Wedding Cik Azie & Encik Mimpi"

wahh jd photographer pulak dia. hehe

ehemmmm....jo ambik gambar terrrrrr.....

Suka gambar 2nd & 3rd!

meh nak ambek gambar awok plop.. :P

Thanksss puji gambo titew

- Cik Azie :P

suka-suka je ni asha. mai la nak outdoor pun hihi

Alala...akak terlepas byk entry ni...laters entry pijol x naik di bloglist akak ke?aritu blog tinta lana yg bermasalah mcm tu..sori dik......

cantik shoot ! aku nampak link blog kau ni dekat page encik mimpi . LOL

bila nak shoot saya :'(

Back To Top