Musim Buah-Buahan Tempatan di Kuala Terengganu

 

Salam.

 

Tahun lepas tak dapat nak rasa musim buah-buahan dekat kampung sebab ada dekat kolej. Kalau nak makan buah-buahan tempatan macam manggis, rambutan, duku boleh pergi kebun buah-buahan dekat kolej. Tapi buah rambutan dekat kampung lagi sedap. Ada buah rambutan anak sekolah dengan kerak nyior yang sedap gila manis gila tu. Fazri selalu ajak makan buah dekat kebun sana. Ok la kan daripada tak ada langsung.

 

 

Tahun ini Alhamdulillah dapat makan buah-buahan tempatan di kampung selepas tiga tahun tak dapat rasa beb. Tiga tahun merantau negeri orang balik juga aku ke kampung menghabiskan beras Puan Fatimah Sulong. Muahahah! Apijol memang selalu beli beras dekat kedai tapi pakai duit mak lah ! =.=

 

 

Aku sebenarnya bersyukur sangat rumah kat kampung. Paling best masa musim buah-buahan tempatan macam manggis, durian, rambutan dan duku. Memang rumah aku jadi tumpuan kawan-kawan bila tiba musim buah. Semua pakat mari rumah aku almost everyday kot. Boleh dikatakan diorang juga yang menghabiskan buah belakang rumah aku tu. Ok la daripada biar je buah tu buruk takde orang nak makan kan.

 

Jom Main Panjat Pokok

 

Bila tiba musim buah, Memang selalu dapat mesej ‘P-joe harinie nak mai rumah mu nak makan buah’. ‘P-joe nak buah rambutan’. ‘P-joe nak panjat pokok manggis’. Kemudian seorang Apijol yang sangat baik hati nie reply ‘Ok, mari la. Banyak plastik saiz bebas dari rumah masing-masing ye’. Pasal rumah Apijol takde plastik sokmo. Then diorang reply ‘nanti aku bawak guni’ . Ok jugak bawak guni boleh isi kambing sekali dalam tu. kakakah!

 

 

Diorang datang lenggang kangkung, sambil bawak satu baldi pergi belakang rumah gaya makcik-makcik bawah baldi nak pergi basuh baju dekat sungai tu. Kutip punya kutip buah rambutan sehingga penuh satu baldi. Masing-masing bawak balik buah penuh satu plastik.

 

gambar rambutanApijol gigih panjat pokok manggis sambil kawan-kawannya kutip buah dekat bawah pokok.Apijol juga kait buah rambutan sehingga penuh satu baldi untuk dibawa pulang oleh kawan-kawannya. Bagus betul seorang Apijol nie.

 

Bergambar Dalam Kebun Buah-Buahan

 

Bila dah habis panjat pokok, kait buah rambutan sampai penuh satu baldi, memang tak sah kalau tak bergambar dulu dengan buah berlatar belakangkan kebun ada nampak pokok rambutan sikit dekat belakang.

gambar kebun buahan  Muka ceria senyum sampai telinga bila dapat bawak balik buah rambutan Apijol yang manis gila. Nama buah rambutan tu rambutan anak sekolah dengan rambutan kerak nyior. Nama rambutan pun kemain lagi comel.

 

bergambar dengan rambutan Ada tak macam gaya posing model buah rambutan masak ranum tunggu masa untuk dimakan? lol

 

Musim Buah-Buahan Dah Habis

 

Tadi pergi silau-silau belakang rumah. Perut lapar nak makan buah rambutan. Mujur ada lagi 2 3 tangkai rambutan belakang rumah. Kalau tak mesti kempunan. Blah ah kau Apijol. Bila buah rambutan lebat, tak pulak kau nak makan. Bila tinggal 2 3 tangkai baru terhegeh-hegeh nak kempunan kan. hahah!

 

1277959_677796915581660_146202061_o

  DSC01976

Gambar kiri masa rambutan masak ranum. Gambar kanan gambar harinie. Habis licin dah rambutan atas pokok. So, kita tunggu tahun depan pulak lah ye kalau nak makan buah rambutan dekat rumah Apijol. Suka tak !??

9 Komen untuk "Musim Buah-Buahan Tempatan di Kuala Terengganu "

bawa aku p mkn!! mbr ak dri ganu pun byk buah dia bwa blik kl..haha

hana pown suka panjat pokok. haha :D

Salam apijol..

Musim buah yg akan dtg...jemput la akak pulak...akak bw lori..ehehehe

untung la ada kebun buah....

Tahun depan jemputlah makcik pergi makan rambutan sekali ye...:)

Keterujaan melampau bila dapat makan rambutan, manggis dan duku petik dari pokok weeehhh...

tunggu tahun depan pulak hairy hahah!

Kampung Girl nye Hana hehe =p

nak bukak kedai buah dekat rumah Kak Wirda ke yg bawak lori tu? hahah!

Yee Makcik.. Datang laa.. kita panjat manggis sama-sama

harap2 thn depan aku dh posting kt kampong..dapat la aku merasai balik pengalaman petik rambutan kt belakang umah mak. sobsob.sob.

Back To Top