Review Nivea Men Mud Foam 10x Whitening Effect


Salam.

Harinie aku nak review Nivea Men Mud Foam 10x Whitening Effect. Aku tengok sekarang ramai blogger wanita duk post pasal review produk. So, aku selaku wakil blogger lelaki pun nak review jugak la produk yang aku pakai. Ikhlas untuk para pembaca di luar sana gctew hahahaha.

DSC01872

Kalau korang perasan, pemasaran produk ini dah bersepah dalam iklan tv. Aku start pakai produk ini masa bulan puasa baru-baru ini. Masa tu takde lagi iklan dia dalam tv. Masa tu Watson tengah buat promosi. Beli botol besar, dapat botol kecil satu harga tak sampai pun RM15. Kira murah la kan. Setelah meminta pandangan perunding kecantikan aku,Amal, maka aku pun beli la satu.

Aku pesen suka tukar-tukar pencuci muka. Bukan apa cuma produk-produk yang terdapat di pasaran tidak berkesan untuk kulit aku. Bukan main kau bercakap macam kau dah try semua produk kan. haha. Takde la semua. Cuma kebanyakan produk aku dah try namun muka aku tak jadi pun flawless macam Awal Ashaari atau Aaron Aziz pun. haha =p

Tadi tanya pendapat Mekna mengenai kulit wajah aku sekarang, korang nak tahu apa Mekna cakap?

“ Jerawat dah takde sekarang. Parut-parut kurang. Pakai apa? Flawless.”

Bukan main Mekna puji aku. Tak tahu la pujian ikhlas ke tak. Kita pakai Nivea Men Mud Foam 10x Whitening Effect(nama tu tak boleh ke nak panjang lagi) nie la Mekna kalau nak tahu. Flawless yang tak tahan tu. =p


Buat para jejaka kacak yang ingin kelihatan lebih kacak diluar sana, cubalah Nivea Men Mud Foam 10x Whitening nie. Ah, tipulah kalau korang cakap korang taknak kulit wajah cerah, bersih, bebas daripada jerawat kan. Penting bagi seorang jejaka menjaga kulit wajahnya. Aku sebiji jerawat yang ada nanah tumbuh kat muka pun boleh down level of confident. Cuba 11 bijik jerawat tumbuh di muka. Memang down to the earth la jawabnya.=p


Buat jejaka yang mempunyai masalah kulit wajah dan tercari-cari produk apa yang berkesan untuk mengatasi masalah kulit wajah anda yang tak berapa nak elok tu, boleh cuba produk ini ye. Mula-mula pakai produk baru untuk kulit memang la akan tumbuh jerawat dekat muka. Konon nak buang jerawat la. Nanti lama-lama bila produk dah diterima oleh kulit, kulit akan bertambah elok. Kesan-kesan cela mula hilang. InsyaAllah


 DSC01860     
Unedited. Cuma adjust contrast dengan brightness sebab camera tak lawa langsung


Comel tak Kak Ton? haha. Ini gambar terbaru aku selepas menggunakan Nivea Men Mud Foam 10x Whitening Effect. Itupun pun ada lagi parut-parut jerawat, bintik hitam atas hidung sebijik kan. Dahi dengan pipi aku memang tone warna tak sama. Bukan aku edit kasi cerah aku punya pipi ok. haha. Antara yang aku perasan perubahan pada wajah aku ialah:-


- Muka bertambah cerah.
- Bintik-bintik hitam di muka kian pudar.
- Parut-parut jerawat kian pudar.
- Jerawat juga makin berkurangan.
- Bintik hitam atas hidung kenapa tak hilang-hilang grr.
- Jerawat tetap tumbuh sebab tak jaga pemakanan sangat (budu tempoyak semua aku sapu).
- Walaupun jerawat still tumbuh jarang-jarang, tapi cepat hilang dan tak besar.


Antara kelebihan Nivea Men Mud Foam 10x Whitening Effect seperti yang tertera di botol ialah :-



DSC01868


1- Deeply cleanses to remove oil and impurities
2- Provides long lasting anti shine
3- Prevents and reduce acne
4- help removes blackheads and whiteheads
5- Unclogs and refine pores
6- Brightens skin
7- Lightens dark spots and acne marks
8- Prevent skin from becoming dull
9- Gives back natural fairness
10- Refreshes and cools skin (Memang betul-betul cool pun kulit lepas pakai)

Anda yang tertarik dengan review aku yang tak seberapa ini, bolehlah cuba dapatkan Nivea Men Mud Foam 10x Whitening Effect di pasaran. Kalau tak confident dengan keberkesanan produk, boleh try botol kecil dulu. Bila dah nampak keberkesanannya, boleh beli botol besar pulak ye. Untuk kebaikan kulit wajah kita jugak. Bila kulit wajah elok, baru best nak keluar jalan-jalan, nak pergi kerja, nak berdepan dengan orang ramai. Tak gitu ?

P/s: Macam entri syok sendiri je Apijol oi. =p
39 Komen untuk "Review Nivea Men Mud Foam 10x Whitening Effect"

eh sama la, aku pun pakai masa puasa lepah jgak :)

not bad! sbab dapat reduced kan pore, tapi aku buat selingan bersama garnier lah..hehe

Berkesan sebab produk ini memang sesuai dengan kulit Hafiz.

Amboi, bukan main cerah lagi muka dlm gambar tu, haha... Pernah jugak try pakai, & mmg best, tak ada side effects & tak rosakkan kulit...

Tapi dok pakai brand lain sekarang ni...

#swith
#inikalilah
#takpayahnakhashtagsangatlah

;p

Ok la tu, dulu dah pakai tapi effect takde... So stop pakai...

produk nivea ni memang terbukti berkesan ^_^ suka losyen dan deodorent nivea

haha.. bagus gak entri nih. aku pun tgh mencari lagi produk yang sesuai. manjang tak sesuai jer

lelaki maskulin zmn skrg aishhh :P

Siap selingan lagi tu kau. ha3. aku x mampu nak selingan.

Susah la nk jmpa produk laki yg sesuai dgn kulit ha3

Pakai brand apa pulak ? nanti buat la review haha

Cubalah produk nie gerenti sesuai dgn kulit kau.

Perempuan pun apa kurangnya. #eh ! haha

hai datang sini membalas kunjungan :)

aku kene buat review jgk ape..haha..aku pernah buat entry teknik hilangkan jerawat kt blog..semua cam bengang je..sbb tuh entry propa lebih..xguna produk cuci muke tp gune laptop punyer kamera..haha. btw aku gune loreal for men..insyaallah aku buat review kalau kulit muke mula menunjukkan hasil.:P aku pon selalu tukar produk tp hasil mcm bangang jer.

setia ngn loreal saja..hahah

wah.. semakin kacak lea kalau macam ni... err.. popuan leh pakai x? kikiki

saya pon asyik tukar2 je produk utk muka nih..
asyik x menjadi je..
boleh try la palk yg nie..
tp mcm x pernah nmpak pon produk ni kat supermarket kat sini..
huhuu..
nk kena cari n try jgak ni..

Buat la review. Mana tau boleh org diluar sana pasal kebaikan produk haaa..

Cuba la baru tahu blh ke x . haha

Guardian @ Watson mesti ada punya nie. Kalau x de jugak, habis stok la tu sbb laku sgt ha3.

ho2, tq follow..trasa pulk dri ini bila kta blogger wanita skew review produk..ngeh3..slmt brkenalan br0 hafiz!

bintik itam pd idung kene pakai scrub yang macam kertas pasir tu baru menjadi ... ahhaha

siyes .. try cari scrub yang kasar like apricot .. amik yang paling kasar .. coz kekasaran product tu ada byk jenis dah sekarang ... try la ...

jgn lupa pakai toner lps scrub ok!

Thanks.. Nanti nak try ah. hehe

Tak dinafikan...org lelaki sekarang ni sama naik je dgn org perempuan dlm penjaagan diri....kalau dh sesuai tu..eloklah dipakai secara berterusan...

Pertama kali saya baca blog awak... saya kurang bersetuju dengan idea2 awak...

tapi setelah baca berulang kali... saya dah faham...
saya minta maaf sbb buruk sangka dengan awak selama nie...


Check out my web site: Rahsia Hebat Diranjang

blh la lpas ni try apply jd duta nivea ea...blh dpt brg free plak... ;)

Aritu nak beli gak mud foam ni,pastu dah abis kot kat guardian,
pastu beli la nivea men extra whitening facial foam,baru test brape ari,ok gak r,
bile abis yg facial foam tu baru r nak tukar mud foam.

Tanpa Nama
delete

gnalah nevia yg ssuai..lau tak mata skit loooo""

Blh brkesan ker produk nivea ni??

bagus juga nih produk dari nivea. boleh coba juga.. :)

haaa boleh suruh hasben waolsss pakai ni....

Aq pon jnis tuka pncuci muka dr murah smpi berpuluh tapi smua buang dlm longkang sbb x sesuai..pstu mse kje 7e tgh susun pncuci muka trnampak nivea ni..mcm menarik..try satu mmg best..brkesan..aq pki da berbelas botol kecik tu

Back To Top