AKTIVITI BERBASIKAL DI TAMAN BOTANI PUTRAJAYA

Korang pernah berbasikal di Taman Botani Putrajaya? Haritu Syerah and the geng datang Putrajaya. Kebetulan aku pun di Putrajaya. Dia ajak aku bawak diorang photoshoot dekat tempat-tempat best di Putrajaya. Aku kalau sebut tempat best di Putrajaya aku terus fikir di Presint 2 je. Tapi diorang taknak Presint 2 jadi aku bawak diorang pergi Taman Botani Putrajaya. Padahal aku tak pernah lagi pergi Taman Botani tu. haha.


Sampai di Taman Botani kitorang terus tempah basikal. Baru senang nak bergerak. Taman Botani tu besar gila. Letih kau nanti kalau nak jalan kaki pusing satu Taman Botani tu serious aku cakap. Memang berbaloi gila la kitorang berbasikal pusing satu Taman Botani. Dapat shoot tempat-tempat yang sangat cantik dekat sana. Gila tak cantik Taman Botani dikelilingi tasik Putrajaya kot.


basikal taman botani  


Harga untuk tempahan satu basikal tak mahal pun. RM2/jam. Ok la kan. Lepas nie boleh la kalau bosan-bosan di Putrajaya aku pergi Taman Botani naik Nadi Putra pastu kayuh basikal di Taman Botani sorang-sorang kakaka.


Ini geng-geng Syerah. Aku tak sempat pun kenal-kenal dengan diorang. Aku kan pemalu mana nak bercakap dengan budak-budak perempuan ini. Apapun diorang sangat seronok boleh berbasikal di Taman Botani Putrajaya sambil berphotoshoot. Kan korang ? Seronok kan ? Hahaha.


taman botani putrajaya


Nanti kayuh punya kasuh basikal korang akan terjumpa satu tempat macam empangan. Macam yang dekat gambar bawah ini. Cantik tempat tu. Padang rumput luas berbentuk bulat. Ah aku pun tak pandai nak describe tempat tu macam mana kau kena pergi sendiri. =p

Taman Botani Putrajaya


Sepanjang kayuhan, korang akan berjumpa restoran, batu-batu tersusun cantik tepi tasik, jambatan kayu tepi tasik boleh bawak naik basikal lalu atas jambatan, pokok besar yang jenis akar terurai-urai tu, empangan macam gambar di atas, pokok-pokok yang korang tak pernah nampak boleh belajar nama pokok, Masjid Putrajaya dan Jabatan Perdana Menteri yang warna hijau tu, pemandangan sekitar Presint 8, 9 dan 10 dan banyak lagi.


Yang tak bestnya korang kena patah balik ke laluan mula kayuhan tadi sebab jalan lepas empangan ditutup kerja pembaikian apa ntah. Kira tempat macam empangan itu persinggahan terakhir korang boleh bergambar. So tak boleh jugak nak pusing-pusing satu Taman Botani jugak tapi still boleh berpuas hati dah pun. =p


pijo1


Thanks Syerah dan kawan-kawan untuk hari yang sangat bermakna ini. Special thanks to Faezah sebab tumpangkan kita dan hantar kita balik rumah. Nanti panjang umur kita jumpa lagi. Kita main basikal lagi di Taman Botani Putrajaya. =p
18 Komen untuk "AKTIVITI BERBASIKAL DI TAMAN BOTANI PUTRAJAYA"

puji gambar sendiri sweet ea.. hehehehe

wow..bestnya..cam tingin plk bwk ank2 berbasikal ctu..

ramainya kawan syerah . tak pernah lagi berbasikal di putrajaya. selalu berbasikal kat bukit chaya je.kat shah alam.

haha sweetnya bsikal tu..haha..ak xpernah lg artu dh nk kyuh tp hujan..haha

Salam, wah nmpk menarik tempat ni, pernah dgr tp xpernah pergi lg, and sewa basikal tu okay lah RM 2/jam..sgt2 berbaloi + scene2 cantik semua ada kan..haha nk g lah nnti ! :D

wahhhhh syokkan :) comel basikal tu :)

fuhyoo nice gila tempat ni! Boleh pergi satu hari nanti :)

sweet ye anda berdua tu mmg cara..hahahha :p done nuff awak yer.silaah balas :D

Basikal warna pink tak terkalah tu bro :)

Habis x de orang pun nak puji kakakaka.

Salam. haaa, pergilah !!!!

Bro...kalau kita sewa basikal kat taman botani....maknanya kita hanya boleh cycling di dlm taman botani saje ke?

Nak pusing satu tmn botani at least berapa jam eh

Dalam 1 jam pun dah siap pusing kot. kalau bhnti bgambar ke lama la sikit. :D

nak tanya, ingat nk bwk kwn pegi wetland just nk p kayak ngn cyling. kene booking dulu ke eh

Back To Top