Cara Senang Nak Dapatkan Pahala Walaupun Selepas Mati

 

Assalamualaikum w.b.t

 

Dua tiga hari ini ramai kenalan yang broadcast aku dekat whatsapp dan bbm pasal tajuk entri dekat atas tu. Aku nie pesen malas sangat nak broadcast balik dekat orang. Aku ada blog ok. Baik aku broadcast dekat blog terus. Lagi ramai orang boleh baca. Broadcast dekat whatsapp dengan bbm tu bape ketul je yang boleh baca. Oh nampak sangat contact bbm aku tak laku. :(

 

Cara Senang Nak Dapatkan Pahala Walaupun Selepas Mati :-

  • Pasang kipas di surau/masjid walaupun 1. Setiap kali orang guna, anda dapat pahala walaupun selepas mati.
  • Derma kerusi roda di hospital. Setiap kali pesakit guna, anda akan dapat pahala.
  • Beri baju kepada orang. Setiap kali orang pakai, anda dapat pahala.
  • Beri makanan kepada orang. Anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya.
  • Menyampaikan ilmu yang bermanfaat. Selagi mereka mengamalkan, pahala anda tetap ada.

7 Kalimat yang harus dibiasakan :-

  • Bismillahirrahmanirrahim – Setiap hendak melakukan sesuatu.
  • Alhamdulillah – Setiap habis melakukan sesuatu.
  • Astagfirullah – Jika melakukan sesuatu yang buruk
  • InsyaAllah- Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
  • Innalillahi wainnna ilaihi rojiun – Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khabar kematian.
  • La ilahaillahlah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.

Rasulullah SAW bersabda, “barangsiapa yang menyampaikan 1 ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada ( meninggal dunia ), dia akan tetap memperoleh pahala”

Amiin ya rabbal alamin. :)

 

Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan pahala untuk saham akhirat nanti selain perkara-perkara yang disebutkan di atas. Korang pun mesti lebih tahu kan. Apa lagi tambah la dekat ruangan komen dibawah. :)

2 Komen untuk "Cara Senang Nak Dapatkan Pahala Walaupun Selepas Mati"

teringat pula pada seseorang yang membeli vakum dan dia sedekah kat surau. menarik juga tu...

thanks atas perkongsian yang baik ni..

tenx jugak atas perkongsian kisah vacum tu haha =p

Back To Top