Kisah Promoter Celcom di Monorail KL

 

kisah promoter celcom

Salam.

 

Barunie mak ada call. Cemas je bunyi dia. Mak cakap surat merah dari celcom sampai kat rumah. Terkejut la mak. Celcom suruh aku bayar bil tertunggak kata mak. Berapa tunggakan ? Adalah dalam seratus camtu. Dua bulan tunggakan. Nasib baik aku cepat-cepat call operator service haritu suruh dia stop akaun. Kalau tak sampai sekarang bill tu terus tertunggak dan bertambah-tambah padahal aku tak guna pun no tu.

 

Begini kisahnya,

 

Haritu dalam beberapa bulan yang lepas, ada promoter celcom nie promote diorang punya plan. Aku pun dah tak berapa ingat sangat plan apa. Sebab dah lama. Dia ada cakap free je. Tak payah bayar. Just bagi i/c je. Aku dalam keadaan rushing nie rasa serba salah juga. Aku kan jenis baik hati sangat kan dekat orang. Dia buat muka kesian aku lagi la tak sampai hati gamoknye.

 

 

Tak pikir panjang dah, terus aku kasi i/c aku. Lagipun aku nak cepat kan. Dia pun macam dah tarik tangan aku. Nak lempang kan nanti malu orang tengok. Lepas dapat i/c aku terus dia photostat semua.

 

 

Tiba dia mintak aku RM20. Apa nie der. Tadi cakap free. Sekarang nie kena bayar pulak. Dia cakap RM20 nie sebab nak aktif no ke apa ntah. Aku pun ingat-ingat lupa. Something like that la. Kebetulan memang time tu aku takde duit pun. Kalau ada sekalipun memang aku dah bertegas takkan bayar pun sebab mula-mula tadi kemain dia cakap “ nak no free tak”. free tu bermakna tak payah bayar la kan.

 

 

Ah peduli apa aku. Lepas dia kasi i/c aku terus aku blah. Duit RM20 yang dia mintak tadi tu dia guna duit dia sendiri. Padan muka. Sebelum aku nak blah tu, memang dia ada bagitau juga pasal kelebihan plan nie. Aku macam endah tak endah je sebab memang rushing gila kan nanti tertinggal monorail ke apa kan. Tapi pelik juga la taktik dia. Kenapa sebelum aku kasi i/c tadi dia tak pulak cerita pasal kelebihan no nie. Lepas aku bagi i/c then dia siap photostat semua baru nak cerita kat aku.

 

 

Sebulan kemudian sampai la bil pertama dari no yang aku dapat dari promoter tu. Terbaik la. Seingat aku, memang aku tak pakai pun no tu. Bil pertama adalah dalam RM50. Gila. Tak guna pun  dah RM50 sebulan. Memang aku tak puas hati la nie.

 

 

Atas kelalaian aku juga yang lupa nak stop no tu, bil kedua sampai. Ok bil untuk dua bulan dah cecah RM100++. Apa lagi terus aku call customer service suruh dia stop no tu. Aku bagitau la dia keadaan aku. Aku tak pakai pun no tu tapi pasaipa bil berjalan juga. kau tipu aku ke nie? Aku dah tertipu ke apa. Dia suruh juga aku bayar sebab aku daftar atas nama aku kan. Nak tak nak aku terpaksa la juga bayar. Tapi bukan lagi pun. Aku hold dulu sebab memang takde duit pun nak bayar.

 

 

Beberapa bulan lepastu adalah cik nie call aku suruh aku jelaskan aku punya tunggakan. asap. Aku yang jenis wat ilek ilek nie tak jelaskan pun bil tu. Sampaila sekarang. Bahaha.

 

 

Minggu lepas masa aku tengah syok belajar dalam kelas mak ada call. mak suruh aku jelaskan bill tertunggak tu. Mak risau aku naik mahkamah katanya. Sebab surat yang sampai tu warna merah katanya. Minggu ni pun mak call lagi nak confirmkan adakah aku dah bayar ke belum . Mestilah tak. Hihihihi. Nanti-nantilah saya bayar mak. Kewangan saya tengah sesak nie. –.-"

 

 

Ada juga cerita kisah nie dekat member aku. Dia pun kena. Malah lagi banyak daripada aku. Kesian..

 

 

P/s : Pengajaran untuk diri sendiri dan anda diluar sana. Berhati-hatilah dengan promoter jalanan yang berkeliaran di KL nie. Tak cakap diorang penipu. Suruh berhati-hati je takut nanti jadi macam kisah aku kau yang naya !

6 Komen untuk "Kisah Promoter Celcom di Monorail KL"

sbb tu saya malas layan depa... biarlah mereka kata saya kerek...

patutnya xyah layan sgt la diorg tu
kalo aku, jupa promoter elak diri cepat2
dia bagi pamplet pun xpenah nak amek

ahahaha

Yes , sama dah terkena and memang menyesal gila pergi layan dorng . jenis main tarik2 .

HAHA aku tak bayar pun bila org celcom suruh bayar . aku suruh dorg setelkan sampai pihak atasan . tapi aku kena tanggung kesan dia lah . IC aku kena barred untuk beberapa bulan ni atas sebab ade bil tertunggak . camcibei betul . takpe , sabar itu separuh dr iman :D

bkn ko sorang je..adik aku dgn mmbe aku pun kne..celcom mmg byk menipu..

sy pun da kene tipu gan celcom, dia kata penggunaan minimum rm40 shj, tut tut dtg bil rm 40 tu fee shj lain lg gan kos pentdbrn, cukai dll..br pakai 2 minggu da dtg bil rm 67, padahal guna tel dan sms br rm9 je..tension aku..

Back To Top