Cerita Hari Raya Apih Apijo Versi 2012 Bahagian II

 

Assalamualaikum. Apa nie ada bahagian-bahagian pulak dah haha.

 

Dah nak habis Syawal baru nak update sambungan Cerita Hari Raya 2012 kan. Pasnie memang takde pun sambungan ke 3 atau ke 4. Tak kuasa aku nak jadikan blog ini cerpen yang berkesinambungan kahkah.

 

 

BERAYA DI RUMAH MR. ARM

gambar ceria

Siapakah Mr.ARM ? Mr. ARM merupakan cikgu kesayangan kami. Memang setiap tahun tak pernah miss beraya di rumah beliau. Kenapa tak pernah miss ? Sebab beliau ini pun tak pernah miss dekat kitorang. So, kitorang pun akan melakukan perkara yang sama la dekat beliau.

 

Sebab kedua, makanan di rumah beliau sangat sedap. Haritu makan soto, rojak buah, popia etc. Memang sedap. Kebanyakan makanan yang beliau hidang pulak dia buat sendiri. Eh betul ke buat sendiri. Haha. Tak sempat nak tanya.

 

Btw, rumah beliau di Sungai Tong, Setiu nung. Lebih kurang setengah jam dari rumah kitorang jea. Tapi pada hari berkenaan tibe je perjalanan jadi panjang sebab jem. Ada accident. Accident jalan balik, yang jem nie jalan yang nak pergi. Biasalah. Malaysia.

 

lelaki kacak bergaya model kereta

Sebelum balik, sempat lagi bergambar dengan kereta baru Muhsin. Toyota Yariz. Pernah dengar tak? Aku pun 1stime dengar. Macam tak ada nama lain nak letak kan. Yariz jugak dapat nama. Atas jalanraya pun memang kurang orang pakai kereta nie. Ntah-ntah si Muhsin sorang yang pakai. Pastu bila dia drive orang duk pakat tertanya-tanya kereta apa yang dia naik. So Malaysian.

 

 

BERAYA BERSAMA BLOGGERS

Sempat juga beraya di rumah blogger Eyda di Durian Mas, Manir. Rumah dia sebelah sekolah Durian Mas. Rumah warna oren dalam pagar. Motif semua nak bagitahu korang haha. Meriah gila makanan kat rumah dia. Ada nasi ayam, popia, koktel, soto, sate, bihun goreng, kek, apa lagi ntah aku pun dah tak ingat sangat haha. Macam aku ada sebut menu tambahan pulak. Aku pun tak ingat dah aku makan apa kat umah Eyda.

gambar hari raya

Ini antara blogger Terengganu yang datang umah Eyda. Baju silver itu Asma Bluppy. Baju merah Azie Cheesy satu universiti dan kolej dengan aku motif nak bagitau korang. Baju polkadot tu tuan rumah. Baju kurung biru Bluewendy nama pun blue baju pun blue. Kemeja petak itu tuan rumah jugak okbai. Tshirt putih Apihelnino yang blog jiwang-jiwang itu. Best blog dia jiwang sokmo. Tshirt merah Eddy Triggy. Tshirt hitam si pendamba mawar yang blognya sekarang dah tak berapa nak update dah. Tak ada laptop katanya. Tshirt biru itu kawan Apihelnino, kawan jugak dengan Eddy Triggy dengan girl yg bertudung merah. Kiranya macam jejak kasih la kejap. Kawan lama. gitew ! *motif describe panjang lebar*

 

BERAYA BERSAMA JAJA 

 

Jumaat malam aku balik kampus. Siang tu sempat lagi aku beraya dengan Jaja. Bukan beraya sangat sebenarnya. Pergi kenduri kawin kawan Jaja di Besut. Dapat juga merasa makan nasi kenduri tau sebelum balik kampus. Suka tau. Banyak sangat aku makan. Habis nasi 1 pinggan aku makan pulak bubur kacang yang sedap. Hajat di hati sebelum balik nak bahang lagi nasi sepinggan sebab lapar balik lepas tunggu jaja bergambar dengan pengantin wkwkwkwkwk.

 

gambar pemandangan rumput menghijauSeiras x ? Jawapannya mestilah x seiras. Aku dah macam bangla dah hitamnye !

 

Cerita Hari Raya 2012 tamat sampai di sini. Jumpa lagi di hari raya tahun hadapan. Setiap tahun mood raya memang selalu berbeza. Mood raya tahun ini akan spoil sikit la sebab semggu raya dah kena balik kampus ambek exam. ;’(

 

P/s : Rasanya boleh dikatakan setiap rumah member aku yang aku pergi memang ada sesi bergambar ney. Tapi gambar yang ada dengan aku sikit cenonet je. Sadis. kalau tak mesti entri nie lagi berjela-jela panjangnye hoho.

3 Komen untuk "Cerita Hari Raya Apih Apijo Versi 2012 Bahagian II"

fuhh x abes raye lg ke? selamat hari raye!

best nya raya kamu... meriah dan berjalan2 juga. weee. selamat hari raya ! :)) toyota yariz tu macam limited edition je, certain place je ada. :O

toyota yariz??bunyi mcm toyota laris je opp..

penat i tunggu u post entri g beraya ngn i tau..finally..

hope raya taun dpn lbh meriah deh =)

Back To Top