Menyambut Ramadhan di Perantauan Mengajar Erti Kehidupan


Assalamualaikum w.b.t.

*Hoi tajut entri bukan main !

Sekejap saja dah masuk 20 Ramadhan. Macam baru semalam aku bersahur air masak dengan 3 bijik kurma pada Ramadhan pertama. Hambar sangat tau. 10 malam terakhir dah. Boleh ke tak aku jumpa malam lailatulqadar nie.

Tahun ini aku menyambut Ramadhan di perantauan. Di kampus. Perantauan juga kan? Tapi takde la macam student oversea yang hantar ucapan perantauan di surat khabar Utusan. Hehehehe. Itulah. Orang seronok bercuti di kampung aku seronok dengan shortsem kat kampus ini. Sangat seronok. *kesatmata
Ini merupakan kali kedua aku menyambut Ramadhan ini perantauan. Kali pertama pada semester satu tahun 2010. Time itu memang seronok juga sambut Ramadhan dengan kawan-kawan kolej. Berbuka sekali. Bersahur sekali. Bertarawikh sekali. Takde la sesunyi sekarang.

Sekarang aku buat shortsem. Kawan-kawan kolej ramai yang tak buat shortsem. Tinggallah aku terkontang kanting sendirian di sini. Berbuka sorang-sorang. Sahur sorang-sorang. Terawikh pun tak berapa nak pergi sangat. Time weekend balik rumah Akak dekat Putrajaya baru bersemangat pergi tarawikh. Apa tak semangat surau bawah rumah. Turun lif terus sampai surau. Berbuka pun seronok sebab berbuka dengan keluarga dan anak saudara semua.

kurma yusof taiyobDuduk sorang-sorang di bilik single mingle camnie bersahur pun ala kadar. 3 bijik kurma dengan segelas air masak. Alhamdulillah perut tak meragam. Terasa tak lapar langsung. :)

popia simpul yang sedapHaritu Tomato Ungu kasi popia simpul ini satu balang. Serious memang sedap sangat. Rela makan sikit-sikit sebab nak berjimat. Nanti boleh makan lagi time sahur dan berbuka. lol. Tak payah nak mintak sangat la popia simpul ni sebab dah habis pun. Hiksss.

juadah berbuka puasaIni juadah berbuka aku harinie. Aku bungkus semua. Nasi aku bungkus. Lauk aku bungkus. Nasi aku ambil banyak-banyak. Nanti boleh makan time sahur. Lauk pun aku ambil banyak. Disebabkan bilik aku memang kekurangan bekas makanan, aku koyakkan polisterine menjadi 2 bahagian. Satu untuk berbuka. Satu untuk sahur. Pandai kan aku ? lol.

juadah berbuka puasa
Telur dadar dan kuah sup. Sedap ok. Aku panaskan dulu kuah sup itu sebelum makan. Aku letak dalam heater. Baru berselera aku nak makan panas-panas. Lauk ini aku tinggalkan untuk sahur nanti. Murah tau juadah berbuka aku. Sangat jimat.

Nasi putih + Sup Ayam + Telur dadar + Tea Ais = RM4.80 sahaja. Sahaja ok. Sahaja.

Kalau korang nak berjimat-cermat macam aku sila bungkus makanan di café kolej aku. Berbaloi-baloi kalau nak banding dengan makanan di bazar Ramadhan bapak mahal. Haritu aku pergi bazar nasi kukus ayam seketul tiada sayur pun dah 5 hegget !! Tak beragak betul bulan-bulan puasa nie jual la murah-murah sikit. Baru kami pengunjung bazar Ramadhan suka nak pergi bazar. Ahaks.

Tqvm buat kawan-kawan yang pernah belanja saya berbuka, ajak berbuka sekali, ajak pergi bazar, ajak bertarawikh dan segala bagai ajak lagi. Tq.


Minggu depan balik kampung !

6 Komen untuk "Menyambut Ramadhan di Perantauan Mengajar Erti Kehidupan"

biasalah pakej student haha

Sah-sahlah laki.buka kat lantai je atas sotkabar.sama a aku mase kat hostel dulu.heh

Kita dah 9 kali dah sambut Ramadhan di perantauan...rindu gila suasana Malaysia~ huhu.

sedapnye popia gulung

saba... dah nak balik da.. hehe

Back To Top