Short Semester di Kampus

 

Ketika kawan-kawan lain seronok menghabiskan cuti semester yang sepanjang dua bulan ini, aku pula sedang seronok menghabiskan cuti semester dengan membuat short semester atau dengan kata lainnya semester pendek.


“ wau, rajinnya kau apih apijo” !


Ini bukan soal rajin atau malas der. Soalnya sekarang aku harus menghabiskan jam kredit aku yang masih banyak bersisa. Lagi satu semester aku berada di sini der iaitu semester depan. Mana mungkin aku nak ambik subjek Pilihan Bebas ( PB ) yang lagi 3 subjek tak ambik nie haaaa. Semester depan dah kena hantar tesis lagi. Tesis dah buat sampai mana? Biarlah rahsia. Kikikikik. Cuba tengok jadual short sem aku kat bawah

 

JADUAL KELAS

 

Selaku student yang pandai merancang, maka aku pun buatlah short sem ini. Bukan aku soranglah. Ramai juga. Majoriti budak course aku buat short sem nie haa. Ambil berapa subjek ? Aku ambil 3 subjek je macam dalam jadual kat atas. 3 subjek dalam masa dua bulan ? *telan air liur* . Harap sangat dapat semua A ketiga-tiga subjek nie. Harap sangat. InsyaaAllah ! Jum sama-sama berdoa.

 

Lagi beberapa hari kita dah puasa kan. Tak tahu la apa cerita short sem dalam bulan puasa nie. Pernah je aku puasa kat kampus masa semester 1 haritu. Tapi situasi short sem nie berbeza dengan semester 1 haritu. Apa yang tak samanya? Banyak la keadaan yang berbeza. Macam haritu aku puasa kat kolej lain sekarang kolej lain. Haritu kawan-kawan satu kolej semua ada boleh berbuka sama-sama. Sekarang beberapa ketul je ade nie. Tak seronok la nanti mesti berbuka sorang-sorang.

 

Cakap pasal kolej yang aku menginap masa short sem ini pun satu hal. Dapat bilik yang tak direnovate lagi. Dengan almari tak elok. Aku nak gantung baju dalam almari pun takut. Almari takde pintu kau ade? Mana pintu dia pun aku tak tahu la. Pelik juga dengan segelintir manusia yang suka merosakkan harta benda awam nie.

 

Tingkap bilik pun macam bekas kena robek kot. Cermin atas pintu bilik pulak hilang entah kemana pastu aku dengan sopan santun pegi la ambik surat khabar pastu tampal dekat yang takde cermin tu haaa. Semoga aku dapat bertahan la padahal jeles gila tengok orang yang boleh bilik cantik yang baru renovate tu.

 

almari kayu

 

Tapi mujur juga la Tomato Ungu pun stay kat kolej yang sama dengan aku. Boleh juga lepak-lepak makan sambil tengok tv dan bergosip kat café nung. Ala makanan dekat café tu bukan sedap sangat pun. Dah tu je yang ada aku makan jela. Kalau dah perut lapar sedap tak sedap memang habis juga kan. Tapi haritu aku makan mee goreng basah sampai cirit birit tahu. Nampak tak permainan dia disitu? Hmmm

 

“ Apih Apijo kau tak penat ke buat short sem” !

 

Apa nak dipenatkan. Aku siap dalam perancangan nak buat part time lagi tau sebab terlalu bosan. Kelas sampai Isnin – Khamis. Jadual pun takde la padat sangat. Jumaat – Ahad aku free gila. Takkan aku nak menghabiskan sisa hidup aku dalam bila je kot 3 hari tu. Bosan gila. InsyaAllah mungkin aku buat part time la. Part time ape ? Kita tunggu dan lihat. Macam ada je kan orang nak tunggu aku update entri seterusnya kan. :p

 

“Banyak duit kau buat short sem tue” !

 

Sebenarnya kitorang yang buat short sem nie memang pakai duit sendiri je semua. Bayar yuran pengajian, yuran penginapan, duit belanja , duit shopping , duit outing semua sendiri. Maknanya PTPTN tak kasi pun pinjaman untuk student yang buat short sem. Kau tahu 1 subjek RM99 camtu. Kalau dah 3 subjek ce kira berapa.

 

Baki-baki PTPTN yang masih bersisa tu la kitorang pakai untuk yuran dan perbelanjaan. Kalau kata duit PTPTN kau dah habis, pinjam along la kau. kalau nak lagi selamat sila la buat pinjaman PAMA. Kalau tak nak menyusahkan pinjaman PAMA, kau boleh buat part time macam aku. :0

 

Dengan ini, aku Apih Apijo mengucapkan selamat ber short sem la untuk mereka yang sedang gigih bershort sem tu. Kesian korang tak dapat balik kampung. Nanti dekat-dekat nak raya baru boleh balik kan. Pastu kena datang balik sini sebab exam lepas raya. boooooooooooo untuk diri sendiri. Kahkahkah !

 

Sesungguhnya haruslah kita bersyukur dengan apa yang ada dan jangan sesekali kita merungut kerana sikap tersebut bukanlah sikap orang-orang soleh :)

8 Komen untuk "Short Semester di Kampus"

best bro.or cuti engko belaja.gud luck pose kek kampus.

Haruslah saya baca habis walaupun panjang berjela jela macam karangan tingkatan lima dulu dulu. Mak aiii apih apijo, almari tu haa..Rasa sedih ya ampon. Ada ke seteruk cam gitu.. Sabar jela, nasib baik 2 bulan je. Good luck untuk shortsem.. Eh, kelas dua hari jek? Lagi mantoppp! Dan selamat menyambut bulan Ramadhan dah tak lama lagi. Wuhuuu sama samalah kita berpuasa dekat ukm tercinta ni... Part time? Rajinnya alahai..


*Wei panjang benor komeng kita. Sampai sini dulu beb!Dah macam buat entry dah kat sini. Hahaha. Sorry HH =D

all the best, kawan (:

perancangan yg baik!gudluck short sem & selamat menyambut bulan Ramadhan!!!
(^_^)

assalam maaf nk tanya.. awak short sem kat uni mana? short sem ni mksudnya awk amik subjek yg belum amik lg ke ataupun subjek yg sebelum ni dah pernah amik? shortsem ni bukan intersession kan? maaf brtanya sbb nk tahu sgt2 pasal short sem ni..

Wassalam awak. Short sem di UKM. AMBil subjek yg belum ambil lg la hehe. SO bila buat short sem, nanti next sem dah boleh relax sikit ambil subjek sikit sbb short sem dah backup. Boleh grad dgn sempurna hehe

saya belajar di UKM jugak... mcmna ya nak apply short sem ni??

Nak tanya. Short sem nie ada tak tawarkan untuk fakulti sains sosial dan kemanusiaan program ansos.? :-)

Back To Top