BBQ di Taman Wetland Putrajaya, Picnic di Teluk Kemang,Port Dickson dan Majlis Tahlil di Rembau


Assalamualikum.

*Sila abaikan tajuk entri yang sangat panjang*

Sambungan entri Trip Ke Port Dickson Setahun Lepas !

Cerita ini sebenarnya sudah agak lama dan basi tapi takde la lama macam cerita Trip Ke Port Dickson Setahun Lepas. Cerita ini berlaku minggu lepas yang bertarikh 2 Jun 2012. Aku mengikuti rombongan Cik Kiah iaitu geng-geng SRMUKM berkonvoi sakan dari pagi sampai malam.

Pemandangan Di TAMAN WETLAND PUTRAJAYA Untuk pengetahuan korang, pengunjung tidak dibenarkan membawa kereta sehingga ke kawasan BBQ. Mereka hanya dibenarkan parkir kereta di luar seterusnya berjalan sehingga ke kawasan BBQ. Kami yang kurang pengetahuan mengenai Taman Wetland ni suka hati je main redah. Tiga buah kereta berkonvoi pada hari berkenaan. Aku naik kereta saga biru.

BBQ DI TAMAN WETLAND PUTRAJAYAIni tempat korang nak BBQ. Pekerja taman tersebut akan menghidupkan api di tempat BBQ and then anda boleh start membakar. So, tak perlu nak bawak arang atau mancis bagai. Just bawak ayam yang hendak dibakar. Senang bukan. Huhu.

Sebelum membakar, pastikan anda menempah terlebih dahulu tempat tersebut di meja pendaftaran bagi memudahkan sebarang urusan. *ayat skema budak UPSR* Wajib menempah ok. Wajib.

Taman Wetland PutrajayaSesi membakar ayam, daging burger dan hotdog sudah tamat. Tak lama pun masa yang diambil untuk ayam masak sebab memang tempat BBQ tu panas gila tak percaya sila letak tangan kau atas tu gerenti masuk wad nanti. Haha. Kak Ya dan Al-Amin sedang mengemas dapur dengan tekun sekali.

Bergambar DI TEPi TaSik Taman Wetland Putrajaya Sebelum bergerak ke Port Dickson, sempat juga bergambar kenang-kenangan di tepi tasik Taman Wetland. Pemandangan kat sini memang sangat cantik la wa cakap lu ! Sesuai sangat kalau kata Nisa Kay nak photoshoot kat sini. Haha. *sempat lagi seru nama Nisa kay*

Teluk Kemang Port Dickson Hampir tiga jam perjalanan sampai juga kami di Teluk Kemang, Port Dickson. Pelik sebab lama sangat nak sampai? Tak payah nak pelik sangat sebab hari tu memang jem tak hengat. Start jalan keluar Bangi pun dah jem. Mujur Khoiri mempunyai tahap kesabaran yang tinggi apabila memandu.

Sampai sana terus cari port yang sesuai nak makan BBQ dan mee goreng yang sedap itu. Lapar gila dah nie dari pagi tak makan. Padahal tadi kat Taman Wetland dah habis sepinggan bihun goreng.. Herherherrrr..rr.. 

Tengah-tengah syok makan tanpa mempedulikan orang meminta seketul ayam bahagian isi, tiba-tibaaa

Selamat Hari Jadi Kek Hari Jadi SUPRISEEEE!!!!! Sempat lagi buat SUPRISEE kat Ilyani, birthday girl pada hari kejadian. Pandai je Ilyani buat muka excited padahal dia dah tahu kot orang nak buat surprise kat dia. Haha.
“Happy birthday Ilyani semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Jangan lupa Apih Apijo tau Yani. Hahaha.”
Yani kira beruntung sebab memang kitorang takde pun spare tepung atau telur nak baling kat Yani. Hehe. Selepas tamat sesi makan dan sesi bergelak ketawa di hadapan makanan, kami pun bergerak ke Pantai Teluk Kemang yang cantik itu.

Di tepi pantai Teluk Kemang
Haaa, tudia. Tepi Pantai Teluk Kemang. Ramai jugak la orang harinie.
Seronok tengok orang lompat-lompat atas ombak.
Seronok tengok orang bina istana pasir. *Eh,ada ke*
Seronok tengok orang berkhemah bawah pohon rhu.
Seronok tengok orang main banana boat tapi tak berkesempatan nak main pun.
Seronok tengok banana boat terbalik pastu orang yang naik jatuh gedebukk dalam air. Harharhar. *huduh beno suke*


Bergambar Di Tepi Pantai Teluk Kemang Port Dickson                      wiwiwiiwiiittt.. wiiwiiiiitttttttt…. wiiiittttttttttttttttttttttttwiiiittttttttttttttt… LOL !

Selepas penat bergambar sakan di tepi Pantai Teluk Kemang yang cantik,
selepas penat bermain baling piring terbang *nama spesifik dia aku tak tahu*,
selepas maigrain kepala berjemur di bahan terik matahari,
kami pun mencari tempat berteduh. Dahaga sangat ni main panas.

Berehat Di Bawah POKOKBerehat puas-puas di bawah pohon asmara. Tetibe asmara dapat nama. Haha. Penat gila muka Khoiri tu. Rehat puas-puas sebab selepas ini kami akan bergerak ke Rembau pulak. Malam nanti ada kenduri kat sana, kenduri rumah Syazwan. Syazwan takde pulak dalam gambar nak tunjuk kat korang. Hohoho. Seharian berjalan nampak Apih Apijo? Well orang ajak I on je !

Rupanya majlis tahlil di rumah Syazwan. Ingatkan kenduri kawin ke apa kan. Dahla pakai baju pun macam nak pergi daki Broga Hill. Haha. Dah orang ajak tebalkan juga muka masuk dalam rumah tanpa mempedulikan lagi baju dan seluar yang sangat sempoi untuk ke majlis tahlil.

Memang terbaik lauk ikan keli yang kami makan kat rumah Syazwan. Nama apa ntah lauk tu. Aku pandai makan je nama lauk mana aku nak tahu. Hihihi. Ini juga merupakan kali pertama aku merasa masakan orang Negeri Sembilan.

Baby baru kami Haa, inilah dia. Gambar kenangan di Rembau. Sila abaikan muka super excited orang dalam gambar tersebut seterusnya fokus dekat baby yang comel itu. Baby ini pandai tahu. Dia suka betul aku dukung dia. Dengan orang lain dia taknak. Dengan aku dia laju je nak suruh aku dukung. Olo tomey tomey. Nama baby comel nie aku tak tahu. Aku dengar orang panggil dia Bunie so aku pun terus panggil dia Bunie. Sweet kan aku? Hahaha.

Hajat di hati nak sambung konvoi pergi rumah Khoiri pulak di Melaka. Hajat jela. Tak pergi pun. Selepas meminta diri untuk pulang, kami terus berkonvoi balik ke Bangi. Kejam Amin tak kasi aku tidur dalam kereta. Konon tak adil buat si pemandu dan penumpang yang lain. Fine Amin.

p/s: hoi I’m really really happy maaa konvoi dengan korang. tenss aaa lootttt !

*entri panjang nak mampos ko ade*
9 Komen untuk "BBQ di Taman Wetland Putrajaya, Picnic di Teluk Kemang,Port Dickson dan Majlis Tahlil di Rembau"

fuhhh lma x PD...pntai kotor lg x?haha

waahhh byk yee kisah dlm ni..

YG best kat teluk kemang tu haa...

amboi, kemain banyak tempat korang jelajah :)

Tanpa Nama
delete

bestnya sebab dah ada tempat untuk BBQ!

ni boleh ajak budak cos aku bakar kambing kat sini weyh..haha

lama xpegi sana sejak dah abis belaja.....
bestnya.....

hairy bersih jee. siap boleh golek2 atas pasir lagi haha

A.F.A haha. best sbb makan free

Lala dah org ajak kan. haha

Izuden pegi jagn x pegi.. nak bakar lembu pun boleh din

Miss Anis besok pegi la ngan kwn2 yer. haha
Miss Anis

ewah!sakan nampaknya HH kita. Seronok benar. Hihi~~

Assalamualaikum Bang hafiz...
Salam kenal dari Blogger Indon..

Wah nampak senang gembira berkumpul dengan teman-teman :D

Waalaikumussalan dr. Tubagus. Salam kenal. :")

Back To Top