Assalamualikum.
*Sila abaikan tajuk entri yang sangat panjang*
Sambungan entri Trip Ke Port Dickson Setahun Lepas !
Cerita ini sebenarnya sudah agak lama dan basi tapi takde la lama macam cerita Trip Ke Port Dickson Setahun Lepas. Cerita ini berlaku minggu lepas yang bertarikh 2 Jun 2012. Aku mengikuti rombongan Cik Kiah iaitu geng-geng SRMUKM berkonvoi sakan dari pagi sampai malam.
Sebelum membakar, pastikan anda menempah terlebih dahulu tempat tersebut di meja pendaftaran bagi memudahkan sebarang urusan. *ayat skema budak UPSR* Wajib menempah ok. Wajib.
Sampai sana terus cari port yang sesuai nak makan BBQ dan mee goreng yang sedap itu. Lapar gila dah nie dari pagi tak makan. Padahal tadi kat Taman Wetland dah habis sepinggan bihun goreng.. Herherherrrr..rr..
Tengah-tengah syok makan tanpa mempedulikan orang meminta seketul ayam bahagian isi, tiba-tibaaa
“Happy birthday Ilyani semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Jangan lupa Apih Apijo tau Yani. Hahaha.”
Yani kira beruntung sebab memang kitorang takde pun spare tepung atau telur nak baling kat Yani. Hehe. Selepas tamat sesi makan dan sesi bergelak ketawa di hadapan makanan, kami pun bergerak ke Pantai Teluk Kemang yang cantik itu.
Seronok tengok orang lompat-lompat atas ombak.
Seronok tengok orang bina istana pasir. *Eh,ada ke*
Seronok tengok orang berkhemah bawah pohon rhu.
Seronok tengok orang main banana boat tapi tak berkesempatan nak main pun.
Seronok tengok banana boat terbalik pastu orang yang naik jatuh gedebukk dalam air. Harharhar. *huduh beno suke*
Selepas penat bergambar sakan di tepi Pantai Teluk Kemang yang cantik,
selepas penat bermain baling piring terbang *nama spesifik dia aku tak tahu*,
selepas maigrain kepala berjemur di bahan terik matahari,
kami pun mencari tempat berteduh. Dahaga sangat ni main panas.
Rupanya majlis tahlil di rumah Syazwan. Ingatkan kenduri kawin ke apa kan. Dahla pakai baju pun macam nak pergi daki Broga Hill. Haha. Dah orang ajak tebalkan juga muka masuk dalam rumah tanpa mempedulikan lagi baju dan seluar yang sangat sempoi untuk ke majlis tahlil.
Memang terbaik lauk ikan keli yang kami makan kat rumah Syazwan. Nama apa ntah lauk tu. Aku pandai makan je nama lauk mana aku nak tahu. Hihihi. Ini juga merupakan kali pertama aku merasa masakan orang Negeri Sembilan.
Hajat di hati nak sambung konvoi pergi rumah Khoiri pulak di Melaka. Hajat jela. Tak pergi pun. Selepas meminta diri untuk pulang, kami terus berkonvoi balik ke Bangi. Kejam Amin tak kasi aku tidur dalam kereta. Konon tak adil buat si pemandu dan penumpang yang lain. Fine Amin.
p/s: hoi I’m really really happy maaa konvoi dengan korang. tenss aaa lootttt !
*entri panjang nak mampos ko ade*
9 Ulasan
fuhhh lma x PD...pntai kotor lg x?haha
BalasPadamwaahhh byk yee kisah dlm ni..
BalasPadamYG best kat teluk kemang tu haa...
amboi, kemain banyak tempat korang jelajah :)
BalasPadambestnya sebab dah ada tempat untuk BBQ!
BalasPadamni boleh ajak budak cos aku bakar kambing kat sini weyh..haha
lama xpegi sana sejak dah abis belaja.....
BalasPadambestnya.....
hairy bersih jee. siap boleh golek2 atas pasir lagi haha
BalasPadamA.F.A haha. best sbb makan free
Lala dah org ajak kan. haha
Izuden pegi jagn x pegi.. nak bakar lembu pun boleh din
Miss Anis besok pegi la ngan kwn2 yer. haha
Miss Anis
ewah!sakan nampaknya HH kita. Seronok benar. Hihi~~
BalasPadamAssalamualaikum Bang hafiz...
BalasPadamSalam kenal dari Blogger Indon..
Wah nampak senang gembira berkumpul dengan teman-teman :D
Waalaikumussalan dr. Tubagus. Salam kenal. :")
Padam