Program Jelajah IPT UUM & UniMAP Part III

 

Entri bergambar yang sengal sengal ubi. Banyak gambar-gambar comel kitorang di bawah. Sila baca sampai habis kalau tak percaya. *Terima kasih model tak berbayar

 

Baca dulu Program Jelajah IPT Part 1 dan Program Jelajah IPT Part II baru tahu kan al-kisahnya.

 

Sebelum bergerak pulang ke UKM, kami sempat singgah di Gua Kelam, Perlis.

Menurut Wikipedia,

Gua Kelam meliputi 370m gua batu kapur dan terletak di sebuah bandar kecil di Kaki Bukit. Gua Kelam di namakan sempena dengan kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini.

Untuk merentasi ke dalam gua ini, disediakan sebuah jambatan gantung untuk pelawat.

Ia terletak kira-kira 33 km utara dari Kangar. Taman Rekreasi Gua Kelam adalah terkenal dengan jalam gua (“cave walk”).

Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua.

 

Tapi gok, malangnya kami tak dapat masuk pun ke Gua Kelam kerana kerja naiktaraf sedang rancak dilakukan di dalam gua. Wah, Gua Kelam dah naiktaraf jadi Gua Tak Kelam. LOL.

 

Sempat jugak kitorang photoshoot bagai sekitar Gua Kelam yang cantik itu. Seyes cantik. Korang tengok tak cite Jangan Pandang Belakang Congkak? Kat sini la lokasi penggambaran diorang kalau korang nak tahu.

 

Gua Kelam PerlisTurun dari bus terus bergambar. Kau ada? Hahaha. Dari kiri, Teeba , Aaina, Amani, Ieja dan kawannya aku taktahu apa nama ntah. Sory. Kihkih.

Gua Kelam-Atas jambatanWiwittt. Berebut-rebut tu orang nak ambik gambar artis atas jambatan tu. Artis mana tu. Hensem tu. Hakhakhaktuih !

GUa Kelam_SungaiPemandangan yang aku paling suka kat Gua Kelam. Lawa kan. Tak sempat aku nak bergambar tengah-tengah air sungai tu. pftttt..

Gua Kelam_atas tanggaApe tengok-tengok? Jeles ah tu aku bergambar dengan cewek-cewek comel. Haha. Yang paling cun kat dalam gambar tu nama dia Zetty, pengarah program Jelajah IPT.

Gua Kelam_No EntryNi jambatan lantai kayu untuk ke Gua Kelam. Ha, kau nampak NO ENTRY tu? Kitorang boleh masuk sampai sini jah kekdahnya. InsyaAllah, pasnie aku nak datang lagi kat sini nak masuk dalam.

GUA KELAM_Dalam SUNGAIIni Mekda, classmate aku yang paling aku sayang. Hahahaha. Sesiapa yang berminat nak minum Herbalife bolehlah berhubung dengan Mekda. Mek, lanje ahhh aku Herbalife free satu !!

Gua Kelam_Dalam Gua KelamSuasana di dalam Gua Kelam sebelah sungai. Bukan dekat NO ENTRY tu. Ini bukan penggambaran Jangan Pandang Belakang Congkak II ok. Hahaha. Yang tudung pink baju putih tulah Mekna kalau korang nak tahu. Mekna yang satu sekolah dengan aku tu. Haha. Macam kau kenal pulak kan. Sekarang dapat satu universiti dengan Mekna.

Gua Kelam_Playground Gua KelamPlayground di Gua Kelam. Kitorang sangat bertuah kerana merupakan pengunjung pertama yang sampai ke Gua Kelam pada hari itu. So, berkesempatan juga nak naik buai laju laju kan. Hahaha. Raja muka heppi boleh naik buai sambil dihayun oleh Ieja.

Gua Kelam Banjaran Nakawan       Banjaran Nakawan juga merupakan laluan kereta api yang dibuka pada pukul 10.00 pagi. So, kitorang pun malas juga menunggu sehingga pukul 10.00 pagi semata-mata nak naik kereta api ni kan. So, lepas mengambil gambar terakhir di sini, terus blah ramai-ramai sambil mengunyah buah jambu yang dibeli di kedai tepi jalan.

 

P/s : Segala keterlanjuran, kesilapan , keegoan, kesombongan, kegedikan melampau, kesengalan, kekasaran, kelembutan, kekurangan, kemalasan dan segala ‘ke’ lagi yang telah aku lakukan samada secara sedar ataupun tidak, daku, Apih Apijo memohon seribu kemaafan kepada korang semua. Program yang sangat BEST daripada Zetty. Tahniah Zetty, exco yang terlibat serta peserta Jelajah IPT pada kali ini.

9 Komen untuk "Program Jelajah IPT UUM & UniMAP Part III"

owh zetty budak kajai

best2..dah pernah g.. dulu nak nik keretapi tp time tu rosak plak.. haishhh

lama tak gi Gua Kelam . awak hensem dalam gmbar ! huhu

teringin nak masuk Gua Kelam tu

laaaa....lupe pulak dia ade nak datang perlis..kalo tak boleh tlg jadi tourist guide..hahaha =D

Rozuan yup budak kolej ang la.

Putry haha.. xde ah.. Tens :)

Ezmaliza eceh.. ape je ade Perlis tuh . Hahaha :p

Tanpa Nama
delete

baru nak jejak ke gua kelam sementara ade kat perlis . sekali renovate pulak

Banjaran Nakawan!!! Previous time dengaq waktu Form 3, geografi! Hahaha...

Jalan jalan.Wah.Best kali ne.Hehe

Back To Top