Rayyan. Nama seindah dirinya. Mata bulat. Putih gebu. Pipi tembam papa macam nak geget.

Rayyan, papa rindu Rayyan. Rindu nak dukung Rayyan. Nak main aucak-aucak dengan Rayyan. Nak dukung Rayyan depan cermin lepastu Rayyan gelak comel sebab nampak Rayyan dan papa dalam cermin. So cuwiitt.-..-“

Disebabkan terlalu rindu, papa curi gambar Rayyan kat facebook ibu Rayyan tanpa kebenaran ibu Rayyan. Hehe. Tapi papa yakin ibu Rayyan tak marah punya. Ibu Rayyan baek sangat. Ibu Rayyan layan papa dan kawan-kawan papa dengan baik. Ibu Rayyan banyak memberikan kenangan manis kepada kami. Kami semua sayang ibu Rayyan. Hihi.

cute baby

Ni gambar terbaru Rayyan yang ibu Rayyan post kat facebook. Comelnya ko Rayyan. Terus papa rindu nak peluk cium Rayyan macam yang papa buat semalam. Hihi.

“ Papa la sangat, kang tak pasal-pasal kena lempang kat Abang Fauzi baru ko tahu,” papa bermonolog luaran.

“ Takpela. Rayyan panggil Abang Fauzi abah,” sound ibu Rayyan.

Ibu Rayyan macam tak kisah papa bahasakan ‘papa’ bila bercakap dengan Rayyan.

Papa malu sendiri.

Ibu Rayyan memang seorang ibu yang sangat sporting. Rayyan patut berbangga mempunyai seorang ibu seperti ibu Rayyan. Ok. Tak boleh puji banyak sangat nanti ibu Rayyan kembang kan. Hewhewhew.

cute baby

Kawan-kawan papa cakap mata Rayyan bulat. Memang bulat pun. Bulat sangat. Nanti panjang umur kita jumpa lagi Rayyan. Rayyan jangan lupa kat papa tau. Hihi. *buatmukacomel

friendship forever          Kenangan Rayyan bersama papa dan kawan-kawan. Cuba cari mana satu papa? Hehe

P/s : Speechless. Harharhar.