28134_122191171154939_100000921699897_115897_6794663_n

Assalamualaikum W.B.T

Harini HH nak cerita mengenai pengalaman menduduki STPM berikutan maklum balas ENTRI INI  yang agak memberangsangkan.

Berikut merupakan komen2 positif tentang STPM:-

stpm 1

stpm 2

“ Awak masuk STPM ibarat sebelah kaki awak sudah memasuki Universiti, yang sebelah lagi bergantung pada awak la masing- masing” ayat nie la yg Cg kaunseling kami selalu cakap waktu STPM dahulu kala.

Actually, sejujurnya HH sendiri tak pernah terdetik nak masuk STPM. STPM memang tiada dalam list pun. Disebabkan result SPM HH yang teruk, HH tak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, politeknik, maktab, matrik mahupun kolej-kolej swasta (Kolej swasta tak mintak pun sebenarnya) =p

HH ambil 4 subjek iaitu Pengajian AM, Bahasa Malaysia, Geografi dan Ekonomi. See? 4 subjek je okay. Takkan 4 subjek pun korang tak boleh struggle. Ramai orang cakap STPM nie susah ya ampun, Tapi HH telah buktikan bahawa HH yang agak tak pandai nie pun boleh berjaya masuk Universiti berkat kejayaan STPM HH. Alhamdulillah :D 

Masa STPM, HH boleh dikategorikan sebagai budak tak pandai kerana HH selalu dapat result yang rendah dalam exam-exam bulanan. Serious weh. Pointer 2.0 kebawah pun pernah T_T. Tak tipu pun. But, kawan-kawan & guru  semuanya supportive. Selalu ajak study group, dan bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam STPM. As a result, alhamdulillah masa trial baru nampak sedikit hasil. Result melebihi 2.0 and mula lebih fokus after trial untuk menghadapi real exam. 

Apa yang best tentang STPM nie? HH dapat katakan Tingkatan 6 merupakan kenangan terindah HH di sekolah.

Tak dinafikan Ramai org memandang rendah kami sebab kami pergi sekolah pakai baju uniform serba putih. Nasib baik aku pengawas Pusat Sumber so takdelah hari-hari serba putih haha. Pakai kena kemas tak macam budak diploma mahupun matrik dan seumpamanya.

Kami dilayan dengan amat baik oleh guru- guru kami. Budak Tingkatan 6 pun  tak ramai cuma 4 kelas dengan ini boleh dikatakan semua guru mengenali kami dan hubungan antara pelajar dan guru memang rapat. Cikgu kelas siap datang rumah, kenal-kenal dengan family kitorang. Kitorang pun selalu datang ke rumah cikgu. Makan sama-sama, masak sama-sama, kenal rapat dengan family cikgu. >.<

HH bukan pelajar yang rajin okay. HH study pun ikut mood HH, tapi kalau tiba-tiba mood study datang memang HH akan study sampai lebam dan bersungguh-sungguh.

See? Kalau HH study betul-betul  dari awal tak mustahil HH akan dapat 4.0 kan? Ini study pun last minit. Wah yakinnya kamu haha.

Dan Lastly, HH tak pernah rasa menyesal ambil STPM dan HH rasa macam nak kembali semula pada zaman tersebut. Zaman sekolah yang paling best serious! T_T

Lebih daripada separuh classmate HH masuk Universiti pada zaman kitorang. Alhamdulillah. 

Dan lagi satu, majoriti coursemate HH kat sini adalah lepasan STPM juga.

Kepada mereka yang tak dapat mana-mana panggilan untuk melanjutkan pelajaran, HH sarankan anda ambil STPM. Tak lama pun beb. Setahun setengah je. Make sure korang letakkan azam dan tekad yang kuat " aku ambil STPM sebab aku nak masuk universiti". Alhamdulillah pasti boleh! Kena ingat kalau korang gagal STPM, apa hala tuju korang? Mintak jauh la ya. 

P/s :  Terima kasih tak terhingga kepada semua  especially guru dan rakan-rakan HH yang terlibat dalam kisah STPM HH nie. hehe.