Tips Nak Gemuk yang Sihat

Masing- masing tengah bercakap mengenai tips nak kurus tapi aku dah kurus la. So, harini marilah kita bercakap mengenai tips nak gemuk yang sihat. Ni aku amek tips dan pendapat dari kawan-kawan. Menjadi atau tidak itu terpulang dekat korang punya metabolisma badan juga k. 


Macam aku metabolisma badan tinggi betul. So badan nak naik tu memang agak sukar sekali ya. gue dah penat jadi kurus keding hmm haha tibe emosi kau apahal? -.-
Antara tips nak gemuk tersebut ialah :-

 Makan banyak - banyak

Yela lau nak gemuk mesti kena makan banyak - banyak kan. Mesti kalau hari - hari makan banyak badan akan naik nie. Kalau badan tak naik jugak cepa-cepat lah jumpa doktor. Ada masalah lain tu. Tapi aku walau sebanyak mana pun aku makan aku tetap macam nie. Dari dulu slim world gitu.

Makan sayur banyak sikit

Tips ni kalau dengar memang pelik kan ? nak jadi vegetarian ka ? tapi tulah yang mak aku cakap. Mak aku selalu suruh aku makan sayur banyak - banyak kerana dia cakap makan sayur banyak badan boleh jadi gemuk? Tak mak. mak salah nie.. * padahal saje je mak aku nak suruh aku menghabiskan sayur-sayur yang dia masak sebab dia sayang nak buang. Kan mak?? ( PANG! mak aku bagi sebijik )>.<

Makan tido makan tido

Ni lagi salah kan. Ni tips kawan aku. Dia cakap ko makan tido makan tido makan tido makan tido baru leh gemuk macam aku (sambil tunjuk body dia yang tak berapa nak gemuk dekat aku). Tips ni kalau diikut alamaknya bukan badan yang naik tapi perut yang naik. hey BUNCIT. 

Rajin buat exercise

Tips ni macam boleh diterima jugak. Kita makan kita exercise. Baru makanan yang dimakan dapat  dihadam dengan baik. Badan yang lemah longlai pun leh jadi sihat. Kalau badan sihat otak pun cergas.  Otak cergas belajar pun masuk.

Yang pasti bukan yang gemuk je kene exercise. Yang kurus pun kene jugak ya untuk mengeluarkan peluh tu. Tapi ada pulak yang cakap, eh, ko kan dah kurus buatpa nak jogging lagi??? salah tu.

Gain weight @ vitamin @ Appeton dan seumpamanya

Kalau still tak gemuk - gemuk gak ape susah beli sahaja makanan tambahan seperti di atas. Tapi pada pendapat aku, tak semua yang makan menda nie akan jadi gemuk. Buktinya, kawan aku sendiri yang mengamalkan makan nie pun tak gemuk jugak. 


Kalau dia ada masalah lain ke tak tahu la plak aku. Tapi aku still nak cube beli nie mana tahu kalau aku makan aku boleh jadi sado ke kan. Berisi sikit dari ni pun aku dah kira ok. Waaa, mesti lagi hensem dan comel kan aku pasni.. haha.. (tolong muntah hijau korang)


Ada yang kate camni kat aku:-

"eh, gemuk nye ko, tulang tersembul keluar." 

"gemuk la ko, mcm tengkorak hidup."

"asal aku tgk ko makin kurus skunk?"  ( jadahnya sejak bila aku gemuk ha??)

"eh, lau ko gemuk cikit macam dia 2, mesti ko LAGI HENSEMMM "( haha, yang ni aku suke )

P/s : Yang nak dermakan lemak untuk saya. mohon pm tau haha. xoxo 

   
Tag : Petua
7 Komen untuk "Tips Nak Gemuk yang Sihat "

tips yg bagus. Nati saya akan praktikkan kesemua tips..haha..

haha.... xpela ... awak kan dah gemuk... share2 kat sikit ape rahsia??? huhuhu... * tgh bahagia kan ?

haha...best jer tips..
tapi da macam2 cara still krus macam ni jugak.. maybe faktor genetik kot aku nih... :)

hye..singgah sini pula..
nice entry..
saya pun ade juga entry psl berat badan ni..jom baca..=)

http://jarijemariemas.blogspot.com/2011/02/masalah-berat-badan.html

nizam : betol 2 .. samela kite... faktor genetik mgkin faktor utama org mcm kita... sob3~~

akmal : hehe... ok.. skunk gak sy baca... TQ...

Salam..sape nak gemuk gi kat sini http://ginsenggemuk.blogspot.com ginseng ni HALAL dan ada kelulusan KKM :-)

Salam 1 malaysia…disebabkan terdapat terlalu ramai yang bertanyakan tentang dimanakah hendak membeli
Produk gemuk Ban Kah Chai Ginseng Plus Zheng Fei Capsule jadi saya terdetik untuk membantu kamu semua membeli produk ini dengan cara saya membeli di kedai ubat cina berhampiran rumah saya dan poskan kepada kamu semua (jika masih ada yang tidak tahu nak beli kat mana).Bayaran pos ditanggung kamu Cuma upah sahaja saya rm3 (minyak motor+masa+nak ke pejabat pos+ nak membalut)

Rujuk link dibawah,untuk rates penghantaran dan track & trace penghantaran pos laju

www.pos.com.my/pos/appl/fast_mail_rate.asp
www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_poslaju.asp

1 kotak (50 biji) saya beli hari tu di kedai ubat cina RM 21.90 (tak termasuk kos penghantaran)
Contoh: beli 1 kotak-penghantaran semenanjung Malaysia ( RM 21.90+RM 4.50 (penghantaran)+RM3 (upah)= RM 29.40)

nanti mesejkan nama + alamat +jumlah order ke 019-9551296 (syed)- (nanti saya reply nombor bank untuk bayaran)
produk halal.insyaallah…rezeki dari allah

Back To Top