Kisah Seni Persilatan Ulung Bahagian 1 - Silat Cekak

Kisah kali ini sedikit tragis. Kepada mereka yg menghidap penyakit asma disarankan menyediakan ubat anda apabila membaca kisah ini yg tragis.(hehe =p)

Aku telah menjadi ahli Seni Silat Cekak pada semester 1 yang lalu lagi. masuk pun sebenarnya bukanlah kehendak hati sangat. Dek kerana terbuai dengan cakap kawan-kawan yg mengatakan silat nie best, hebat, senang, mudah, cepat, murah, dan boleh terbang? betol ke?? fulamak..!!!! haha over claim pulak kan. =p
    
Fazri n Joe baru balik dari latihan silat 

Tapi memang best la belajar silat nie.Tak sia-sia aku korbankan masa, tenaga, duit, dan jugak SAKIT. Maksud aku bersakit jugak untuk belajar silat nie. Tapi kata orang bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.

Lebih baik kita sakit sekarang daripada kita sakit dipukul orang pada kemudian hari. ha, itulah apa yang aku nak sampaikan sebenarnya. -.- Silat nie telah mengajar aku tentang satu erti hidup. Yakni sentiasa berwaspada..

pertarungan antara Si Jebat ngan Hang Tuah versi UKM


Aku jugak seperti mempunyai lebih keberanian apabila berdepan dengan org terutamanya orang-orang yg aku tak kenal. Strangers la. Betul aku cakap, sebelum nie aku memang seorang yang boleh dikatakan penakut,  selalu over thinking haha. Alhamdulillah, aku dah boleh mengatasi ketakutan aku yang sometimes takut tak bertempat LOL hahaha. 


duh, penat aku lau tiap2 mlm camnie...

Buat kawan-kawan yang masuk silat sekali dengan aku especially Fazri, Joe, Mekda, Mila, Nik dan yang lain tqsm sebab telah banyak mengajar aku erti sebuah persilatan. Bila teringat balik, mesti aku tergelak sendiri apabila Ada pernah ditegur, dia bersilat seperti mau menari poco-poco.. kah3.. (Mekda jangan marah ye ni hanya 1 gurauan semata-mata)


sempat lagi berposing odw balik silat... 

   
Lagi satu, aku takkan lupa kenangan kita pergi silat sama-sama, balik sama-sama.. Dan berlatih sama-sama.

And the last one, susah gak nak lupa time latihan aku berpartnerkan Joe dengan Fazri. Sakit sungguh korang menyepak, memulas, menyendeng aku yer. Ada hari nanti aku akan balas haha. Tunggu la balasan dr aku.. hehe.. Sampai lebam-lebam lengan aku..\0/

Dan lagi satu yang konfirm terakhir, takkan lupa jugak moment yang indah apabila Abg Zaini bertubi-tubi menumbuk dada aku sambil aku menahan tumbukan bertubi tubi itu  dengan kaedah A sambil aku tersenyum penuh hipokrit sambil dia tanya sakit tak?, aku mengatakan tak sakit. Hakikatnye lebam dada aku selama beberape hari. 

Thank you Abg Zaini kerana anda telah melebamkan dada saya. Ada hari ada bas , ada hari saya balas (mintak ampun Abg Zaini sesungguhnya saya tengah bergurau nie haha). Dan akhir cerita, semoga kita dapat menghabiskan ilmu persilatan kita dengan jayanya.


Buat mereka yg terngin untuk mendalami ilmu persilatan ataupun seni mempertahankan diri, saya nak recommend untuk korang join Seni Persilatan Silat Cekak nie.
   
4 Komen untuk "Kisah Seni Persilatan Ulung Bahagian 1 - Silat Cekak"
fieza hafeeza
delete

mana ak.....hehehe

gelenya ngat nak gop dia 2..
mu x masuk bot!!!

nti blk ajor aku terbang!!

wahh..dye blaja silatlah..

Back To Top