10 Hotel Penginapan Murah Putrajaya Cyberjaya

Perkongsian kali ini mengenai hotel penginapan murah sekitar Putrajaya dan Cyberjaya. Korang yang merancang bercuti atau mempunyai urusan rasmi di Putrajaya dan Cyberjaya bolehlah jadikan perkongsian ini sebagai sumber rujukan untuk menempah hotel dengan harga murah di sana. 

10 Penginapan Murah Putrajaya dan Cyberjaya

Untuk menempah hotel hotel yang disenaraikan di bawah, korang boleh tekan link agoda ataupun link booking.com yang dikongsikan di setiap hotel. Harga yang dipaparkan pula ialah harga pada awal bulan November 2023. 

Harga mungkin berbeza mengikut tarikh tempahan. Better korang tempah lebih awal bagi mengelakkan bilik penuh terutama pada musim cuti persekolah. 

1. Smile Hotel 


Hotel murah ini terletak di Presint 15, Putrajaya. Jarak hotel ini dari Alamanda Putrajaya Mall hanyalah berjarak 2km sahaja. 

Harga yang ditawarkan serendah RM99 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 



2. Hotel Zamburger



Hotel ini juga terletak di Presint 15, Putrajaya. Antara tarikan terdekat ialah Mydin Supermarket, Klinik dan banyak tempat makan. 

Harga yang ditawarkan pula serendah RM89 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 


3. Sovotel 

sovotel hotel murah putrajaya


Hotel ini terletak berhampiran IOI Resort City dan IOI City Mall. Korang yang merancang untuk membelah belah di IOI City Mall atau urusan pekerjaan di sana, boleh lah menginap di Sovotel. 

Harga yang ditawarkan pula serendah RM126 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 



4. Enclave Hotel

enclave hotel putrajaya hotel murah


Hotel ini terletak di Presint 15, Putrajaya. Antara tarikan sekitar hotel ini ialah Mydin Supermarket, klinik, farmasi, dan tempat-tempat makan. 

Harga yang ditawarkan pula serendah RM148 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan juga tarikh tempahan dibuat. 



5. New Wave Hotel

hotel murah di cyberjaya


Hotel ini terletak di Glomac Cyberjaya. Jarak hotel ini dari Dpulze Mall ialah sekitar 700m sahaja. Tarikan lain termasuklah Shafbury Square, dan tempat-tempat makan best. 

Harga yang ditawarkan pula hanyalah serendah RM89 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 


6. FOX Lite Dpulze

fox lite hotel cyberjaya hotel murah

Penginapan ini terletak di DPulze Mall Cyberjaya. Dari hotel, boleh teruk akses ke dalam Dpulze Mall. 

Harga yang ditawarkan pula hanyalah serendah RM128 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 



7. Hotel Hilal

hotel hilal murah di cyberjaya

Hotel ini terletak kira-kira 500m sahaja dari DPulze Mall Cyberjaya. Dekorasi dan pemilihan warna interior hotel sangat cantik. 

Harga yang ditawarkan pula serendah RM121 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 



8. De Cyber Boutique Hotel

de cyber boutique hotel murah cyberjaya


Hotel ini terletak kira kira 550m sahaja dari Dpulze Mall Cyberjaya. 

Harga yang ditawarkan pula serendah RM112 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan dibuat. 



9. Beryll Inn Cyberjaya

beryll inn cyberjaya hotel murah cyberjaya

Penginapan ini hanya 600m sahaja dari Dpulze Cyberjaya. Terdapat banyak tempat makan yang best berhampiran hotel.

Harga yang ditawarkan pula hanya serendah RM89 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan dibuat. 



10. Cozy Tamarind Suites 

cozy tamarind suite murah cyberjaya

Penginapan jenis studio apartment ini dilengkapi dengan kolam renang serta balkoni. Sesuai untuk percutian bersama anak-anak. 

Harga yang ditawarkan serendah RM125 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan.




Itu sajalah antara 10 hotel penginapan murah Putrajaya dan Cyberjaya yang korang boleh cuba sekiranya merancang percutian atau urusan rasmi di sana. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit gambaran dan sumber rujukan buat korang yang merancang percutian jimat. 😎



2 Komen untuk "10 Hotel Penginapan Murah Putrajaya Cyberjaya "

kalau saje2 nak tukar angin ok sgt ni kan. best apa kalau stay semalam dua kat hotel. akak suka je.

Terima kasih share. Kot rasa nak cuti cuti di sana boleh rujuk sini.

Back To Top