10 Hotel & Penginapan Murah di Genting Highland

Sebelum ini aku ada kongsikan mengenai hotel best di Genting Highland. Kali ini nak berkongsi mengenai hotel dan penginapan murah di Genting Highland pulak. Semoga perkongsian ini memberi gambaran kepada korang tentang hotel hotel murah yang boleh korang tempah apabila bercuti di Genting Highland. Terutamanya buat korang yang inginkan percutian bajet. 😃


10 Hotel & Penginapan Murah Genting Highland


Harga yang disebutkan untuk setiap hotel dibawah ialah harga pada awal June 2023. Harga hotel mungkin berbeza-beza mengikut tarikh. Berdasarkan pemerhatian aku, harga pada weekdays lebih murah berbanding harga pada weekend, public holiday atau musim cuti sekolah. Begitu juga kalau korang tempah awal. Harganya pun boleh jadi berbeza. So rancanglah percutian korang sebaiknya. 


hotel dan penginapan murah genting highland.jpg


Untuk tempahan hotel dibawah, aku dah masukkan link agoda & booking.com bagi setiap hotel yang disebutkan. Korang boleh tekan link biru yang aku share dekat setiap hotel okay. Harga yang ditawarkan oleh agoda & booking.com pun of course berbeza tetapi ada kelebihan masing-masing. 


1. MagTree Genting Highland 


Penginapan murah ini terletak kira-kira 1.6km sahaja dari Genting Skyworld Theme Park.


hotel dan penginapan murah genting highland.jpg


Bilik yang disediakan termasuklah deluxe twin room sehinggalah three bedroom suite yang boleh memuatkan kira-kira 9 orang penghuni pada satu masa. Sesuai sangat untuk mereka yang mempunyai keluarga besar. Terdapat bilik yang mempunyai beranda & pemandangan pergunungan 😍


penginapan murah genting highland


Harga yang ditawarkan serendah RM109 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan korang. 





2. 7Stonez Suites Geo38 


Penginapan ini terletak di Gohtong Jaya, Genting Highland. Sekitar 4.3km dari Genting Skyworld Theme Park.


penginapan murah genting highland


Penginapan ini menyediakan bilik-bilik jenis suite sehingga bilik penthouse yang boleh memuatkan 10 penghuni pada satu masa. Dapur serta peralatan memasak juga turut disediakan. Bilik mempunyai pemandangan pergunungan yang cantik & mempunyai balkoni. Terdapat juga kolam renang & pusat kecergasan juga turut disediakan.


penginapan murah genting highland


Harga yang ditawarkan serendah RM116 sahaja tau. Harga bergantung kepada tarikh tempahan & jenis bilik yang ditempah.





3. Ion Delemon Premier Suite


Penginapan ini terletak kira-kira 1.4km sahaja dari Sky Avenue, Genting Highland. 


penginapan murah genting highland


Penginapan ini menyediakan suite mewah dari suite standard sehingga suite yang mempunyai 3 bilik. Terdapat juga beranda untuk korang menikmati pemandangan pergunungan di Genting Highland dengan puas sekali. Boleh didiami sehingga 7 orang penghuni pada satu masa. 


penginapan murah genting highland


Harga yang ditawarkan serendah RM110 sahaja tau bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik yang ditempah.





4. Windmill Premier Suites 


Penginapan murah ini terletak di Gohtong Jaya, Genting Highland. 


hotel murah genting highland


Antara bilik yang disediakan termasuklah bilik studio, suite 2 bilik & suite 3 bilik. Boleh memuatkan kira-kira 8 penghuni pada satu masa. Kolam renang terbuka, sauna & tab panas juga turut disediakan buat para pengunjung yang berminat.


hotel murah genting highland


Harga yang ditawarkan serendah RM95 sahaja tau bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik yang ditempah. 





5. Reka Hotel

Hotel murah ini terletak di Gohtong Jaya, Genting Highland. 


hotel murah genting highland


Hotel ini juga menyediakan bilik untuk keluarga kecil, serta bilik quadruple yang boleh memuatkan kira-kira 4 tetamu pada satu masa. 


hotel murah genting highland


Bilik yang ditawarkan serendah RM114 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 





6. Ion Delemen Suite Genting - Rapi Stay 


hotel murah genting highland


Selain bilik standard, penginapan ini juga menyediakan bilik jenis apartment yang mempunyai 2 bilik serta ruang tamu dan boleh memuatkan kira-kira 4 penghuni pada satu masa. Ada bilik yang mempunyai beranda. 


hotel murah genting highland


Harga yang ditawarkan serendah RM85 sahaja tau. Harga juga bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik yang ingin ditempah.





7. MIDHILLS Prime Suites


hotel murah genting highland


Penginapan ini menyediakan studio apartment 1 bilik, apartment 2 bilik sehinggalah apartment 3 bilik yang boleh memuatkan kira-kira 14 orang penghuni pada 1 masa. Memang sangat sesuai percutian dengan keluarga & kumpulan yang besar. 


hotel murah genting highland


Harga yang ditawarkan serendah RM89 sahaja tau bergantung kepada jenis bilik & tarikh tempahan dibuat. 





8. Midhills at Genting - Sky Suite 


apartment murah genting highland


Penginapan ini menyediakan bilik jenis standard, studio & apartment yang lengkap dengan balkoni dan juga dapur & peralatan memasak. Terdapat juga apartment yang mempunyai 2 bilik sesuai untuk korang yang merancang percutian bersama anak-anak. 


apartment murah genting highland


Harga yang ditawarkan bermula RM46 sahaja tau. Harga penginapan bergantung kepada tarikh & bilik yang ditempah. 





9. Amber Court Premium Suites 


apartment murah genting highland


Penginapan ini juga mempunyai suites 2 bilik, dan 3 bilik. Silalah tempah mengikut kapasiti orang yang bercuti bersama korang ya. Balkoni juga disediakan begitu juga dapur & peralatan memasak yang lain. 

apartment murah genting highland


Harga yang ditawarkan serendah RM86 sahaja tau. Harga bergantung kepada tarikh tempahan & jenis bilik yang ditempah.





10. Windmill Upon Hills Premium Suites


apartment murah genting highland


Antara suites yang disediakan di penginapan ini ialah suites 2 bilik, suites 3 bilik, apartment 3 bilik, sehinggalah penthouse yang mempunyai 4 bilik. Memang cukup besar untuk memuatkan keluarga besar & percutian untuk kumpulan yang besar. 


penthouse murah cameron highland


Harga dari RM105 sahaja tau. Harga bergantung kepada tarikh tempahan & jenis bilik yang ditempah. 





Itu sajalah antara 10 hotel & penginapan murah di Genting Highland yang dapat aku kongsikan untuk korang. Rasanya 10 hotel ini dah cukup kot untuk korang membuat perbandingan bagi mendapatkan penginapan bagus yang ideal tapi murah & bajet untuk percutian korang di Genting Highland. 


Selamat bercuti guys! 
1 Komen untuk "10 Hotel & Penginapan Murah di Genting Highland "

Back To Top