Tempat Makan Pemandangan Best di Kota Warisan, Hilltop Cuisine

Korang mencari tempat makan dengan pemandangan yang cantik berdekatan Kota Warisan, Sepang? Silalah ke Hilltop Cuisine. Tempatnya diatas bukit betul-betul bersebelahan Kipmall Kota Warisan. Kalau korang dari Putrajaya, before sampai flyover Kipmall tu ada bukit sebelah kiri kan? Hilltop Cuisine diatas bukit itulah. 


Boleh menikmati makan petang atau dinner korang sambil melihat pemandangan waktu petang or malam dari atas bukit. Nampaklah satu Kota Warisan tu and kawasan-kawasan sekitar. Aku dah tiga kali menjamu selera di Hilltop Cuisine ini. 


Kali pertama aku makan shellout, kali kedua shellout lagi (but rasanya agak kurang sikit nak compare dengan previously). Kali ketiga aku makan pasta. Alhamdulillah berpuas hati dengan makanan-makanan yang disajikan menepati selera aku. Selain makanan yang sedap, pemandangan di Hilltop Cuisine juga cantik betul. 


Waktu malam ada lampu-lampu sekitar tempat makan, and konsep open air. Boleh hirup udara segar, menjamu mata dengan keindahan waktu malam sekita Kota Warisan, sambil menjamu selera. Dap ohh! >.<





Ini gambar aku ambil dari Facebook Hilltop Cuisine. Lawa kan? T_T





Ketiga-tiga kunjungan aku ke Hilltop Cuisine adalah pada waktu malam. Kononnya waktu malam sejuk sikit. Pemandangan waktu malam pun lagi cantik nie haha. Kalau korang nak pergi petang, pergi jela. Biasa aku pergi after Maghrib memang selalu ramai orang. But seat kosong sentiasa ada. Luas tau dekat atas sana. Jangan risau pasal seat. Pepandai la diorang adjust. 


Pastu dekat sini selalu orang buat celebration macam sambutan hari jadi, sambutan ulangtahun perkahwinan. Kemudian siap ada deejay lagi. Sambil makan, korang akan diulit dengan muzik-muzik & lagu-lagu sedap. Sungguh feel sekali ya. Haha. Nak rasa feel dia tu pergi la sendiri okay! 




Ini menu shellout yang kitorang order. Boleh makan tiga orang. Sedap jugak. Cuma kalau dilebihkan sayur tu mungkin lagi ngam kot haha. -.- Tapi apa nak buat kan. Sayur pun mahal sekarang. T_T Jangan lupa order kopi vietnam tau. Sedap gak. Lupa nak snap gambar kopi vietnam untuk tatapan korang hehe.





Ni antara pasta yang kitorang order, Seafood Aglio Olio. Memang terbaik la pasta diorang. Mostly pasta yang kitorang order alhamdulillah sedap. Actually banyak lagi menu di Hilltop Cuisine nie. Lepasnie boleh la nak try menu lain pulak. Korang boleh follow Instagram and Facebook diorang yang aku share dibawah kalau nak tengok gambar-gambar pemandangan & gambar menu yang terdapat di sana. 


Instagram : hilltopcuisine

Post a Comment

2 Comments

  1. Weyhhh Azwar pun tak sampai lagi kat atas ni. Macam best je view dia

    ReplyDelete