Percutian di Garden Suite Taaras Pulau Redang

Pada bulan Mac baru-baru ini, aku berkesempatan bercuti di Garden Suite Taaras, Pulau Redang. Ini merupakan percutian kedua aku di Taaras. Untuk percutian pertama, korang boleh baca entri yang nie okay percutian di Hill Top Taaras. Untuk kali ini, kami dah merasai pengalaman menginap di Garden Suite. >..< Sumpah lawo do'oh! 


2h1M di Garden Suite Taaras 


Percutian kali ini hanya selama 2 hari 1 malam sahaja since kita bercuti pun bukannya nak meneroka hidupan dalam laut sangat pun hehe. Just cuti-cuti santai, nak relaks, free & easy, mandi pantai sikit, jalan-jalan naik motor pusing pulau, makan-makan -.- 


Naik Feri di Jeti Marina Pulau Duyong 


Kitorang naik feri di Jeti Marina Pulau Duyong sekitar 10.30am. Sebelum ini naik di Dataran Shahbandar but jeti di sana mengalami kerosakan mungkin akibat banjir. Lecehnya naik di Marina ini parking dia punyalah jauh. Kena parking diluar pintu masuk Marina. Kalau tak silap tiket parking RM10 per entry. Nasib baik nak pergi 2 hari je so takdelah bawa beg besar sangat. Kalau tak mau lenguh bahu galas beg nak berjalan masuk ke jeti. fuh! Berpeluh! 


jeti marina ke taaras redang



Sekitar 12.00 tengahari dah sampai di jeti Pulau Redang. Kelihatan van Taaras sudah menunggu kami di sana. Since ini merupakan kali kedua aku menginap di Taaras, aku tak snap banyak sangat gambar. Kalau korang nak tengok gambar yang banyak sikit, korang boleh baca entri pencutian pertama aku okay. -.- 


Garden Suite Taaras Pulau Redang 


Actually, bilik kitorang dapat ialah bilik Hill Deluxe yang paling bawah and paling hampir dengan lobi Taaras. But pihak Taaras tukarkan bilik kitorang ke Garden Suite sebabkan bilik Hill Deluxe mengalami beberapa kerosakan teknikal. Terima kasih pihak Taaras mengambil aduan kitorang dengan serious siap bagi Garden Suite lagi T_T


bilik garden suite taaras redang


Bilik Garden Suite macam dalam gambar diatas. Bilik kitorang tingkat bawah. Memang diupgrade betul dengan bilik Hill Deluxe tadi. Thank you Taaras! Youre the bestttt T_T Jom kita tengok rupa dalam bilik pulak macam mana. 


bilik garden suite taaras redang


Bukak pintu bilik ada ruang tamu untuk lepak santai tengok tv. Ruang ini siap ada mesin kopi & mini bar untuk korang buat kopi & ada juga jajan tau. 


bilik garden suite taaras redang


Ini di bahagian tempat tidur. Juga disediakan tv, sofa single seat, 2 biji katil single size.


bilik garden suite taaras redang


Ini yang paling ku tunggu. Mandi di bathtub haha. Bilik air dia besar tau. Ada 2 sinki, bathtub, & 1 toilet duduk yang tiada wayar paip. Kita orang malaysia pantang betul kalau mangkuk tandas takde wayar paip ni tau haha. Yang tu jela tak berkenan dengan Garden Suite Taaras ni. Yang lain semua tiptop. 


Waktu Malam di Taaras Pulau Redang 



bilik garden suite taaras redang


Macam percutian sebelum ini, kitorang sewa motosikal and dinner di Warung Qurata, Pulau Redang. Katanya Dato Siti pun makan dekat Warung Qurata masa bercuti di Pulau Redang. Nak la juga kita try kan. Kalau korang taknak makan sini, ada je lagi beberapa kedai makan dekat sana. Sempat tapau burger juga konon nak makan tengah malam. Sekali masing-masing ketiduran -.-


percutian di taaras pulau redang



Burger dekat sini sedap tau. Korang kena cuba. Masakan diorang bagi aku biasa biasa saje. Mungkin takde rezeki kitorang malam tu. Disebabkan lapar, licin juga semua lauk. >.< Kena datang awal tau sebab normally pelanggan memang ramai. Kitorang pelanggan pertama pun still sedikit lambat dapat makanan. 


Itu sajalah perkongsian aku untuk kali ini. Untuk cek harga bilik & membuat booking di Taaras, korang boleh ke website thetaaras.com . Rasanya kalau korang booking lagi awal, rate lagi murah. So rancanglah percutian korang sebaiknya okay! 

Post a Comment

1 Comments

  1. Anonymous20 June, 2022

    Wow taaras expensive hotel in Redang..thank you for sharing

    ReplyDelete