Pengalaman 2 Hari 1 Malam di Royal Belum Houseboat

Ini cerita awal tahun 2017 tapi baru sekarang kita nak update haha. Semoga tahun baru 2017 ini semakin ada kerajinan untuk terus update blog. Tahun lepas nak dapat 5 entri sebulan pun payah T_T. Harini nak share pengalaman 2 hari 1 malam kitorang di Royal Belum Houseboat.

Percutian 2 Hari 1 Malam di Houseboat Royal Belum



30hb Disember 2016 yang lepas, around 11.00pm kitorang berkumpul di Terminal Bas Selatan (TBS) untuk menaiki bas ke Royal Belum. Ada kira-kira 30 orang jugak yang join Royal Belum houseboat trip ini. Geng kami je pun dah 11 orang. Special thanks buat Saf yang banyak deal dengan crew Royal Belum Houseboat. Dialah yang suggested trip nie dekat kitorang and tolong cari geng lagi, tolong buat payment, sentiasa update info dekat whatsapp group. Thank you. Next trip please count me in ye. =D
 

pengalaman di royal belum houseboat


31hb Disember 2016, around 8.00am kami pun sampailah di jetty Royal Belum. Berjalan sambil angkut barang masing-masing ke jetty. Boleh tahan banyak jugak barang yang dibawa. Paling banyak mestilah stok makanan. Makanan yang Zali bawak saje pun dah 1 beg biru IKEA tu. Thank you Zali. =D


pengalaman ke royal belum


Tak jauh mana pun perjalanan dari bas ke jetty houseboat. Around 300 meter macam tu. Hujan renyai-renyai masa kitorang sampai sana.
 

pengalaman ke royal belum_1


Inilah houseboat kami sepanjang 2 hari 1 malam di Royal Belum. Ada 2 tingkat. Tingkat bawah ruang tamu, dapur and 4 toilet. Tingkat atas ada 5 bilik yang diutamakan untuk mereka yang datang dengan family and kaum wanita. Jangan mengada nak cop bilik untuk kau sorang tau. Macam kitorang pun hampar tilam, tidur kat luar ramai-ramai. Tilam & bantal lebih ada je disediakan. Tapi untuk keselesaan, maybe korang boleh bawa bantal & selimut sendiri.


houseboat royal belum_1


Caravan Serai Royal Belum Houseboat

Ok malaslah nak taip panjang-panjang, biar gambar jela menceritakan semuanya ye. –.-


pemandangan di royal belum


Ini tingkat bawah houseboat. Memang agak luas jugak. Sambil tunggu houseboat bergerak ke Perkampungan Orang Asli, karaoke dululah. Nampak tak tu? geng kitorang je yang conquer karaoke hehe. Selain karaoke, ada yang bermain congkak, main daun terup and borak-borak. Nak cari kawan baru atau jodoh? Di sinilah salah satu tempatnya haha.


karaoke di royal belum houseboat_1


Perkampungan Orang Asli


Aktiviti pertama kitorang di sana ialah melawat perkampungan orang asli. Ini kali pertama aku melawat perkampungan orang asli and i was like ‘macam mana diorang boleh survive tinggal di pulau terpencil ini’? Kagum sekejap.


perkampungan orang asli royal belum



kampung orang asli royal belum



bergambar di perkampungan orang asli royal belum


Korang yang ingin sedekahkan pakaian/makanan or apa saja dekat penduduk perkampungan orang asli, sangat dialu-alukan. Macam kitorang hanya agihkan jajan dekat anak-anak orang asli. Seronok tengok diorang happy betul dapat jajan.


perkampungan orang asli royal belum_1


Selepas melawat perkampungan orang asli, naik balik houseboat. Lunch pun dah siap. Kita makan dulu. Bila semua makanan dah tinggal sisa baru aku terfikir nak ambik gambar haha. Sorry guys. But for sure lauk pauk dia boleh tahan sedap. Patutlah lunch besoknya ada orang yang tak sempat makan sebab lauk & nasi habis hehe. 


lunch di houseboat royal belum


Trekking ke Air Terjun Sungai Kooi


After lunch, ada aktiviti hiking & trekking ke Air Terjun Sungai Kooi. Dari houseboat, kami dibawa menaiki speedboat ke Sungai Kooi. Jom tengok gambar sekitar trekking & hiking ke Air Terjun Sungai Kooi.


speedboat royal belum


Antara laluan ke Air Terjun Sungai Kooi. Takdelah mencabar sangat but kalau tak berhati-hati boleh menyebabkan kecederaan tau and hati-hati dengan pacat guys!


laluan ke air terjun sungai koo_1i


Trekking dari jetty speedboat ke Air Terjun Sungai Kooi takdelah jauh sangat. Tak sampai sejam pun. But bila dah sampai sana, memang kagum gila dengan kecantikan & keindahan Air Terjun Sungai Kooi. Ya Allah, indahnya ciptaan-Mu \0/


laluan ke air terjun sungai kooi


Penat merentas hutan rimba, meredah air sungai, meniti kawasan berbatu-batuan akhirnya sampai jua di Air Terjun Sungai Kooi. Cantiknya! Kagum!


pemandangan air terjun sungai kooi royal belum

Air Terjun Sungai Kooi

Berpeluang jugak bergambar background air terjun. Tak boleh bergambar sakan sangat dekat sini sebab ada group lain pulak yang tunggu turn untuk bergambar.


air terjun sungai kooi royal belum


Bila masing-masing dah puas hati bergambar, jomlah kita pulang. Trekking time balik macam sekejap pulak tiba-tiba dah sampai dekat jeti bot.


pemandangan di sungai kooi royal belum


Sebelum naik bot, kita bergambar dulu di akar pokok tumbang yang besar gedabak nie. Famous tau port bergambar dekat sini, masing-masing tak melepaskan peluang untuk bergambar. \0/

Bermain Rakit Buluh


Balik dari Air Terjun Sungai Kooi, kami bermain rakit buluh pulak. Syok gila bakhang main rakit buluh nie.


main rakit buluh di royal belum


Seronok betul diorang main rakit buluh ye

Yang tak reti berenang, jangan risau sebab ada disediakan jaket keselamatan.


bermain rakit buluh royal belum


Part paling best bila rakit buluh terbalik. Ko bayangkanlah kami semua duk berebut naik rakit sekali rakit tak stabil habis terbalik la.


rakit buluh di royal belum houseboat


Cubaan terbalikkan rakit buluh -.-

BBQ & Ice-Breaking


Malamnya pulak ada bbq ayam makan dengan nasi goreng untuk makan malam. Masing-masing tolong menolong bakar ayam. 


bbq di royal belum houseboat_2


Dah kenyang perut, ada sesi ice-breaking. Masa nie barulah kenal dengan siapa kita main rakit buluh and trekking petang tadi. semua sporting and gila-gila diorang semua nie tau. Baru tahu nama masing-masing, umur, status and pekerjaan. Ada yang bekerja sebagai penari, pensyarah, guru, student, business, pengembara pun ada tau. Hebat la depa semua nie.


aktiviti waktu malam royal belum houseboat


After ice-breaking, ada aktiviti berkumpulan pulak. Kena buat persembahan sempena tahun baru. Ada kumpulan yang kena buat drama, fashion show, pantun, tarian & menyanyi. Kumpulan yang buat persembahan tarian yang menang. Gila tak menang, kami buat tarian tiang kot. Kebetulan dalam kumpulan kitorang ada penari tiang iaitu Zali haha. =P


aktiviti malam di royal belum houseboat

Hari Kedua di Royal Belum Houseboat


Aktiviti hari kedua di Royal Belum Houseboat ialah trekking ke Santuari Kelah.


karaoke di royal belum houseboat
Karaoke lagi =D


gambar houseboat royal belum
Yuyu tengah ajar menari. Ewahh

Mandi Air Terjun di Santuari Kelah


Trekking ke Santuari Kelah agak rileks sikit berbanding Air Terjun Sungai Kooi. Cuma laluan agak licin sebab hujan kan.


laluan ke santuari kelah royal belum


Dalam beberapa minit trekking, dah sampai ke port air terjun di Santuari Kelah Royal Belum. Masing-masing excited tengok air terjun. Jom pakat serbu! Haha.


air terjun santuari kelah royal belum
Seronok betul diorang mandi air terjun


Tak jumpa sekor pun ikan kelah di Santuari Kelah nie. Mungkin sebab hujan kot ikan kelah malu-malu nak muncul. Kalau nak merasai pengalaman sebenar bermain dengan ikan kelah, mungkin korang boleh plan ke Tasik Kenyir.


air terjun santuari kelah royal belum_1



santuari kelah royal belum
Jeti speedboat di Santuari Kelah


Itulah serba sedikit pengalaman kitorang selama 2 hari 1 malam di Royal Belum Houseboat. Boleh kata ini antara trip yang paling best tahun 2016 and pembuka trip bagi tahun 2017. Kami datang sana pada tahun 2016, balik sini dah tahun 2017 ekeke.


rakit di houseboat royal belum


Kredit gambar,



Thanks sudi baca entri yang panjang lebar nie. =P
6 Komen untuk "Pengalaman 2 Hari 1 Malam di Royal Belum Houseboat"

Selamat tahun baru abam Pijol. Please la rajinkan diri untuk update blog lagi lepas ni ya. Azam tahun baru katanya hahaha.

Ah, rindu Royal Belum! Best betul dapat pergi sana. Visit kampung orang asli, trekking kat Kooi waterfall. Awesome!

Plus, boat korang tu cool siap ada karoake lagi. Fuh!

Perghh syoknya jenjalan macam ni, Anyway Selamat Tahun Baru!

syoknya tengok gambar jalan-jalan macamni!! tempat dia pun macam menarik. haiiii dah lama tak blogwalking hahaha.

syoknya semua orang, lama takde pengalaman camni

PACAT?? oh no... kasut apa yang sesuai untuk jalan dlm air tu ye

nak video tu boleh...hehe..
saya ejen caravanserai

Back To Top