Assalamualaikum

Aku percaya mesti dah ramai yang ada akaun ASNB kan. Malah dah start melabur lama dah. Actually aku memang dah lama nak buka akaun ASNB sendiri. Ada la sedikit pengetahuan mengenai ASNB nie dari kawan-kawan. Tapi tak berkesempatan lagi nak ke kaunter untuk buka akaun. Padahal duit asyik tak cukup je macam mana nak menyimpan lol haha. Hajat itu lama tersimpan sehinggalah baru-baru ini ASNB telah memperkenalkan apps diorang iaitu myASNB. Yang lagi best, korang boleh buka akaun ASNB korang secara online je. Dah tak perlu lagi ke kaunter. Semua urusan di hujung jari katanya. gitu . \0/

 

install myasnb apps

 

Korang yang belum ada akaun ASNB, masih belum terlambat untuk kita mendaftar okay haha.  At least ada la jugak simpanan yang beranak kan. Bak kata orang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Boleh digunakan diwaktu kecemasan, dihari tua nanti  kalau umur panjang T_T. Berkenaan syarat-syarat untuk mendaftar, korang boleh Google je okay. Harini aku nak share cara buka akaun & cara melabur menggunakan app myASNB dari pengalaman aku.

 

Cara Buka Akaun dengan myASNB

 

Caranya pun takdelah complicated sangat. Just ikut je arahan yang diberi. Aku cuba sekali je dah berjaya. Baca feedback dari pengguna lain ada juga yang tak berjaya. Jom kita cuba.

 

1. Install app myASNB

2. Buka app myASNB. Pilih DAFTAR.

3. Isikan semua maklumat yang dikehendaki (Jenis ID, pilih IC baru. Nombor ID, letakkan no IC.)

4. Masukkan no OTP yang dihantar ke no telefon korang.

5. Masukkan maklumat peribadi, pengisytiran diri & maklumat pekerjaan.

8. Pengesahan Identiti. Ambil gambar I/C depan dan belakang. Rakam video swafoto. Make sure gambar korang clear tau. Taknak blur.

 

identity verification myasnb

 

9. Lebih kurang setengah jam, korang akan menerima mesej “Your ID verification is successful. You can now proceed with myASNB account creation. ClickSign Up at MyASNB app”.

 

set up akaun di myasnb app

 

10. Di Account Creation, masukkan maklumat akaun & maklumat keselamatan akaun.

 

reviewing bank account verify untuk pembukaan myasnb

 

11. Bila dah isi semua maklumat akaun & maklumat keselamatan akaun, kena tunggu approval untuk bank account verified. Aku punya akaun hari Selasa dalam tengahari aku register, petang Rabu baru approved seperti dalam email dibawah.

 

bukti pembayaran bank validation myASNB

 

12. Bila dah approved, korang dah boleh mulakan pelaburan pertama korang di myASNB.

 

cara memulakan pelaburan di myasnb

 

13. Dalam ASNB ada banyak jenis pelaburan, so untuk memudahkan korang membuat pilihan pelaburan mana yang sesuai dengan komitmen & keperluan korang, pihak ASNB menyediakan 6 soalan untuk korang jawab.

 

6 soalan mudah daftar di myasnb

 

14. Once korang dah jawab 6 soalan tersebut, ASNB akan memberikan cadangan unit amanah mana yang sesuai untuk korang. Korang boleh pilih unit amanah yang dicadangkan or korang memang dah ada pilihan sendiri. Terpulang dekat koranglah.

 

15. Untuk mula melabur, minimum amount pelaburan pertama adalah sebanyak RM10 sahaja. Cara pembayaran pula samada dalam Perbankan Dalam Talian FPX or Boost e-Wallet pun boleh. Untuk pelaburan kedua dan seterusnya, nilai pelaburan bergantung pada unit amanah yang korang pilih. Macam ASB min RM100, kalau ASN pula min RM150.

 

mulakan pelaburan di myasnb serendah rm10

 

16. Sebarang pelaburan yang korang buat, nilai pelaburan akan keluar di halaman utama seperti dibawah.

 

contoh halaman utama di myasnb

 

Untuk lebih mudah faham, korang boleh tonton video dari myASNB di bawah okay atau ke laman web https://www.myasnb.com.my/.

 

 

Make sure korang buat homework dulu tau sebelum membeli unit amanah. Atleast ada sedikit pengetahuan pun okay dah. Kalau nak tanya sesuai mengenai unit amanah dalam ASNB, boleh bertanyakan dengan yang pakar okay. Dekat Google & Youtube pun banyak je orang share.