Aku tahu kewujudan produk The Ordinary nie dari twitter Dr. Imran (@imranfaisal_). Terus buat research mengenai produk. Rasanya produk nie takde di drugstore Malaysia. Aku tak sure produk ini asalnya dari mana tapi kalau tengok dekat WEBSITE THE ORDINARY maybe dari Canada. So korang kalau nak beli directly from website diorang pun boleh je.  Since aku nak senang & malas godek website diorang, aku beli di Shopee (30ml, RM17) trial pack dulu sebab nak tengok serasi or tak dengan kulit.

 

 

glycolic acid refill small

 

Apa itu Glycolic Acid 7% Toning Solution?

 

Dari sedikit pembacaan aku (kalau salah mintak betulkan okay), Glycolic Acid 7% solution ini merupakan chemical exfoliator yang berfungsi untuk membersihkan kulit korang dari sel-sel kulit mati, blackhead/whitehead, merawat kulit kusam, kedutan/berparut, mencegah pori tersumbat & mengurangkan pigmentasi serta penghasilan minyak. So, PENTING untuk korang exfoliate kulit wajah at least seminggu sekali okay!

 

Kiranya fungsi dia macam face scrub (physical exfoliator) cuma dalam bentuk cecair. Kalau face scrub kan biasanya kasar. Lepastu macam leceh nak kena gosok-gosok lembut di muka, kena bilas lagi. Glycolic acid nie ko just titiskan dekat kapas muka, kemudian sapukan di muka. Haa kan mudah tu! Sebab tulah aku beli. Sebab dia memudahkan aku hahaha. >.<

 

Menurut pembacaan aku, rupanya ada dua jenis scrub which is chemical exfoliator & physical exfoliator.

 

Chemical exfoliator
Chemical exfoliator pula berfungsi melarut dan membuang lapisan kulit yang mati, lebih berpotensi untuk meresap ke dalam berbanding jenis fizikal kerana molekul yg kecil, juga lebih sekata kerana tidak bergantung kepada tekanan picitan atau kekasaran menenyeh seperti fizikal.

 

Physical exfoliator
Physical exfoliation atau face scrub adalah lebih kasar, kerana mengandungi bahan2 kecil, boleh menyebabkan iritasi dan luka yang halus (micro tear) kpd kulit. Cara ini hanya akan buang lapisan yang paling luar sahaja.

So kesimpulannya chemical exfoliator lebih effective berbanding physical exfoliator. =D

 

Cara Memakai Glycolic Acid 7% Toning Solution

1. Dipakai diwaktu malam.
2. Selepas mencuci muka, titiskan glycolic acid di kapas muka kemudian sapukan ke muka dan tengkuk.
3. Make sure tak kena bahagian mata.
4. Tak perlu bilas.
5. Dipakai 2 – 3 kali seminggu
6. Make sure pakai korang punya daily skincare routine tau especially facial cleanser, moisturizer & daily face sunscreen for the best result.

Untuk Pengguna Kali Pertama Glycolic Acid 7%!

 

Sunburn Alert: This product contains an alpha hydroxy acid (AHA) that may increase your skin's sensitivity to the sun and particularly the possibility of sunburn. Use a sunscreen, wear protective clothing, and limit sun exposure while using this product and for a week afterwards.

 

Patch tests are an easy way to help predict if you may experience a negative initial reaction to a new product. It is recommended to perform a patch test before incorporating any new product into your regimen. We have outlined a general method for conducting your own patch test below based on the type of product.

1. Apply a small amount of the product onto a clean area of skin on the upper forearm.
2. Keep the area dry.
3. If the product has a specified duration of use, rinse off after this time has elapsed. Otherwise rinse off after 24 hours.
4. If any redness, burning, itching, blistering or irritation is observed at any time throughout the test, do not use the product.

 

Repurchase Glycolic Acid 7% (240ml)

 

Bila aku dah betul-betul yakin produk ini tak membawa kesan yang buruk terhadap kulit aku, aku repurchase dengan supplier yang sama juga dekat Shopee. Korang kena pilih supplier yang betul-betul trusted tau. Takut nanti diorang jual produk yang tak original. Banyak je seller dekat Shopee jual produk yang sama. Cuma nak tahu authentic ke tidak tu kita kenalah buat research sikit. Contohnya baca feedback customer, tengok berapa jumlah produk yang dah terjual, chat dengan seller dulu if korang was-was dengan produk yang dijual. Jangan main beli je tau!

 

Harga 240ml Glycolic Acid yang aku dapat di Shopee is RM 60.00. For me, harga RM60 nie very affordable and value for money dengan size 240ml tu.  Yela kau bukan pakai hari-hari kan. Paling max pun 3 kali seminggu. So for sure tahan lama.

 

the ordinary glycolic acid review

 

Result Glycolic Acid 7% by The Ordinary

Aku start pakai The Ordinary Glycolic Acid 7% nie November tahun lepas. Kiranya dah nak dekat setahun jugak lah kan. Kalau muka aku ada jerawat, bila pakai muka rasa pedih sikit lah. Kalau takde jerawat, okay je takde rasa apa pun. And muka aku pun takde breakout. So far so good. Perubahan muka takdelah ketara sangat like kau pakai harini, minggu depan terus hilang segala cela ya. Yang penting muka rasa bersih, lebih segar & tak kusam macam sebelum nie okay lah kan. Slowly but surely. InshaAllah.

 

Selamat mencuba guys! Smile