Staycation di Hotel Best dalam Putrajaya

Sebelum PKP 2.0 yang lalu, aku menerima jemputan staycation di salah satu hotel yang best di Putrajaya iaitu Double Tree by Hilton Putrajaya Lakeside, Presint 5 Putrajaya. Walaupun hanya staycation dalam Putrajaya (tempat tinggal sendiri haha), but perasaan excited tu tetap ada sebabnya hotel ini merupakan hotel baru yang telah dinamakan semula. 


Sebelum ini Hotel Pullman Lakeside Putrajaya. Kiranya kami antara yang terawal menginap di Hilton Putrajaya nie. >.< Ini trial run simulation je tau. Maybe after covid-19 dah reda, hotel akan dibuka kepada orang ramai. Korang bawak bersabar dulu okay. >.<

 

gambar double tree hilton putrajaya

 

Di KL pun ada tau Hilton Hotel. Kalau korang nak staycation KL bolehlah check in di Hilton Hotel KL okay. Tahun ini aku tak berkesempatan untuk bercuti di pulau. Macam tahun lepas sempat lah juga bercuti di Pulau Redang. Tahun ini dah tak nampak kesempatan itu dek kerana covid-19 nie T_T. Nanti nak try usha Pangkor Laut Resort. Dengar-dengar Pulau Pangkor dibuka sepanjang tahun kan? Lagipun aku memang tak pernah jejak kaki lagi di Pulau Pangkor. Best ke Pulau Pangkor weh?

 

Bermalam di Hilton Putrajaya Lakeside

 

Aku bermalam di Hilton Putrajaya masa bulan Ramadhan yang lalu. Korang yang pernah check in di Pullman Lakeside Putrajaya mesti tahu kan kecantikan dan keunikan hotel di sana. Terletak di tepi tasik Putrajaya, menjanjikan pemandangan tasik Putrajaya yang cantik sedap mata memandang. Bila waktu malam, dapat tengok warna warni lampu jambatan di Putrajaya. Makanan yang disediakan pun nice. Begitulah juga dengan Hilton Putrajaya ini tau. Hotel yang sama, cuma dibaik pulih, dicantikkan lagi dan bertukar nama menjadi Hilton Putrajaya Lakeside. Since bulan Ramadan, tak banyak sangat aktiviti yang boleh dilakukan di sana.

 

hilton putrajaya lakeside presint 5

 

Ini bilik yang aku dapat. Buka je pintu beranda korang akan nampak view tasik Putrajaya. Nice kan? Sejuk mata memandang =D

 

Buffet Berbuka Puasa @ Makan Kitchen

 

Kitorang berbuka puasa di Makan Kitchen, Hilton Putrajaya Lakeside. Solat Maghrib dulu sesiap then baru turun makan. Kang nanti boleh la lepak lama-lama di Makan Kitchen hehe. Banyak betul  menu yang disediakan and sedap-sedap. Dek kerana makanan-makanan yang sangat menyelerakan (and sebab lapar sama kot haha), aku terus lupa nak snap gambar-gambar makanan untuk tatapan korang.

 

bufet ramadan di hilton putrajaya lakeside

 

Waktu Malam di Hilton Putrajaya Lakeside

 

After dah settle berbuka puasa, terus lepak dalam bilik. Jom kita lepak di beranda sambil menikmati angin malam sepoi-sepoi bahasa.chewah! =p

 

waktu malam di double tree hilton putrajaya 

Ini view waktu malam di Hilton Putrajaya Lakeside. Boleh nampak Jambatan Seri Saujana and lampu-lampu bangunan di Putrajaya. Malam nie kena tidur awal sebab esok nak bangun sahur pulak. Besoknya after sahur dan selesai solat Subuh, aku sambung tidur kejap sebelum check out.

 

Tarikan Terbaru di Hilton Putrajaya Lakeside

 

Berita baik untuk korang yang berkeluarga, sekarang dah ada tarikan terbaru iaitu mini waterpark. Kalau ajak anak-anak staycation di Hilton Putrajaya, confirm diorang excited nie. Budak mana yang tak suka waterpark kan? Aku rasa bukan setakat budak-budak, mak bapak budak pun akan join sama >.<

 

kids waterpark di hilton lakeside putrajaya

 

Dengan aku sekali rasa excited bila tengok gambar mini waterpark nie. Tengok tu gelongsor dia yang warna biru tu. Macam best je kan. Bestnya main gelongsor tu weh! –.- Ayuh semua kita bawak 1 family ke hotel ini weh. Nasib baik aku takde anak lagi kalau tak sekarang juga aku booking bilik.tibe. haha.=p

16 Komen untuk "Staycation di Hotel Best dalam Putrajaya"

FUHH EXCITEDNYA TENGOK SENI BINA HILTON HOTEL DI KL NI , MACAM STAY KAT LUAR NEGARA RASANYA KAN , RINDU NAK PERGI TRAVEL

Bestnya awak..kite selalu stay sinim dulu sbb ofis kite depan tuh jer..jalan kaki..habis covid nanti kite nak stay sinim

Dah lama tak singgah putrajaya..last dulu time kecik..nanti ada peluang gi kl, ingat nak jalan2 lah situ

Samalah kita, before pkp baru ni menyempat tidur hotel dekat KL. Cepatlah habis Covic-19, nak pergi bercuti duduk hotel pun jadilah

Nie Hilton Putrajaya hehe. Maybe hujung tahun nie dah boleh travel dlm Malaysia kot hm

Lama dah tu zaza. Sekarang banyak yang dah berubah hehe

Kan Azwa dapat staycation macam nie pun jadi. Dah bosan sgt tak berkurung dlm rumah 😂

Makan Kitchen tu buat akak teringat Makan Kitchen dekat DoubleTree by Hilton kat JB ni pulak..haha...rindu gila nak staycation!

Rindunya nak cuti-cuti! Cepatlah Covid-19 ni balik kampung.

Cantiknyaaa! Rindu nak staycation dkt putrajaya.

pulau pangkor best! wajib pi walaupun kecik je pulau dia. tak sabarnya nak bercuti, lekaihlah habis covid!

sedih kan sekarang mampu staycation at home je haha..

Sama samalah kita doakan covid nie diangkat dari muka bumi T_T

Nanti dah boleh rentas boleh la staycation sini hehe

hehe okay boleh masukkan dalam list !

Back To Top