Assalamualaikum w.b.t

Hai semua! Lama gila rasanya tak update blog kan. Alhamdulillah setelah mendapat sedikit hidayah & kerajinan, terimalah entri pertama Apijol untuk tahun 2021 yahoo –.- Actually dah draft entri nie lama dah but sekarang makin busy pulak sejak duk layan Netflix dengan Mobile Legend Bang Bang memang dah kelaut dalam dah mood blogging hehe.

 

By the way rasanya belum terlambat nak ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua pembaca blog yang sendu ini. Semoga raya tahun ini penuh bermakna. Macam aku tak berapa nak bermakna sangat sebab tak dapat balik beraya dengan keluarga kan. But still vibes raya tu ada. Itukan hari kemenangan kita sebagai umat islam setelah sebulan kita berpuasa =D

 

Entry kali ini aku nak cerita pengalaman aku menjalani pembadahan kecil di dalam mulut aku. Pembedahan ini dinamakan surgical excision of mucocele. Wah terbelit lidah nak menyebut kan? Pembedahan ini aku buat pada 30 September 2020 ye guys. Harini 29 May 2021 baru nak cerita dekat korang hehe. Cerita pun dah basi T_T

 

Mucocele (Bengkak kebiruan didalam mulut)

 

Pada 23 September 2020 tahun lepas, aku telah berjumpa doktor disebabkan dalam mulut aku ada satu bengkak kecil besar syiling 5 sen (bahagian bawah bibir, belah kanan). Bengkak seakan ulser tapi tak sakit pun. Bengkak tu dah 2-3 bulan macam tu ada dalam mulut aku. But since tak sakit, so aku takdelah terfikir nak jumpa doktor ke apa kan. Just ingore gitu jela. Cuma rasa tak selesa dalam mulut.

 

Bengkak tu sometimes dia membesar, bila dah besar dia pecah. Then membesar lagi. Begitulah seterusnya sehingga one day aku saje la Google kenapa ulser lambat baik dalam mulut, ulser yang tak sakit didalam mulut etc. So macam-macam la keluar. Ada yang kata disebabkan kanser mulut. Aku dah cuak dah. Then pada 23 September 2020 itulah aku jumpa doktor di Klinik Kesihatan Presint 18. Doktor yang merawat aku ialah Doktor Beatrix.

 

30 September 2020 appoinment dengan Doktor Beatrix untuk minor operation, bersama doktor pakar. Operation start pukul 2.30pm macam tu. Sebelum operation, Doktor Beatrix explain mengenai tujuan operation and sebab berlakunya bengkak dalam mulut aku tu.

 

Sebab Terjadinya Mucocele dalam Mulut

 

Rupanya bengkak tu terjadi kerana aku tergigit bahagian bawah bibir aku. Aku pun dah tak ingat bila ntah aku tergigit. Kesan gigitan itu menyebabkan tempat simpanan saliva (salivary gland) aku luka dan terkoyak. Then, saliva dalam mulut masuk kedalam luka yang terkoyak tersebut menyebabkan bengkak akibat saliva yang terkumpul maka terjadilah mucocele. Aku geram betul dengan bengkak tu. Kemudian aku gigit dengan gigi bhahaha. Lagi lah menambahkan luka yang dalam kan. Kalau ignore je bengkak tu, tak payah picit, gigit dengan gigi, mungkin aku tak payah buat minor operation pun kot. T_T Kesian mulut aku mengalami trauma yang teruk.

 

Minor Operation Almost 2 Hours!

 

Okay kita sambung cerita dalam operation room. Tujuan pembedahan kali ini untuk membuang savila yang terkumpul dalam luka yang terkoyak tula. Bila dah dikeluarkan semua, diorang akan jahit mulut aku. Seram kan bunyi dia. Nasib baik mulut aku kena ubat bius dulu siap-siap sebelum operation. After dah dibius, maka pembedahan pun bermula.

 

Dalam bilik operation ada dalam 5 orang staff which is doktor pakar, Doktor Beatrix iaitu doktor yang bedah aku, doktor pelatih dan nurse. Terima kasih banyak-banyak buat kalian semua yang bertungkus lumus almost 2 jam. Yes almost 2 jam kot baru selesai guys. Mulut aku pun dah lenguh menganga.

 

pembedahan mukosa gland dalam mulut

 

Masing-masing bertungkus lumus gunting mulut aku dengan penuh berhati-hati untuk mengeluarkan minor salivary gland yang kurang ajar itu. Since aku sedar je masa operation tu, aku nampak la diorang bekerja. Telinga aku dengar je apa yang diorang duk cakap. Doktor pakar kata “ okay sikit lagi, besar nie. okay nampak? inilah yang macam anggur nie. Eh ada lagi, potong sikit lagi, besar rupanya”  sambil duk explain dekat doktor pelatih kot.

 

operation saliva gland

 

Sepanjang pembedahan, doktor kept asking aku “you okay? ada rasa sakit ke?”  Bila doktor potong mulut aku makin besar, aku dah mula rasa sakit. Maybe area tu ubat bius tak covered kot. So, doktor cepat-cepat cucuk ubat bius lagi. Fuh!

 

Korang mesti nak tengok gambar macam mana rupanya ketulan yang doktor buang dari mulut aku tu kan? Doktor Beatrix ada sent dekat aku gambar-gambar sepanjang pembedahan. Mari kita tengok sama-sama ya. Gambar ini mempunyai unsur ngeri, mereka yang lemah semangat tak disarankan untuk tengok –.-

 

pembedahan membuang mucocele di mulut

 

So, after dah buang minor salivary gland (ketulan merah seperti dalam gambar diatas) dalam mulut aku tu, dah dibersihkan luka semua, doktor pun menjahit luka sebanyak 5 jahitan kot. Aku pun lupa berapa tapi lebih dari 3 jahitan la for sure. Then after seminggu, kena pergi klinik lagi untuk buka jahitan. Sepanjang mulut berjahit, aku tak digalakkan memakan makanan yang susah nak kunyah. So makan bubur jela kita hehe. Gambar dibawah Doktor Beatrix bagi dekat aku sekadar untuk pemahaman korang mengenai surgical excision of mucocele nie.

 

pembedahan mucocele gland dalam mulut

 

Hari ini, 29 May 2021, genap 8 bulan aku membuat pembedahan mucocele. Sehingga hari ini, tempat pembedahan still tinggal bekasnya. Masih terasa bengkak/keras di bahagian mulut yang dibedah. Rasa sakit dah totally hilang Alhamdulillah. Doktor pun ada cakap mungkin mengambil masa yang lama juga untuk baik sebab dalam mulut kan. Hari-hari pun kita mengunyah makanan. For sure lah tempat luka lambat untuk sembuh. But please diawal pembedahan, jangan main suap je makan burger atau makanan yang memerlukan korang untuk buka mulut dengan luas. Kena potong kecil-kecil dulu baru suap.

Cara Mengelak Terjadinya Mucocele di Dalam Mulut

 

After dah dengar cerita pembedahan aku nie, korang kena hati-hati tau especially bila sedang makan. Mulakan makan dengan bismillah, doa makan Insha-Allah semua akan selamat. Macam pengalaman aku sendiri, aku pun tak sure bila aku tergigit bawah  bibir aku tu. Tiba-tiba dah bengkak. Makin bertambah bengkak bila aku gigit pulak mucocele tu sampai pecah hihi. Sehinggalah mulut aku mengalami trauma yang teruk. T_T

 

Kalau korang rasa korang ada mucocele nie, please jangan buat macam aku. Jangan gigit, jangan cuba untuk pecahkan dia. Just ignore je buat macam biasa. Lama-lama nanti maybe dalam 3-5 weeks macam tu dia akan hilang sendiri. Insha-Allah. Ini based on pengalaman aku pada awal tahun nie. Tumbuh lagi sebiji mucocele dalam mulut aku. Aku tergigit masa aku tidur. Then, aku biarkan je. Alhamdulillah sekarang mucocele tu dah hilang sendiri. Tak tahu lah kenapa mucocele nie suka sangat dekat aku ntah. –.-

 

Semoga dengan pengalaman aku membuat minor operation mucocele nie sedikit sebanyak dapatlah membantu korang yang sedang mengalaminya.

 

Thanks for reading guys. =D