Dinner di Restoran Smoked Kingdom by Dondaniyal, Ayer8 PUTRAJAYA

Baru-baru ini aku berpeluang makan malam di Restoran Smoked Kingdom by Dondaniyal yang bertempat di Ayer8, Putrajaya. Siapa je yang tak kenal Ustaz Don kan. Aku pun baru tahu yang rupanya Ustaz Don dah buka restoran sendiri. Excited juga lah nak cuba makanan di sana mana tahu boleh jumpa Ustaz Don sekali ke kan. =P

 

Dinner di Smoked Kingdom Ustaz Don 


Banyak betul menu yang disediakan untuk para pelanggan ye. Rambang mata nak memilihnya. Jom! 


smoked kingdom by don daniyal di PUTRAJAYA

 

Menu di Smoked Kingdom by Dondaniyal

 

Menu di Smoked Kingdom by Dondaniyal berasaskan western food. Kalau nak makan nasi goreng ke mee goreng basah ke memang takde lah dekat sana. Antara menu utama di sana ialah Ribeye Steak, Grilled Chicken, Grilled Lamb Shoulder, Grilled Salmon, Fish & Chips, Mixed Grilled, Pasta, Pizza, Burgers dan terdapat juga Asian food seperti Buttermilk Chicken, Kung Pao Chicken, Sweet & Sour Chicken & Black Pepper Chicken.

 

smoked kingdom ustaz don

 

Amacam? Banyak juga kan menu yang terdapat di sana. Masa kitorang pergi tu menu pizza tak available. T_T So, kitorang order Ribeye Steak, Pasta Carbonara, Ceaser Salad Chicken (acah-acah diet) & cheesy wedges.

 

ribeye steak di steak kingdom by ustaz don

Ribeye Steak

 

 

pasta carbonara di smoked kingdom

Pasta Carbonara

 

 

ceaser salad chicken di smoked kingdom putrajaya

Caeser Salad Chicken

 

Antara ketiga-tiga menu yang kami order, menu yang aku rasa paling kena dengan tekak aku ialah menu Pasta Carbonara. Paling ngam secukup rasa gitu. Menu lain bukanlah kata tak sedap. Boleh la sekadar nak rasa. Untuk repeat order tu, maybe tak. But kitorang punya citarasa lain-lain. Yang kurang bagi aku, maybe sedap bagi korang kan. Begitulah sebaliknya.

 

Interior di Dalam Restoran

 

Bagi aku, suasana di dalam restoran cukup selesa sebab luas juga. Kalau nak makan diluar pun ada disediakan beberapa biji meja. Kalau nak lagi syok, boleh makan dekat dalam, bahagian hujung. Makan sambil menikmati keindahan Masjid Besi. Cuma meja untuk 2 orang tak banyak disediakan.

 

restoran smoked kingdom by ustaz don Putrajaya


Masa kitorang baru sampai tu pelanggan tak ramai. Tiba-tiba bila dah nak balik, makin ramai pulak pelanggan. Aku percaya diorang yang datang nie mesti peminat Ustaz Don. Ini pada bulan September lepas tau. Kang nanti ada pulak yang komen ‘SOP mana?’ hehe. Semoga Smoked Kingdom by Dondaniyal terus maju jaya & semakin dikenali. =D

1 Komen untuk "Dinner di Restoran Smoked Kingdom by Dondaniyal, Ayer8 PUTRAJAYA"

menarik !! jarang melepak di Ayer8 walaupun dekat dgn rumah. blh laa bebila pergi terjah sni.. nampak sedap makanan2nya..

Back To Top