Majlis Kahwin di Seri Dusun Homestay, Sepang

Pada 30 Ogos 2020 yang lepas, aku telah menghadiri satu jemputan kenduri kahwin di Seri Dusun Homestay, Sepang. Kenduri kahwin siapakah? Kenduri kahwin officemate aku, Izzati. Aku kenal Izzati masa tahun 2017.

 

Member Kahwin di Seri Dusun Homestay


Masa tu dia staff SL1M dekat company kitorang. After tamat SL1M, terus dapat permanent staff. Alhamdulillah rezeki dia lah kan. Masa mula-mula kenal dia nie, pemalu yang amat orangnya. Sekarang kalau gelak satu office dengar –.-

 

kahwin di homestay dusun Sepang

 

Dusun Homestay, Sepang


Majlis kahwin Izzati nie merupakan majlis kahwin pertama yang aku pergi after PKP. Risau tu of course-lah ada kan walaupun masa tu angka +ve Covid-19 dah semakin menurun. Majlis ini pun tak panggil ramai orang. Rasa macam bertuah pulak bila terima jemputan dari Izzati haha.

 

Lokasi majlis ialah di Dusun Homestay, Sepang. Homestay dalam kampung yang berkonsep dusun buah-buahan. Biasa kalau majlis kahwin orang buat dalam dewan kan. Firstime pergi kenduri kahwin di Homestay. Best pulak lokasi kenduri ini. Nanti kenduri kita boleh la kita buat di homestay jugak kan –.-

 

kahwin di homestay seri dusun sepang

 

Ruang Makan Yang Selesa

 

Ini tempat makan dan pelamin. Memang konsep open je bukan dalam dewan. Abang Deejay pun ada. Lama gila tak makan lauk kenduri sejak PKP. Datang majlis Izzati nie terubat sikit rindu nak makan lauk kenduri. Tapi sekarang nie mari teringin pulak nak makan lauk kenduri Pantai Timur. Gulai kawah dapp emm.. tibe.

 

majlis kawen di homestay seri dusun sepang

 

Banyak betul makanan yang disajikan. Pisang goreng pun ada tau. Makanan bukan dari pihak homestay. Katanya Izzati tempah dekat luar. Kitorang sampai sana dalam 12.30 tengahari. Tetamu pun tak ramai lagi masa tu. Ingatkan before balik sempat la bergambar dengan pengantin tapi pengantin tengah bersiap lagi. So, takde la gambar dengan pengantin ye nak tunjuk dekat korang.

 

majlis kahwin seri dusun homestay Sepang

 

Tempat Parking Yang Luas

 

Mengenai tempat parking pula, jangan risau tau sebab boleh parking di dalam dusun buah-buahan di bahagian belakang. Nasib baik bukan musim buah. Kalau tak, boleh jugak buat balik buah rambutan setangkai dua. –.-

 

 

majlis kahwin di seri dusun homestay Sepang

 

SOP Majlis Kenduri (sumber)

 

  • Had kapasiti kehadiran pengunjung seramai 250 orang (mengikut saiz ruang majlis)
  • Tempoh penganjuran yang dibenarkan juga adalah selama tiga hingga lima jam.
  • Majlis tidak dibenarkan sekiranya penganjur sukar untuk mengawal keadaan dan perilaku tetamu.
  • Hidangan makanan dalam bentuk buffet atau layan diri adalah tidak dibenarkan.
  • Penganjur perlu memastikan tetamu makan dalam kedudukan penjarakan sosial dan tidak berkumpul semasa makan.
  • Tetamu dilarang berkumpul atau berhimpun di luar ruang majlis sebelum atau selepas selesai majlis.

 

Kepada Zati & suami, selamat pengantin baru. Semoga rumahtangga yang dibina sentiasa bahagia, semoga dikurniakan zuriat yang baik, dipermudahkan urusan dunia & akhirat.  - Fizo

5 Komen untuk "Majlis Kahwin di Seri Dusun Homestay, Sepang"

sesuai sangat homestay ni untuk majlis2 . laman dia pun sikit punya luas. Tempat parking pun lawa.

Congrats!! Besar juga tempatnya.

cantiknya tempat nie .. kalo nak photoshoot outdoor pun dah helok ♥

skrang nak pegi kenduri pun takut rasanya.. ramai da makin alert.
tapi kalau jaga SOP semua okay saja. dun worry. kawasan redup elok cantik..

Back To Top