Tempat Lunch Best & Murah (weekdays) di Putrajaya

Dah nak masuk 5 tahun bekerja di Presint 2, Putrajaya. Sepanjang bekerja di sini, tempat lunch kegemaran aku ialah di cafe Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Tak bosan ke? Tak bosan lah. Sebab dekat situ ada banyak pilihan makanan. Ada dalam 8 kedai. Kalau kata betul-betul teringin nak makan diluar, baru kitorang keluar.

 

Lagipun cafe ini lah yang paling dekat dengan office. Jalan kaki je. Dahlah dekat. Murah pulak tu. Pilihan makanan pun banyak. Bawah office ada 1 kedai makan, tapi tak syok sebab lauk cepat habis & tak banyak pilihan. Maklumlah dekat nak pukul 1.00pm baru keluar lunch. Orang lain pukul 12.30pm dah keluar office dah. eh. =P

 

gambar cafe KWP

 

Terdapat 8 kedai yang menjual lauk pauk, menu yang berbeza. Aku pun dah boleh ingat apa lauk yang diorang jual haha. Jom kita tengok makanan apa yang menarik time lunch di cafe KWP. Aku tak ambil gambar makanan dekat setiap kedai tau. Saya sebenarnya pemalu wak. Aku snap gambar-gambar dibawah nie pun member-member aku duk tanya ‘dah kenapa ambil gambar nie? test hp baru ke?’ lols. –.- Padahal aku nak masukkan dalam blog muahaha. Blog ini semakin kekurangan content dan makin dilupakan T_T

 

Kedai no 1


Menjual pelbagai lauk-pauk yang sedap dan menyelerakan antaranya asam pedas (highly recommend, dap ngat!), ikan cencaru sumbat goreng besau gedabak, sup, tomyam, sayur kailam, ayam masak merah, ikan goreng, ulam-ulaman, sambal belacan/tempoyak etc. Kedai nie one of my fav jugak. Lauk-pauk diorang kena dengan selera aku and harga pun murah je dalam RM5-RM6 je depens on lauk yang korang ambil. Kalau ambil asam pedas mahal la sikit but still below RM10.00 lah. Nanti try la asam pedas dia terbaik.

 

tempat lunch best di Putrajaya

 

Kedai No 2

 

Yang popular di kedai ini ialah menu nasi ayam penyet/kambing bakar. Dimakan dengan timun/kubis + sambal + sup kosong. Rasanya air sirap/tea o ais percuma. Aku jarang makan kedai no 2 nie sebab sambal dia tak kena dengan selera aku. Tapi ramai je customer. Maybe depa pun dah ada regular customer sendiri kot.

 

Kedai No 3

 

Menjual nasi ayam, pisang goreng. Konsep layan diri. Harga RM6.50 je. Ayam goreng bersalut tepung dia sedap tau. Ayam besar betul. Aku suka konsep layan diri dia tu. Suka ambil sayur lebih and nasi separuh hehe. Then pilih drumstick. Dap!

 

mkn tengahari murah @ putrajaya

 

Sempat curi-curi ambik gambar nasi ayam yang Fifi beli. Jangan bagitau Fifi tau –.- Selain nasi ayam, kitorang juga suka beli pisang goreng dia. Harga pisang goreng 3 singgit. Kalau nak pisang goreng cheese, coklat, pun depa boleh buat tau. =D

 

Kedai No 4

 

Orang Pantai Timur lagi-lagi Terengganu & Kelantan confirm suka kedai nie. Dekat Cyberjaya pun ada 1 cawangan kedai ini. Tapi dekat cafe KWP punya kedai takdelah lauknya semeriah di Cyberjaya. Warga Cyberjaya or sekitarnya mesti familiar dengan Restoran Mad Ayam Kampung kan? Masa kerja di Cyberjaya dulu, aku pun selalu jugak makan tengahari di Mad Ayam Kampung. Tak sangka pulak diorang buka kedai dalam cafe KWP nie. Tapi baru lagi rasanya dalam 2 – 3 tahun nie je start beroperasi. 

 

Antara lauk yang diorang jual ialah ayam goreng kampung, gulai ayam kampung, singgang ikan tongkol, udang masak merah, gulai daging, ikan goreng, sambal ikan bilis rangup, lala/udang/siput sedut masak lemak, patin tempoyak, sayur goreng, ulam-ulaman, budu my fav, etc. 

 

Tapi aku sedikit kecewa sebab rasa lauk diorang macam dah tak sama dengan dulu masa aku makan di Cyberjaya. Harap depa dapat perbaiki dan dapat maintain rasa makanan diorang bagi mengubati kekecewaanku. Hmm. But still aku suka je makan di Mad Ayam Kampung Cafe KWP nie sebab ada budu, ulam-ulaman, ikan goreng dengan kuah singgang pun dah licin pinggan. =D

 

Kedai No. 5

 

Kedai nie popular ye dekat cafe KWP. Inilah dia kedai Pak Usop. Aku kalau nak makan bubur nasi, memang akan beli sini. Makanan panas diorang banyak yang sedap. After PKP, diorang dah tak buat masakan panas. Maybe tukang masak dari negara jiran kot. But, lauk-pauk yang dijual pun banyak juga yang menarik. Yang paling aku teringat-ingat ialah minuman yang diorang jual. Terbaik! Teh ais sedap, kopi ais sedap, limau asam boi, green tea pun ada okay. Boleh dikatakan minuman diorang paling terbaik la dekat cafe KWP tu. Kalau nak beli air, memang akan beli di kedai Pak Usop ni jela.

 

Kedai No. 6

 

Kalau tiba-tiba tekak korang nak makan western, boleh ke kedai no. 6. iaitu Afiq’s Deli. Macam-macam pilihan western food antaranya chicken chop, grill chicken, spageti, sandwich, salad, etc. Kadang-kadang dapat air free tau. Yang best, semua menu adalah below RM10 sahaja. Aku suka order grill chicken diorang. Letak sayur & black pepper sauce lebih. Macam menu diet kan? Haha. Kadang-kadang jela makan kalau tekak tak mahu makan nasi. 

 

makan tengahari murah di Putrajaya

 

 

Kedai No. 7

 

Lately aku suka beli dekat kedai no. 7 nie. Tak tahu lah kenapa maybe sebab dah lama kot tak membeli di kedai nie. Asyik makan budu di Mad Ayam Kampung je hihi. Banyak juga lauk yang dijual antaranya ikan keli goreng, kari ikan, ikan kerisi masak singgang pedas, ikan siakap 3 rasa, asam pedas, patin tempoyak, ayam masak merah, sayur campur, etc. Ada beberapa keping gambar aku ambil masa makan di kedai no. 7.

 

makan lunch murah putrajaya

 

Nasi separuh + sayur terung + ikan siakap 3 rasa harganya RM4.50 sahaja.

 

makan tengahari jimat di Putrajaya

 

Nasi separuh + sayur goreng + sup ayam + sambal belacan harganya RM5.00 sahaja.

 

lunch hari bekerja yang murah di Putrajaya

 

Nasi separuh + sayur bayam + gulai ikan masin + sambal belacan harganya RM4.50 sahaja.

 

Normally harga lunch aku around RM4 – RM6 je excluding minuman. Aku jarang sebenarnya order minuman. Dekat cafe sana ada 1 water filter Coway. Biasanya aku tadah air Coway jela. Thank you cafe KWP sebab sediakan mesin Coway.

 

Kedai No. 8

 

Nie kedai last dekat sana. Kedainya di bahagian tepi berhampiran kedai no. 7. Ada menjual air kelapa, waffle, buah potong, kuih pau etc. Selalunya aku pergi kedai nie kalau nak beli air kelapa & buah potong.

 

Itu sajalah 8 kedai yang terdapat di cafe KWP iaitu tempat makan tengahari aku since 2016 haha. Kalau korang selalu ke cafe KWP, mesti korang perasan kedai dekat sana dah berpindah but still orang sama. Baru lagi lah kedai berpindah maybe bulan lepas kot. Harap aku tak tersalah no kedai lah sebab aku masih tak familiar dengan no kedai yang baru nie.

 

Semoga entry pada kali ini sedikit sebanyak dapat membantu korang bila budak office tanya ‘lunch dekat mana harini?’ dah tahu jawapannya. Iaitulah di cafe KWP. =P

 

P/s : After PKP, untuk ke cafe KWP, kena masuk melalui pintu belakang (belah tasik) tau kecuali staff yang bekerja di sana.

3 Komen untuk "Tempat Lunch Best & Murah (weekdays) di Putrajaya"

rasa mcm pernah pergi kt sini sekali.. tapi x ingat kedai no brape haha

semua murah2 nih.. kat sini pun tak dapat harga around rm4-rm5 kalau ada nasi campur gini. selalunya nasi dengan ayam je dah Rm4.50. bayangkan la bila ada sayur, sambal belacan air lagi..mau

haha sabor je lerr ek member apijol tak beshe dengan kerja seketul blogger...

Back To Top