Jalan-Jalan Singgah Tempat Makan Best di Kelantan 2020

Dah lama gila tak melawat negeri Kelantan. Last ke Kelantan pada tahun 2015. Daytrip dengan member kampung sempat lah singgah makan di Kopitiam Kita dan Nasi Ulam Cikgu. Pada tahun ini sekali lagi ke Kelantan setelah 5 tahun. Dengan satu tujuan nak jalan-jalan cari makan.

 

Tempat Makan Best di Kelantan 


Special thanks to Ciman yang tolong bookingkan hotel siap bagi itinenary sepanjang 3 hari 2 malam di Kelantan. So, marilah kita tengok tempat makan best di Kelantan yang manakah yang telah kami singgah. hiks. Siap sedia untuk jilat screen phone masing-masing ye =p

 

1. Warung Acu Tera, Pantai Sabak

 

Kalau korang teringin nak makan sotong, ikan, udang celup tepung, boleh ke Warung Acu Tera. Warung nie penuh dengan manusia. Maybe kitorang datang time weekend koat and musim public holiday lagi. Berbondong-bondong ye manusia. Tiada lagi social distancing antara kita. Fuh!

 

Lama jugak nak tunggu makanan sampai ye. Maybe lebih setengah jam. Silalah menunggu dengan penuh kesabaran. Nasib baik Alang & Kak Yati dah cop meja sesiap kalau tak jenuh la nak tunggu meja kosong T_T. Thank you Alang & Kak Yati. Disebabkan perut dah berkeroncong, memang tak fikir nak snap gambar makanan dah. Terus ngap hehe. So tiadalah gambar makanan yang boleh aku sajikan untuk korang. =p

 

warung sotong celup tepung sedap di Kelantan

 

Total semua kitorang makanan RM 99.00. Korang boleh tengok resit dekat bawah nie apa yang kitorang makan. Overall memang puas hati. Seafood fresh harga pun reasonable. Cuma keropok lekor goreng je kurang sikit rasanya.

 

warung sotong celup tepung sedap di Kelantan ACU TERA

 

Lokasi Warung Acu Tera ditepi Pantai Sabak. Sempat lah lepak-lepak ambil angin pantai dulu sebelum pulang ke hotel.

 

2. Kafe Hostel Pantai, Kota Bharu

 

Kedai makan ini pun sangat popular di Kota Bharu. Beratur bukan main lama lagi ye. Aku perasan ramai influencer yang makan dekat Kafe Hostel Pantai ini kalau ke Kelantan. Itu antara sebab kedai ini viral kot. Makanan diorang pun tak kurang hebatnya. Memang sedap! Nak tahu menu apa yang famous di sana?

 

tempat makan sedap kelantan Kafe Hostel Pantai

 

Ini dia! Makanan ala Thai yang sangat menggiurkan. T_T 1 dulang yang berisi seekor ikan siakap goreng, daging bakar, sotong, udang, somtam, 3 jenis sambal cili, sayur ulaman dan suhun. Katanya disini terkenal dengan daging bakar harimau menangis makan dengan sambil cili dia. Memang umph! Hmmmm dap emmm.

tempat makan best di Kelantan Kafe Hostel Pantai

 

Kata staff disitu, 1 set ini boleh makan dalam 2 orang. And makanan lambat sikit sampai katanya. So, kitorang order la makanan panas jugak iaitu 3 jenis nasi goreng takut tak cukup la kononnya. Order juga lokcing (sate ikan) sementara nak tunggu makanan lain sampai. Dalam 15 minit macamtu dah sampai dah order kitorang. Kiranya takdelah lambat sangat kan. Ingatkan nak tunggu sampai 30 minit ke.

 

gambar lokcing ikan di Kelantan

 

Since kitorang bukanlah kuat sangat makan, rasa menyesal pulak order 3 jenis nasi goreng tadi haha. Nak cancel order pun dah terlambat sebab nasi dah sampai dulu. Yela ingatkan yang dalam dulang tu portian dia kecil je. Rupanya not bad jugak ye.  Boleh makan 3-4 orang kot bagi yang tak kuat makan macam kitorang hihi. =p But menu masakan panas tak berapa kena dengan selera. Rasanya agak masin.

 

3. Kopi Mesin Cafe, Kubang Kerian

 

Kalau korang teringin nak lepak santai sambil mengopi dimalam hari, korang boleh ke Kopi Mesin Cafe, Kubang Kerian. Selain kopi, ada jugak disediakan menu seperti pasta, lamb & chicken chop.

 

tempat makan best kelantan Kopi Mesin Kafe

 

Aku bukanlah penggemar kopi. Jadi kita order hot chocolate jela. =D

 

kopi mesin kafe di kelantan

 

Mengenai makanan pula, aku tak recommend untuk makan di Kopi Mesin Cafe. Tapi kalau korang nak try boleh je. Maklumlah tekak orang lain-lain kan. Mungkin yang sedap bagi awak, kurang sedap bagi saya and sebaliknya.

 

tempat makan sdp di Kelantan

 

4. Ayang Cafe, Kota Bharu

 

Kalau korang nak breakfast roti titab, korang juga boleh menikmati roti titab yang sedap di Ayang Cafe selain di Kopitiam Kita. Ini kali pertama aku tahu mengenai kewujudan Ayang Cafe ini. Padahal cafe ini popular betul di Kota Bharu. Ramai betul pelanggan diorang. Makanan pun sedap-sedap. Especially roti titab.

 

sarapan pagi best di kelantan Ayang Kafe

 

Menu wajib di Ayang Cafe, roti titab.

 

kafe breakfast best di Kelantan

 

Selain roti titab, pelbagai makanan lain yang terkenal di sana terdapat di Ayang Cafe seperti nasi pulut, nasi dagang, nasi gulai daging, nasi lauk ikan, nasi lemak etc. Diorang dah bungkuskan sesiap. Korang pilih je nak rasa yang mana. Setiap nasi kitorang ambil 1 bungkus and then share ramai-ramai. Boleh la rasa sorang 2-3 suap.

 

cafe best breakfast di kelantan Ayang Kafe

 

Itu sajalah antara tempat makan best yang sempat kitorang singgah masa bercuti di Kelantan baru-baru ini. Actually banyak lagi tau tempat makan best dalam senarai kitorang contohnya di Restoran Laksam Special, Restoran Pohon Nako, Suriani Nasi Kukus, Su Warong Nasi Kerabu, Pak Mat Sup Kepala Ikan, KST Ikan Bakar, banyaknya weh haha. Kena ambil cuti seminggu terus nie kalau nak pergi semua kedai haha.

 

Kalau korang tak tahu nak bercuti ke mana, silalah bercuti ke Kelantan pula. Lagi-lagi buat penggemar makanan. Banyak tempat makan best dekat sana. Confirm tak menyesal. But make sure rancang percutian korang betul-betul tau untuk mengelakkan traffic jam.

3 Komen untuk "Jalan-Jalan Singgah Tempat Makan Best di Kelantan 2020"

wahhhh cantiknyeee kopi tuuuuu!! ikan siakap goreng pun menggiurkan!

semuanya nampak sedap-sedap.

Waa....byknya tpt makan menarik! Saya blm jejak kaki ke Kelantan lagi, kalau ada rezeki nanti, blh refer list ni. 😉

Back To Top