3rd K-Drama Aku Layan- City Hunter (2011)

Kdrama ini popular masa aku second year dekat universiti. Tahun 2020 baru aku tengok ye. Yela dulu tahun 2011 aku tengah study hard mana ada masa nak layan Kdrama, benda-benda lagha semua nie haha. Poyo sangat aih statement padahal tahun 2020 baru kenal Kdrama. Sebelum ni layan drama Akasia pukul 7.00pm je. =P

Kdrama City Hunter (2011)


city hunter k drama best 2011

City Hunter merupakan kdrama adaptasi manga yang popular di Jepun. Kdrama ini mempunyai 20 episod yang sarat dengan aksi, dendam, romantik, suspen dan kekeluargaan. Aku rasa salah satu sebab Kdrama nie meletup pada tahun 2011 kerana heronya, Lee Min Ho.

City Hunter merupakan Kdrama genre action yang pertama aku tonton. So my expectation bila tengok drama nie mestilah high kan. But, i sedikit kecewa. Nak lagi banyak adegan lawan please. Still tak dapat menandingi Vagabond (nanti aku review di next entry).

Sinopsis City Hunter


Berkisar mengenai Lee Yoon Sung (lakonan Lee Min Ho) yang diambil oleh kawan baik ayahnya dari emaknya. Kawan ayah dia nak train dia supaya jadi hebat sebab nak suruh dia balas dendam diatas kematian ayahnya.

Ayahnya meninggal masa menjalankan misi rahsia. Di dalam misi rahsia tu, hanya kawan rapat ayahnya yang terselamat. Ada orang dalam yang membelot. Kiranya dia dilatih berlawan, menembak, etc supaya bila besar nanti dia akan mencari pembelot yang membunuh ayahnya.

Jatuh Cinta Dengan Kim Na-Na


Bila dah dewasa, dia datang ke Korea dengan misi mencari siapa pembunuh ayahnya. Dia palsukan identiti kemudian bekerja di Blue House sebagai IT engineer. Kim Na-Na merupakan bodyguard di Blue House. Bukan sebarang bodyguard tau. Bodyguard kepada keluarga menteri. Mahir judo and seni mempertahankan diri.

drama korean best 2011 city hunter

Kim Na-na nie gelojoh sikit. Bila dia tengok Yoon-Sung, dia dah mula pendam perasaan suka. Kemudian terus confess. Padahal dia tak tahu pun Yoon-Sung punya latar belakang. Yoon-Sung nie pulak jenis suka layan Na-Na sweet sweet. Banyak bantu dari segi kewangan.

Balas Dendam Cara Sendiri


Yoon-Sung menjalankan misi balas dendam dengan cara dia sendiri which is dia takkan bunuh pembelot yang berkomplot dengan pembunuhan ayahnya. Dia akan siasat latar belakang diorang, bongkarkan isu rasuah, jenayah kemudian dia akan tangkap dan hantar ke pendakwaraya which is berlawanan dengan cara dan prinsip balas dendam yang disuruh oleh kawan rapat ayahnya yang dia panggil sebagai ayah. Macam ayah angkat lah.
  
Masing-masing berbeza prinsip. So, diorang buat perjanjian. Kalau ayah angkat dia berjaya mendapatkan dulu pembelot, dia yang bunuh which is berbeza dengan prinsip Yoon-Sung. Masing-masing berlumba mendapatkan pembelot dahulu mengikut cara tersendiri. Dekat sini dia ada konflik sikit dengan ayah angkat dia. Ayah angkat pulak jenis keras kepala gila penuh dengan dendam kesumat.

Menjadi Mangsa Buruan Polis Dan Pendakwaraya


Yoon-Sung kalau jalankan misi, dia tak tunjuk rupa sebenar. Dia pakai topeng. Orang mula tertanya-tanya siapa sebenarnya lelaki bertopeng yang dipanggil City Hunter. Pihak polis dan pendakwaraya mula menjalankan siasatan untuk mencari siapa sebenarnya City Hunter.

Adakah diorang berjaya memberkas City Hunter yang terkenal dengan kepintaran dan ketangkasannya?

Misi Mencari Mak Kandung


Part mencari mak kandung pun sedih jugak. Pencarian dihalang oleh ayah angkat sendiri. Ayah angkat dia takut misi tak menjadi. So, dia reka cerita lah dekat mak Yoon-Sung kata Yoon-Sung dah mati.
Mak dia pulak ada sakit kronik. Nak kena buat operation and pemindahan darah. End up masing-masing bertemu juga and dia berjaya selamatkan mak dia yang sakit.

Rupanya Ayah Kandung Masih Hidup


Bila dah jumpa mak, baru nak hidup happy sekali ada pulak khabar angin yang mengatakan ayah dia masih hidup. Ayah dia yang meninggal tu bukanlah ayah kandung. Masa kahwin dengan ayah yang meninggal, mak dia dah pregnant hasil hubungan dengan pakwe lama. But pakwe lama tak tahu maknya mengandung.

Pakwe lama pulak bukan calang-calang orang. Orang kenamaan. So memang tak boleh kahwin dengan mak Yoon-Sung. That’s why untuk menutup malu, maknya kahwin dengan ayah yang meninggal tu. Tragis ye kisah hidup masing-masing. T_T

So, siapakah ayah kandung dia yang masih hidup itu?

Cinta Dihalang Oleh Ayah Angkat


Hubungan percintaan Yoon-Sung dan Na-Na terhalang oleh ayah angkat. Ayah angkat tak bagi dia bercinta sebab takut dia tak dapat fokus terhadap misi balas dendam. Siap ugut, kalau nak Na-Na selamat, jangan bercinta.

Frust la masing-masing. Misi harus selesai dengan cepat supaya semua pihak dapat jalani hidup seperti biasa. Kim Na-Na pulak bodyguard kepada orang yang dia nak balas dendam. Na-Na pernah tembak dia masa menjalankan misi. Tapi since dia pakai mask, Na-Na tak tahu lah itu dia. Tapi Na-Na nie bijak orangnya. Dia dapat tahu juga.

Adakah Misi Yoon-Sung Berjaya?


Yoon-Sung kena balas dendam terhadap 5 orang penting dalam kerajaan. Orang yang ke-5 paling mencabar. Siapakah orang ke-5 ini? Okaylah aku bagitau. Orang ke-5 ialah ayahnya sendiri iaitu President Korea. Serious la misi nak balas dendam dekat ayah kandung sendiri. Haih berjaya ke misi nie. T_T

Selamat menonton!
Yang pasti happy ending menanti korang. =D
3rd K-Drama Aku Layan- City Hunter (2011) 3rd K-Drama Aku Layan- City Hunter (2011) Reviewed by Hafiz Hafizol on 23 April Rating: 5

2 comments:

  1. wahh.okey nanti saya tengok!

    ReplyDelete
  2. eh eh rajinnya pijol buat review..panjang betul review dia...kakak belum tengok lagi City Hunter ni kalo tak silap...sama lah, tahun 2011 tahun buat master sambil berblog dan masa untuk mengenali ex boyfriend yang sekarang dah jadi suami...tiberrr

    ReplyDelete

Powered by Blogger.