2nd K-Drama Aku Layan-God’s Gift 14 Days (2014)

Entry sebelum nie mengenai drama Kill Me Heal Me iaitu 1st K-Drama yang aku tengok, harini nak review mengenai second K-Drama yang aku tengok iaitu drama yang berjudul God’s Gift 14 Days. Drama ini mempunyai sebanyak 16 episod sahaja. Drama ini mengenai penyiasatan. So aku rasa tak ramai yang suka genre ni kan.

Disebabkan aku dah tengok episod 1, then rasa nak tahu pulak apa jadi untuk next episod. Tiba-tiba dah tengok last episod dah haha. Not bad jugalah. Plot yang menarik. Ada unsur suspen, action, kekeluargaan. Yang pasti takde cintan cintun romantik semua tu takde. Aku suka tengok pelakon heroin dia. Lawa nau haha.


Sinopsis God’s Gift 14 Days


GODS GIFT 14 DAYS DRAMA KOREAN 2014

Mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang kematian anak tunggal perempuannya yang disyaki dibunuh oleh penculik yang sangat licik. Suka tengok anak dia. Comel gila. –.-

Disebabkan terlalu tertekan dengan kematian anaknya, Soo- Hyun (lakonan Lee Bo-Young) mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun ke dalam tasik. But, berjaya diselamatkan oleh seorang penyiasat persendirian iaitu Ki Dong Chan (lakonan Cho Seung Woo) yang kebetulan dihumban ke tasik yang sama juga oleh geng samseng.

Berlaku Keajaiban di Tasik


Apabila Soo-Hyun keluar dari tasik, dia pulang ke rumah seperti biasa. Tiba-tiba kepelikan berlaku dimana anaknya yang mati tadi masih hidup. Bila tengok kalendar, rupanya dia kembali ke hari ke-14 sebelum anaknya meninggal.  So, dia cuak lah kan. Lagi-lagi dia tahu nanti anak dia akan diculik dan mati. So, dia mesti fikirkan something supaya dia dapat selamatkan anaknya.

Husband Tak Percaya, Kata dia Gila


Dia cerita dekat husband dia yang anak dia akan mati. Husband dia sah-sah la tak percaya. Husband dia kata dia gila. Siap husband dia hantar dia masuk hospital sakit jiwa. Meme kesian deh. Kalau aku pun seram weh bini tiba-tiba kata nak selamatkan anak sebab nanti ada orang culik anak, bunuh anak. Anak dia yang dengar pun takut. Menanges budak tu. Kenapa la mak aku psyco sangat nih :/

Rancangan Menyelamatkan Anak Tersayang


Rupanya Ki Dong Chan yang selamatkan dia dari tasik tadi pun mengalami kejadian aneh seperti dia juga. So, dia plan dengan Dong Chan and the geng untuk mencari penculik anak dia. Kebetulan dekat daerah diorang ada kes pembunuhan bersiri dan dia suspek yang kes pembunuhan tu berkait dengan kes penculikan anaknya.

god gift 14 days best korean drama 2014

Untuk mencari pembunuh anaknya, dia kenalah cari dulu siapa yang melakukan pembunuhan bersiri kan? Dia cuba untuk selamatkan mangsa bunuh, but tak jalan. Tetap kena bunuh juga walaupun diorang cuba halang. Bertambah risau lah dia.

Husband Tak Guna, Main Kayu Tiga


Husband dia bekerja sebagai pendakwaraya. Seorang yang berpengaruh dan popular juga dan dah selesaikan pelbagai kes melibatkan jenayah. Siasat punya siasat, rupanya husband dia pun mempunyai kaitan dengan pembunuhan anaknya. Husband tak guna betul. Curang dengan officemate wife sendiri. Perempuan tu dah pregnant kot. Husband dia suruh gugurkan kandungan. Dia suspek pulak kekasih baru husband dia yang merancang pembunuhan anaknya.

gods gift 14 days best korean drama 2014

Tapi macam logik juga sebab kekasih husband dia siap datang rumah nak bunuh anak dia. Tak puas hati punya pasal. Tapi bila isu mengenai kekasih gelap husband dia selesai, keadaan still tak berubah which is anaknya still tak selamat. Dia mula recall balik apa yang jadi dan terfikir beberapa clue yang lain.

Rupanya Kematian Anak Berkait dengan Ki Dong Chan


Dia punyalah plan macam-macam dengan Dong Chan and the geng supaya pembunuh anaknya dapat diberkas. Dong Chan pun dah mula sayang dekat anak dia. Main sama-sama, lepak sama-sama. Siap diorang dah duduk bermalam rumah Dong Chan. Rupanya kematian anaknya mempunyai kaitan dengan Dong Chan.

gods gift 14 days drama korea thriller 2014

Rupanya pembunuhan anak dia mempunyai kaitan dengan pembunuhan kekasih Dong Chan 10 tahun yang lalu. Suspek utama pembunuhan kekasih Dong Chan ialah abang dia sendiri. Which is tak logik langsung abang dia yang bunuh sebab abang dia jenis lurus bentul and mental tak berapa sihat. Abang dia terpaksa menanggung hukuman penjara & hukuman gantung padahal bukan dia yang buat.

Dia ingatkan pembunuh tu Dong Chan sebab dia nampak pembunuh tu pakai baju seakan Dong Chan. Rupanya bukan. Bagus abang dia nie. Sanggup mengaku sebab nak selamatkan adik. Rupanya orang lain yang bunuh kekasih Dong Chan. Part ni sedih T_T

Oklah. Korang nak tahu kesudahan God’s Gift 14 Days pergi la tengok dekat Netflix kalau ada. Berjaya ke si mak selamatkan si anak dari dibunuh? Berjaya ke Dong Chan cari siapa pembunuh sebenar kekasihnya, sekaligus merungkai disebalik kejadian bunuh anak Soo-Hyun? Jeng-jeng-jeng.

Ada aku kisah ke? Lebih baik aku layan cerita The World of The Married yang tengah viral sekarang (jawab netizensemua) haha.
2nd K-Drama Aku Layan-God’s Gift 14 Days (2014) 2nd K-Drama Aku Layan-God’s Gift 14 Days (2014) Reviewed by Hafiz Hafizol on 18 April Rating: 5

1 comment:

  1. heyyy kakak suka tau genre penyiasatan! nak suruh tengok Kdrama penyiasatan gak ni..nanti tengok Voice tau..ahahahha

    ReplyDelete

Powered by Blogger.