1st K-Drama Aku Layan-Kill Me Heal Me (2015)

Sedar tak sedar harini dah masuk hari ke-28 PKP. Esok dah masuk fasa ke-3 PKP. Semoga kita semua terus tabah dan bersabar sehingga Covid-19 lenyap dimuka bumi ini. InshaAllah. Dah takde idea nak update apa di blog sepanjang PKP ini. Biasa update resepi acah-acah blog masakan. Tapi macam tak dapat sambutan pulak post mengenai resepi kita tu. Sedih kan bhaha.


Hari ini taknak update mengenai resepi. Nak update mengenai K-Drama pertama yang aku layan sepanjang hampir 30 tahun aku hidup. Allahu dah tua rupanya seorang Apijol. T_T

K-Drama Kill Me Heal Me (2015)

drama best 2015 korea kill me heal me

Actually K-Drama nie dah ada dalam hardisk aku lama dah. Aku ambil dari office mate. But baru sekarang aku tengok since kebosanan duduk di rumah sepanjang PKP ini. Berjaya juga habiskan kesemua 20 episod setelah siang dan malam bersengkang mata.


Aku rasa peminat K-Drama mesti ramai yang dah tengok cerita ini kan? Cerita ini famous tau pada tahun 2015. Menang banyak award & pelakon diorang pun bukan calang-calang. Kau mampu nak lakonkan 7 watak dalam 1 cerita? Yes, hero dalam cerita ini mampu lakonkan 7 watak. Kagum kejap. T_T

Sinopsis Kill Me Heal Me


Berkisar mengenai Cha Do Hyun (lakonan Ji Sung), seorang businessman yang mempunyai penyakit dissociative idendity disorder (DID) atau dalam bahasa mudah, split personality.


Dia dapat penyakit ini sebab kisah silam dia diwaktu kecil yang dia sendiri tak boleh nak recall apa yang sebenarnya terjadi dekat dia sewaktu kecil. Macam lupa ingatan. Sebab itu dia wujudkan 6 personaliti dalam diri dia, sebab dia tak boleh nak handle kisah hitam diwaktu silam dia tu. Macam tu lah kot serba sedikit nak cerita in details pun tak reti.


Dengan bantuan dari Oh-Ri Jin (lakonan Hwang Jung Eum) iaitu Psikiatri peribadi dia, dia sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah DID-nya. Dari hubungan pesakit dengan Psikiatri, rupanya masing-masing memendam rasa cinta, kasih, rindu dan sayang. Chewah aku punya sinopsis pun haha.


Since diorang duduk sebumbung, banyak scene lawak yang terjadi dalam rumah. Especially bila keenam-enam personaliti muncul dalam satu hari. Pening kepala si Ri Jin tu nak handle.


Then, berlaku pulak conflict dalam keluarga Do Hyun ini. Perebutan kuasa dalam syarikat company keluarga diorang. Dengan masalah split personaliti dia, boleh ke dia nak handle krisis dalam syarikat pulak? Crush lama dia pulak kerja satu company dengan dia.


Dapat pulak sedara-mara yang gila kuasa, pangkat dan harta. Semua nak dapat jawatan tertinggi dalam syarikat. Dapat mak yang tak guna, tak pernah nak kisah pasal anak sendiri. Ayah pula koma dah bertahun-tahun di hospital. Memang tertekan jadi seorang Do Hyun ini.
Lama kelamaan, satu demi satu kisah silam dia muncul dalam mimpi. Sehingga dia nekad untuk flashback semula apa yang terjadi masa dia kecil dengan membuang segala ketakutan dia terhadap kisah silam. Since dia dah slow-slow ingat, satu demi satu personaliti akan lenyap dalam diri dia. Sedih gila masa nie.

One by one personaliti mengucapkan selamat tinggal dekat Oh-Ri Jin. T_T
Rupanya dia dengan Oh-Ri Jin merupakan sahabat baik masa kecil. Oh-Ri Jin pun rupanya tak dapat ingat juga kisah silam dia. Sebabtu Ri Jin selalu mimpi mengenai kisah silamnya. Mimpi yang sama dengan Do Hyun.


Bila masing-masing dah kembali ingat, happy betul ye kawan masa kecil yang dia rapat rupanya memang dah lama kenal dan masing-masing dah dilamun cinta pun. wuu so sweet. –.-
Oh-Ri Jin nie pun ada kisah hiudp yang menyedihkan juga.


Dijaga oleh keluarga angkat. Bila besar baru mak angkat dia cerita siapa sebenarnya ibu kandungnya. Nasib baik family angkat baik gila. Sayang gila dekat dia. Abang angkat pulak dah terjatuh cinta dengan dia. Protective gila abang angkat pun. Sedih gak la part masing-masing dah buka cerita sebenar tu.   


Okaylah rasanya korang dah tak payah nak tengok drama ini kot sebab aku dah cerita sinopsis secara panjang lebar haha.

6 Personaliti Cha Do Hyun dalam Kill Me Heal Me

1) Shin Se- Gi
drama best korea 2015 kill me heal me

Personaliti ini agak ganas dan kejam tapi dia tak melakukan kekejaman dekat kanak-kanak dan wanita. Aku paling suka Shin Se-Gi ini sebab dia kuat, pandai berlawan, jenis takde perasaan, takde humor sense, serious je all the time. Oh Ri-Jin merupakan cinta pertama dia.


Personaliti ini paling kuat dalam kalangan yang lain dan dia memiliki segala memori hitam dimasa silam Do Hyun. So bila Do Hyun dah kembali ingat segala memori lama dia, Automatically Shin se-Gi akan disappear.


2) Perry Park

Perry Park nie jenis sempoi dan kelakar. Pakar membuat bom. Dahsyat ye dalam rumah pun boleh buat bom. Nama Perry Park diambil dari perbualan antara Do Hyun dengan bapaknya. Do Hyun berjanji dengan bapaknya dia nak hadiahnya bapaknya sebijik bot bernama Perry Park.

   
3) Ahn Yo-Seob

Seorang yang pintar dan sering melakukan cubaan untuk membunuh diri. Personaliti ini muncul bila Do Hyun cuba untuk membunuh diri masa high school dulu. Ahn Yo-Seob merupakan kembar Yo-Na (personaliti ke 4)

4) Ahn Yo-Na
drama korean best kill me heal me 2015

Watak ini pun kelakar. Watak perempuan kepoh yang tak tahu malu dan suka buat masalah. Kalau personaliti ini muncul, Oh Ri Jin memang selalu bergaduh dengan dia. Kena bagi juga apa dia nak kalau tak nanti dia akan buat masalah. Dia suka dekat abang angkat Oh Ri Jin. Siap kena cabul lah abang angkat Oh Ri Jin tu. –.-  

5) Nana
Merupakan seorang budak perempuan berumur dalam 7 tahun yang mempunyai teddy bear bernama Nana. Bila episod dah dekat nak last, Nana bagitau nama dia Cha Do-Hyun. Aik pelik kan. Dah tu si hero tu namanya pun Do-Hyun. Maknanya nama sebenar si hero bukanlah Do-Hyun. Kenapa pulak tiba-tiba dinamakan Do-Hyun. Aapakah kepelikan ini. Korang tengok lah sendiri.


6) Mr. X

Mr. X keluar sekejap je dekat episod dah nak last. Seorang lelaki misteri yang mengaku dirinya sebagai bapa kepada Nana.


Korang yang belum tengok K-Drama Kill Me Heal Me, korang baca jela review aku nie macam dah complete semua episod dah. Cuba ending je takde haha. Yang pasti, happy ending lah. Hero dan heroin akhirnya hidup bahagia dan segala konflik mengenai kisah silam diorang, konflik dengan personaliti, konflik keluarga akhirnya berjaya diselesaikan.


Macam mana cara penyelesaiannya? Kenalah saksikan sendiri dalam drama bersiri Korea yang popular di tahun 2015 yang lalu iaitu Kill Me Heal Me.



Review Penonton Kill Me Heal Me


Ini review yang diambil dari Google.
Majoriti yang review semua kata drama Kill Me Heal Me best.


KILL ME HEAL ME REVIEW
feedback drama kill me heal me korean drama
drama korea best tahun 2015 kill me heal me

Nantikan next entry aku akan ceritakan mengenai K-Drama kedua yang aku tengok. Drama yang sarat dengan unsur suspen, kekeluargaan, penyelewengan, politician & pembunuhan. Senang korang subscribe jela blog aku sebab aku pun tak tahu bila la mood rajin aku datang lagi. (Sempat lagi racun readers suruh subscribe blog haha)  


Ni tengah nak fikir, nak tengok K-Drama apa pulak. Dah nak masuk drama ke-empat dah. Korang dah tengok beratus k-drama tak heran pun kan. Kecoh je Apijol lols. Dahla ketinggalan zaman. Orang duk layan Crash Landing On You kot sekarang haha. Kbye.

Oh ye, OST Kill Me Heal Me pun best guys. Boleh tengok di Youtube.   

4 Komen untuk "1st K-Drama Aku Layan-Kill Me Heal Me (2015)"

k-drama pertama aku Crash Landing On You.. hahaha.. PKP made me watch K-drama LOL

Cite ni kalau ade dlm netflix aku layan hehehe

Baru tengok 1st episod Crash Landing On You haha.

Huuu.. Saya sampai taktau nak layan cerita apa dah kat netflix awk.. Rasa xsabaq nak masuk keja smula 😂😂

kakak da khatam banyak kali drama ni...oktipu...sekali jeee tapi lambat move on sebab best gilerrr! terus jatuh hati dengan drama2 lakonan Ji Sung.

Try la tengok Dr John lak, Ji Sung gak.

Designated Survivor: 60 Days pun best.

Back To Top