Pengalaman 2 Hari di Philea Resort & Spa, Melaka

Pada bulan Februari yang lalu, aku join trip company ke Philea Resort & Spa, Melaka. Trip ini selama 2 hari 1 malam. Seramai  200 –300 orang jugak yang join trip pada kali ini. Kami bergerak ke Melaka dengan bas. Jom ikuti pengalaman 2 hari kitorang di Melaka. Seronok bak hang! Trip percuma kot siapa je yang tak seronok =D

Shopping di Freeport A Famosa Outlet

Kitorang bergerak dari Putrajaya around 9.30 am. Before check in di Philea Resort & Spa, kitorang singgah dulu di Freeprot A Famosa Outlet. Pukul 2.00 petang baru boleh check in. Outlet lengang je baru bukak kan. Kitoranglah pelanggan pertama diorang. \0/

freeport a famosa outlet melaka 2020

Banyak port bergambar yang lawa sekitar Freeport A Famosa Outlet nie. Mampu bergambar jela. Nak shopping pun bukak wallet  keluar angin bhahaha.

gambar di a famosa Outlet Melaka



 Check In Philea Resort & Spa Melaka

After solat Jumaat di Masjid UTEM , kitorang check in di Philea Resort & Spa Melaka. Tengahari tadi dah lunch di Oasis Square Philea. Okay lah not bad jugak lunch yang disediakan. Macam-macam ada.


Kitorang disambut dengan tarian selamat datang yang dipersembahkan oleh staff Philea. Memang berbakat ye staff diorang.


philea resort melaka 2020


Cantik chalet di Philea. Chalet berkonsepkan kayu. Ada 4 bilik. Bawah 2, atas 2. Bilik aku bilik bawah. Bilik dekat je tak payah naik buggy pun jalan kaki je dari reception kaunter. Kalau bilik triple sharing, kebanyakan lebih dekat. Bilik twin sharing jauh sikit ke belakang. Tapi jangan risau Philea ada menyediakan buggy untuk kemudahan pelanggan diorang.


Bilik cantik di PHILEA RESORT MELAKA


Bilik triple sharing, ada 1 katil single & 1 katil queen. Alhamdulillah sangat selesa & puas hati. Bilik cantik macam nie siapa yang tak teruja wei. T_T
Bilik air pulak luas jugak. Siap ada bathtub. Tapi tak sempat berenang pun dalam bathtub tu. Kalau check in 2 malam maybe sempat la kot hehe. 


Oh ye. Aku tak berkenan sikit dengan toilet duduk dia. Takde wayar paip disediakan. Ada air pancit dari dalam mangkuk toilet macam toilet Alamanda tu je. Aku benci betul mangkuk toilet macam tu. Mangkuk betul ! Or aku yang tak perasan kewujudan wayar paip air disitu. –.-

bilik cantik di PHILEA RESORT MELAKA


Cuma ada bunyi macam-macam. Mostly bunyi orang berjalan ler. Maybe bunyi dari orang bilik atas kot. Tapi macam pelik pulak tengah malam pun still ada bunyi lagi. Korang tak tido ke woi. –.-

bestnya bilik cantik di PHILEA MELAKA



Sukaneka, Team Building



Petangnya ada aktiviti team building. Kami dibahagikan kepada 4 group. Ada 4 games yang kitorang kena main. Most of the games kena bermain dengan air. Dengar macam seronok je kan. 


sukaneka di Philea Resort MelaKA


Game 3 & 4 kena main dalam swimming pool. Cantik & luas tak swimming pool di Philea Melaka nie. Memang puas hati sangat dapat berendam dalam kolam diorang. After habis games, sambung mandi manda pulak. Kolam dewasa pun takdelah dalam benor. Takat dada aku je.

KOLAM RENANG BEST DI PHILEA RESORT



 Dinner Neon Night di Philea Ballroom



Malamnya ada dinner tema Neon Night di Philea Ballroom. Masing-masing melaram bukan main ye. Kreatif masing-masing sporting je. Yang pakai baju safety pun ada. Jimat tak payah keluarkan duit beli baju dinner. =D


Pengacara pada malam itu ialah Awal Ashaari. Thank you Awal ! Lara dengan Scha pun dia bawak tau. Sempat la tengok Lara in real life keesokannya. Lara mandi dekat swimming pool dengan bapaknya. So cute Lara. Uncle peminat awak tau. =P



Dinner tema Neon Night 2020


Kami juga dihiburkan dengan 2 penyanyi terkenal. Sorang Ratu Rock negara tak lain tak bukan Kak Ella ! Lagi sorang pemenang Gegar Vaganza 2019 iaitu Hady Mirza. Paling aku teruja of courselah Kak Ella. Excited nau dapat tengok Kak Ella. Ella nyanyi 3 lagu. Over sangat semua lagu dia aku nak sing along siap berdiri bagai. –.- Hady Mirza aku tak heran sangat haha.


Dinner tema Neon Night 2020


Check Out Philea Resort & Spa, Melaka



Keesokannya ada Extraordinary General Meeting (EGM). After EGM sempat lah bergambar dulu dengan geng-geng office.  Dalam pukul 12.00pm macam tu kitorang check out dari Philea Resort Melaka. Nak pergi lunch asam pedas yahooo.


bercuti di PHILEA Resort MELAKA



Lunch di Berkat Salam Asam Pedas



I’m sure committee members mesti dah cari restoran asam pedas yang terbaik & selesa untuk kitorang di Melaka. Restoran yang menjadi pilihan committee ialah di Berkat Salam Asam Pedas. Alhamdulillah memang sedap asam pedasnya. But still aku rasa sedikit kurang mungkin sebab aku pernah rasa asam pedas yang lagi ummph dan sedap dari asam pedas Berkat Salam kot. hehe.


sdr


Overall, puas hati makan asam pedas di sini. Siap ada yang tapau buat balik lagi tau. Service diorang pun bagus, tempat makan yang selesa, luas. Diorang dah masak banyak sekaligus untuk kitorang and semua lauk dah ready. Just topup balik je. Makan lah korang sampai kenyang. \0/

Tapau Kuih Keria & Coconut Shake di Batu Berendam



After menjamu selera dengan asam pedas terbaik di Melaka, kitorang singgah pula di Batu Berendam. Nak bawak balik kuih keria & coconut shake. Korang kalau datang Melaka make sure singgah kedai asam pedas, kuih keria & coconut shake tau. Makanan-makanan  ini antara yang paling popular di Melaka.


KUIH KERIA SEDAP DI BATU BERENDAM


Agak panjang juga beratur nak beli kuih keria.  Kitorang kan ramai. Sorang beli bukan sedikit okay. Berpuluh hinggit. Pekerja yang letak kuih keria dalam plastik pulak ada dalam 2 orang je. =D
Kuih keria dimakan panas-panas memang sedap. Gemuk betul kuih keria di Batu Berendam ini.


Sebelah kedai kuih keria ada coconut shake. Dah alang-alang, beli la jugak coconut shake.  Nak beli coconut shake pun kena beratur. Hebat gak penangan coconut shake & kuih keria di Batu Berendam nie. Korang ke Melaka jemput la singgah sini okay.

COCO NUT SHAKE SEDAP DI BATU BERENDAM

After dah dapat kuih keria & coconut shake, bus terus bergerak pulang ke Putrajaya. Alhamdulillah selamat pergi & pulang. Terima kasih banyak-banyak buat committee members yang telah menjadikan trip kali ini satu kenyataan. Next year kemana lah kita agaknya ye. :/

P/s : Ada sedikit berita sedih bila balik dari Philea. Ramai dalam kalangan kitorang terkena cirit-birit termasuk aku T_T. Punca  cirit-birit masih dalam siasatan. Nasihat untuk semua, semoga peka dengan makanan yang korang makan apabila pergi bercuti. Kalau lauk rasa lain macam, better stop. Untuk pihak hotel/kedai makan, make sure proses penyediaaan makanan  dilakukan mengikut SOP yang betul. Yang penting, utamakan kebersihan. Sekian sahaja dari saya Apijol. Terima kasih jumpa lagi di entry. =P
Pengalaman 2 Hari di Philea Resort & Spa, Melaka Pengalaman 2 Hari di Philea Resort & Spa, Melaka Reviewed by Hafiz Hafizol on 23 March Rating: 5

4 comments:

  1. Bestnyaa..memang teringin sangat nak ke resort Philea ni..lama dah survey tapi harga boleh tahan bak hang..kalau rasa nak duk saja..ok kot Kat situ...Hoho

    ReplyDelete
  2. wow..cantiknya philea resort ni..:)

    ReplyDelete
  3. kenapa ade org jalan malam2 mcm seram je... cantik betul rumah kayu tu

    ReplyDelete
  4. syokkk la dapat jenjalannnn...nasib sebut awal2 bulan Februari...haha!

    mana date kat entri ha? sila la masukkan dalam setting tuuu...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.