3H2M Melawat Tempat Menarik di Langkawi 2019 : Pantai Tanjung Rhu

Assalamualaikum guys,

Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020 buat semua pembaca setia blog aku yang sendu ini (semoga masih ada yang sudi nak baca haha). Tiba-tiba datang satu semangat nak update blog padahal selimut & bantal dah memanggil-manggil tu hihi. Harini aku nak sambung mengenai percutian 3 hari 2 malam kitorang melawat tempat menarik di Langkawi.


Tempat Menarik di Langkawi 



Jom kita tengok apa yang kitorang buat di sana! =P     


Previous Entri : http://www.hafizhafizol.my/2019/11/3h2m-melawat-tempat-menarik-di-langkawi.html

Sukaneka di Pantai Tanjung Rhu


Agak berbeza percutian kali ini sebab ada aktiviti berkumpulan iaitu sukaneka. Dengar cerita big boss yang request suruh buat aktiviti berkumpulan. So kita layan ajelah. Lagipun dah lama tak buat aktiviti macam nie. Actually kan, aktiviti macam nie bagus juga untuk mengeratkan lagi ukhwah antara kita. Kami telah memilih Pantai Tanjung Rhu sebagai lokasi aktiviti sukaneka.

Pantai Tanjung Rhu Langkawi

Seriously memang tak salah pilih lokasi. Lawa gila kot Pantai Tanjung Rhu nie. Kalau air surut pagi tu lagi syok sebab maybe boleh jalan kaki je pergi ke tengah laut yang menghala ke pulau tu. Masa ni dalam pukul 10.00 am boleh tahan jugak la panas tu.

SUK@neka di Pantai Tanjung Rhu LANGKAWI

Ada la dalam 3-4 games yang kitorang main. Memang happening sangat masing-masing ye. Dalam tengahari jugak baru settle semua games. Malangnya group kita kalah teruk haha. Tapi takde hadiah pun. Just for fun je. =D

sukaneka di Pantai TANJUNG RHU LANGKAWI
Yang nie je join away day tahun 2019 yang lepas. Memang every year tak pernah complete lah semua join. Mesti ada jugak tertinggal dekat office. Gambar tak berapa clear sangat since aku ambik dekat dalam group whatsapp je. Cuba cari aku jumpa tak? =P

Lunch di Mr. Asam Pedas Cafe & Restaurant


Kitorang lunch di Mr. Asam Pedas Cafe & Restaurant. Aku suka lah asam pedas & daging salai masak lemak cili api diorang. Sedap jugak. Korang kalau nak cuba menu nie kalau ke Langkawi, boleh singgah restoran ni tau.

restoran mr asam pedas cafe di Langkawi 2019

Shopping di Haji Ismail Group (HIG) & Rams Langkawi


Korang kalau datang Langkawi make sure singgah dua tempat ini tau kalau nak shopping especially shopping coklat & barangan rumah. Aku shopping coklat paling banyak di HIG tu. Apa taknye, masuk je dalam HIG tu terus terpampang macam-macam diskaun. Then macam-macam coklat yang korang boleh jumpa dalam HIG tu. Terus rambang mata kahkah. Maafkan saya wahai nafsu taguna! –.-

Padahal bila pergi Rams ada coklat lagi murah rupanya. And ada jugak certain coklat yang takde di HIG, tapi korang boleh jumpa di Rams. Mostly yang murah tu sebab dah nak expired. Thats why murah. But kalau korang beli pun aku rasa no problem sebab still korang boleh habiskan before expiry date tu. So lepas nie kalau ke Langkawi make sure jangan borong sakan sangat di HIG, simpan sikit untuk borong di Rams.

Sorry guys aku tak ambik langsung gambar dekat sana sebab ralik duk pilih coklat haha. Kalau tak boleh la korang tengok comparison harga kan? Sorry =P

Minum Petang di Awana Porto Malai Langkawi


Kalau korang mencari port lepak diwaktu petang sambil minum kopi/tea, di Awana Porto Malai inilah tempatnya. Sambil minum petang, borak-borak kosong dengan geng, sambil menikmati keindahan pemandangan yang sangat cantik di sana.

awana Porto Malai Langkawi 2019

View laut, sunset & bukit bukau memang view favourite aku. Rasanya korang semua pun suka kan view nie. So kena datang ke Awana Porto Malai tau. Actually nak je post 10 keping gambar di Awana Porto Malai ni sebab banyak gila gambar-gambar lawa yang kitorang snap. Tapi gambar tak sharp pulak sebab ambil dari group whatsapp je.

LELAKI KACAK di LANGKAWI

Oklah, lastly nak belanja gambar team aku dekat office. Admin Section. Ada lah jugak gambar kenangan ini ye dengan korang semua. Siap aku abadikan dalam blog. Harap terharu ye semua =P

bergambar di tempat menarik LANGKAWI

Pertunjukan Api (Fire Show) di Pantai Cenang


Malam terakhir di Langkawi, kitorang layan pertunjukan api di Pantai Cenang.
 
pertunjukan api di pantai cenang langkawi

Memang ralik gila tengok fire show nie tiba-tiba ada sorang geng diorang datang dekat aku, duk pusing api atas kepala aku. Tak faham aku kenapa dalam ramai-ramai, aku jugak yang dia target. Maybe sebab dia nampak aku fokus sangat kot. Nasib baik aku tak rebut api tu dari tangan ko dik. Kang aku putar dengan hang sekali terbakaq –.-

Air Terjun Telaga Tujuh


Yang nie aku tak join sebab macam malas pulak nak bangun awal pagi haha. Dasar pemalas punya orang patut makin gemok! T_T

Dari gambar-gambar yang diorang share, memang nampak lah diorang happy dapat mendaki anak-anak tangga ke Air Terjun Telaga Tujuh. View dekat sana pun cantik. Aih jeles pulak tak ikut. =P

gambar di air terjun telaga 7 LANGKAWI

Shopping di The Zon Duty Free pulak ! HAHAHA


Disebabkan tak join hiking ke Air Terjun Telaga Tujuh, kitorang plan ke The Zon Duty Free pulak. Nak tunggu check out hotel pun lambat lagi kan. Haruslah memanfaatkan masa yang ada dengan sebaik-baiknya. Pagi-pagi lagi dah tercongok depan kedai orang woii!

The Zone Duty Free di LANGKAWI

Harga barangan di The Zone Duty Free ini pun okay jugak. Ada harga promosi untuk certain barangan terutamanya coklat lah. Kalau korang beli banyak, dapat potongan harga yang agak berbaloi jugak.

Makan Laksa Ikan Sekoq


Sebelum ke airport, kitorang sempat singgah di kedai makan laksa yang popular di Langkawi iaitulah Laksa Ikan Sekoq. Nikmatnya dapat makan laksa ikan sekoq bersama sebiji air kelapa muda. Fuh!

GAMBAR LAKSA IKAN SEKOQ DI LANGKAWI

Bagi penggemar laksa, tak lengkap rasanya percutian korang ke Langkawi kalau tak singgah di Laksa Ikan Sekoq nie.

Tamat sudah percutian 3 hari 2 malam kitorang ke Langkawi. Semoga dengan entri kali ini, korang dapatlah sedikit gambaran & ilham tempat-tempat menarik Langkawi sekiranya korang merancang percutian ke sana.

Kalau tanya aku nak pergi lagi tak ke Langkawi? Of course lah nak sebab tempat cantik, makanan sedap-sedap, barang murah. Haa apa lagi kau nak. Nak cuci mata ditepi pantai pun boleh. ehhh.. =P
8 Komen untuk "3H2M Melawat Tempat Menarik di Langkawi 2019 : Pantai Tanjung Rhu"

Lapar tgk makanan.. Entah bila nak jejak langkawi.. Seumur hidup blm pernah jejak lagi

sedapnya asam pedas tu. dah lama saya tak pergi langkawi. last rasanya tahun 2010. sekarang dah 2020. hehe :)

waalaikumussalam. rindunya kat langkawi. walaupun duduk dalam kedah jugak, dah hampir 18 tahun takda pi langkawi. hahaha

Lama tak pergi Langkawi, cantiknya tempat.

bestnyaa. teringin na pergi . xpernah sampai

rindu pulak nak pergi sekali lagi..

Pantai nie lah saya plan nak pi ritu tapi xdapat.. Asam pedas tu mengiurkan betul lah.. Nnti kalo ke sana lagi nak try lah heheh

Back To Top