Simple Daily Men Skincare Routine

Tajuk entry taknak kalah ye dah macam beauty blogger popular di Asia kahkah. Entry kali ini aku nak share mengenai rutin penjagaan kulit wajah aku yang simple. Actually aku bukanlah rajin sangat nak apply skincare routine nie but terpaksa la juga merajinkan diri bagi melambatkan tanda-tanda penuaan di muka –.-.

Aku pernah mendapat consultation dari doktor pakar kecantikan. Kalau tengok muka aku ada banyak bintik hitam, jeragat. Doktor kata sebab kulit aku selalu terdedah dengan sinaran UV & jugak salah satu tanda-tanda penuaan. Kalau fikir logik, ada betulnya sebab sejak dari zaman sekolah rendah, sampailah zaman universiti pun, kulit muka banyak terdedah dengan sinaran UV.

Sekolah rendah jalan kaki dari rumah kira-kira 1 km. Sekolah menengah kayuh basikal dalam 5km. Then zaman kampus pun still jalan kaki turun naik bukit untuk ke kelas. Mungkin korang kata “alah aku pun macam tu kot tapi kulit aku still okay je takde tanda penuaan pun”. But korang kena faham yang kulit kita berbeza. Maybe kulit aku jenis sensitif, kulit korang pula kebal dari sinaran UV. Don’t compare okay guys.

Ada 4 simple step penjagaan muka yang aku amalkan sekarang. Jom kita mulakan.

1. Facial Cleanser


Sekarang memang banyak Facial Cleanser yang bagus di drugstore. Yang khusus untuk lelaki pun ada. Aku rasa mostly orang lelaki memang apply Facial Cleanser dekat muka. Aku takde masalah nak pakai facial cleanser nie cuma kena pilih yang sesuai dengan kulit. Aku sendiri memang selalu je tukar pencuci muka sebab memang susah nak cari yang sesuai untuk kulit muka. Kang kalau salah pakai memang breakout teruk muka habis penuh jerawat dekat muka –.-

simple daily men skincare routine



Sekarang ini aku guna pencuci muka dari Eversoft. Aku pakai yang tomato & cucumber tu sebab sesuai dengan kulit aku yang terjejas sebab sinaran UV & tanda-tanda penuaan. Dah habis 1 botol aku guna. Then nak beli lagi asyik takde je dekat Watson. Dah 2 3 buah Watson kot aku pergi. Dahtu aku test la yang camellia flower tu pulak. Baru nie pergi Guardian eh eh ada pulak tomato & cucumber tu. Sukanya kite wak. Terus beli lah jawabnya. Memang laku keras kot yang cucumber & tomato nie. Make sure facial cleanser ini korang pakai hari-hari okay. Normally aku pakai 2 kali sehari. Pagi & petang.

2. Facial Scrub


Aku ada tanya dekat Twitter macam mana nak hilangkan blackhead. Then ada yang suggest supaya menggunakan exfoliate scrub. So, dari situlah aku mula study pasal scrub nie. Ramai review kata St. Ives bagus. Aku apa lagi terus cari produk St. Ives dekat drugstore. Sampai sekarang aku guna. But scrub tak boleh pakai hari-hari. Bagus pakai 2-3 hari sekali je. Sometime aku pakai seminggu sekali je haha. Maklumlah asyik lupa je nak scrub muka –.-


scrub bagus untuk muka


Another facial scrub yang aku cuba ialah dari Eversoft. Saja gatal tangan nak mencuba since sekarang aku guna facial cleanser from Eversoft kan haha. So far, kedua-dua produk ini sesuai dengan kulit aku. Takde breakout bila pakai alhamdulillah. =D

3. Facial Mask


Since mask ini macam mahal sikit, so aku tak berapa keluarkan sangat duit untuk membeli mask. Bila aku rasa nak pakai mask baru aku beli sekeping dua wahaha. Lagi satu aku tak gemar sangat sebenarnya pakai mask sebab nak lekat dekat muka-tunggu dia kering lebih kurang 15 minit-baru boleh cabut dari muka. Aku fikir itu kerja leceh sebagai seorang lelaki hahaha =.=

But bila aku aware pasal kelebihan mask ini, baru aku slow-slow cuba pakai mask atleast seminggu sekali (tapi still tak berjaya kahkah). Kadang tu sebulan sekali pun belum tentu kupakai.


Facial mask popular di drugstore


Haritu aku beli gel mask+ scrub from FREEMAN. Ini lagi lah merumitkan kau tahu tak. Sapu dekat muka-tunggu lebih kurang 10 minit-rasa macam meleleh-leleh lah mask tu sampai ke leher-bilas menggunakan air suam. Haaa, dah satu hal pulak nak kena bilas dengan air suam. Aku sempat guna beberapa kali je gel mask+scrub. Then baru-baru ini aku ada beli peel-off gel mask from FREEMAN pulak.

Yang ni aku suka sebab dia takdelah rasa macam meleleh-leleh (actually perasaan aku je sebenarnya hehe). Sapu-biarkan 15 minit-tarik dari muka-bilas menggunakan air suam. Nak tarik pun mudah memang tak melekat. Semoga aku istiqamah la dalam menggunakan peel-off gel masak from FREEMAN atleast seminggu sekali. \0/

4. Sunscreen


Penggunaan sunscreen ini merupakan pengetahuan baru untuk aku. Aku pernah terbaca sumber dari beauty blogger/thread dekat Twitter (aku lupa dari siapa). Dia kata kalau tak apply sunscreen macam sia-sia je pakai facial cleanser, scrub sebab nanti lambat memberi kesan. Kulit still terdedah dengan sinaran UV sebab tak apply sunscreen. So, gigih lah aku duk cari sunscreen nak lumur dekat muka aku. Kawan aku recommend produk from Biore. Dia kata husband & adik lelaki dia pakai memang okay.


sunscreen bagud di drugstore malaysia


Masa mula-mula pakai sunscreen from Biore nie kulit muka memang breakout. Jerawat tiba-tiba naik. Then aku stop kejap sambil duk fikir kenapa muka breakout mesti ada something wrong somewhere. Then datang idea. Aku beli facial cotton. Aku sapu sunscreen menggunakan facial cotton. Sebelum ini aku sapu dengan tapak tangan aku je. Bila guna idea tu, breakout kat muka alhamdulillah macam dah takde. Maybe telapak tangan aku banyak kuman kot itu yang muka breakout –.- Apa taknya, dah settle solat, iron baju kerja, sembur minyak wangi, deodorant, baru aku apply sunscreen dekat muka wahaha. After this, kena letak sunscreen dalam bilik air. Settle mandi, terus sapu sunscreen dekat muka.

So, itu sajelah 4 step mudah penjagaan muka aku yang tak berapa nak helok sangat nie. Aku nie bukanlah kata nak bagi kulit nampak flawless macam artis k-pop tu. Cukup sekadar dapat melambatkan tanda-tanda penuaan & kesan-kesan akibat sinaran UV makin hilang/pudar pun dah cukup. Yela muka nak pakai lama lagi kan inshaAllah kalau panjang umur. Mestilah kena jaga elok elok. Kahwin pun belum nie. tiber.

Nasihat aku, better korang beli produk dari drugstore instead of beli produk tempatan yang diragui ingredients-nya. Bukan nak kata produk tempatan tak bagus. Ada je yang bagus. Just kena berhati-hati & do some research sebelum nak pakai sesuatu produk. Aku sendiri pun pernah je beli produk tempatan. But sekarang dah takut sebab macam-macam isu kan contohnya produk yang mengandungi merkuri & produk timbang kilo. So, sekarang nie beli produk dekat drugstore je. But still kena buat research juga. Produk mana yang bagus & tak. Korang boleh terjah blog www.imanabdulrahim.com. Banyak update mengenai produk/cara penjagaan kulit wajah di blog beliau untuk dijadikan rujukan buat korang.


Jangan lupa ye share dekat aku pengetahuan/pengalaman korang mengenai skincare routine. Nak share skincare routine korang pun boleh. Nanti aku try apply dekat muka aku kalau aku rajin lah haha. Yang 4 simple step penjagaan muka atas nie pun kekadang tak berapa nak rajin apply -.-
5 Komen untuk "Simple Daily Men Skincare Routine"

Waaa nice tips wak.. Kita pun smalah malas gila nak pakai mask.. Selalu scrub n cleanser.. Sunscreen pakai pun sbb da apply mekap pakailah bnda alah tu skali hehehe

Scrub muka kita samalah Pijol.

mak ai detail nya dah mcm review produk dah haha.. bagus2 kena la jaga penampilan kan baru smart
www.sihijo.blogspot.com

mak ai detail nya dah mcm review produk dah haha.. bagus2 kena la jaga penampilan kan baru smart
www.sihijo.blogspot.com

Back To Top