Bermalam di Umang-Umang Chalet, Kuala Linggi Melaka

Dah berkali-kali ke Melaka, but ini kali pertama ke Kuala Linggi. Nak bermalam di Umang-Umang Chalet. Pilih lokasi ini sebab berhampiran dengan pantai. So, petang kang bolehlah berendam hehe. Chalet pun cantik ada bilik yang betul-betul mengadap pantai. 


Ada pokok besar ditepi pantai. Diletaknya buai pulak dekat pokok. Wow bolehlah sambil main buai, kita hulur-hulur kaki dalam air kan mak aihh. Ok jom kita tengok adakah reality seindah expectation?


Menginap di Umang-Umang Chalet, Melaka



Kitorang ke sini berpandukan google maps je. Mula-mula risau juga takut tersalah jalan sebab maps bawa ke jalan berbatu, banyak bonggol, masuk dalam kebun kelapa sawit bagai. And memang agak jauh dari jalan utama lebih kurang 1km. 


Ingatkan dah salah jalan. Rupanya kitorang berada di jalan yang benar. Di penghujung jalan jumpalah beberapa chalet yang mengadap laut Kuala Linggi. Antara banyak-banyak chalet, Umang-Umang Chalet ini paling menyerlah. Nampaknya kami membuat keputusan yang tepat \0/



umang umang chalet kuala linggi melaka


Sampai je Umang-Umang Chalet, terus check-in. Since booking banyak yang dah penuh, dapat bilik tingkat dua. Lagipun ini last minute plan, memang tak dapat ler bilik yang best betul-betul mengadap pantai itu. Kebetulan ada pelanggan yang buat program family day kot. 


So, memang dah agak limited bilik yang kosong. Rembat sajelah mana yang ada. By the way, akak cashier kata dia bagi promotion. So, tak bayar harga asal. Dalam RM50 potongan jugak. Thanks!


umang umang chalet kuala linggi melaka


Ada banyak jugak bilik di Umang-Umang Chalet ini. Korang boleh pilih yang mana satu korang berkenan mengikut bajet korang. Harga bilik pun sangat berpatutan ye.


umang umang chalet murah kuala linggi melaka


Aku dapat bilik no. 33 di tingkat 2. Bolehlah ye dari takde. =D


umang umang chalet murah cantik kuala linggi melaka


Ini keadaan bilik aku. Katil queen, ada aircond, meja mekap and tv. Kira oklah boleh muat dua orang. Bantal dia tak best weh. Kempis semacam. =p


umang umang chalet murah kuala linggi melaka


Bilik air pulak bersih je cuma shower tu air punyalah slow. Lagi-lagi bila nak maghrib mungkin orang semua pakat berebut nak mandi time tu kot. Nak mandi pun tak best. End up tadah air dalam baldi je. Pihak pengurusan sila ambil perhatian ye =D


umang umang chalet murah kuala linggi melaka


Ini pemandangan dari bilik aku. Dekat bawah ada swimming pool kecik. Budak-budak boleh lah mandi. Orang dewasa nak mandi macam tak sesuai sebab cetek & kecil. Tak puas nak berenang. –.-


umang umang chalet murah kuala linggi melaka


Bila petang sikit, lepak tepi pantai. Masa tu air tengah pasang. Hajatnya nak main-main dekat buai je takdelah nak kuak lentang beria mandi pantai sangat. Pantai dekat sini macam seram sikit nak mandi sampai ke tengah. Makanya duduklah digigi air je.


umang umang chalet murah kuala linggi melaka


Lepak tepi pantai sampai matahari terbenam. Sekarang macam addicted pulak dengan sunset ini. Nampak je sunset mesti ambil gambar post di story dengan caption ‘waiting upon sunset’ –.-


umang umang chalet murah kuala linggi melaka


Di Umang-Umang Chalet, korang tak perlu risau mengenai makan tau sebab memang ada menyediakan dinner & breakfast. Tapi tak include dalam booking lah. Korang boleh order di cafe (makanan panas). Kalau nak suruh diorang hantar ke bilik pun boleh. Kitorang nak makan dekat cafe tapi otw ke cafe terserempak pulak dengan staff diorang bawa makanan ke bilik siapa ntah. 


Rupanya itu makanan kitorang haha. Tak pepasal suruh depa bawa semula makanan ke cafe. Makanan takdelah wow sangat rasanya. Bolehlah untuk alas perut. Kalau rajin sangat, pergi lah keluar cari makanan. Kitorang nie malas dah nak keluar pun. Bukan dekat nak keluar ke jalan utama sana.


umang umang chalet murah kuala linggi melaka


Dah settle makan, lepak kejap ambil angin pantai. Tapi anginnya takde. Panas pulak cuaca malam tu. Terus masuk bilik layan tv. Dah kenapa tiba-tiba aku snap gambar bilik kat bawah nie? Sebab next staycation (kalau ada rezeki lagi la), nak booking bilik yang bawah ini pulak hehe. Best gila kot bilik nie betul-betul mengadap pantai. Kang boleh tengok sunset dari dalam bilik je. 


umang umang chalet murah kuala linggi melaka


Details mengenai Umang-Umang Chalet, korang boleh terjah website diorang.

2 Komen untuk "Bermalam di Umang-Umang Chalet, Kuala Linggi Melaka"
Tanpa Nama
delete

Menarik!

https://crxvekl.blogspot.com/

Back To Top