Percutian 4H3M Melawat Tempat Menarik di Jogjakarta 2018

Harini nak share dengan korang pasal company trip tahun lepas iaitu percutian 4 hari 3 malam melawat tempat-tempat menarik di Jogjakarta or Yogyakarta or Jogja whatever la korang panggil. Tahun 2016 lepas ke Bandung(entri Bandung), tahun 2017 ke Beijing (entri Beijing), tahun lepas alhamdulillah rezeki ke Yogyakarta pulak. Tahun ini agak-agak ke mana kita ye ? Jeng jeng jenggg \0/


4 Hari 3 Malam Bercuti di Jogjakarta



Thank you my company. Walaupun gaji takdelah besar mana macam gaji pegawai lain tapi bila dapat pergi free trip macam nie rasa dihargai sebagai pekerja makan gaji. Okay jom kita cerita pasal percutian kitorang ke Yogyakarta pada 12 October – 15 October 2018 yang lepas. Travel tahun lepas, tahun ini baru tulis entry itu perkara biasa ye haha. Sorry guys entry nie panjang giler sebab aku rangkulkan 4H3M sekaligus dalam satu entry. Tak kuasa plak nak buat part by part –.-

Mendarat di Adisut Jipto International Airport Yogyakarta


Selamat mendarat di Adisut Jipto International Airport around pukul 12.30pm dari KLIA2. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit. Total yang join trip kali ini dalam 35 orang je dari 50 orang staff (kot –.-). Ramai yang tak dapat join sebab masing-masing ada komitmen yang perlu diutamakan. Takpe this year make sure semua join okay! Baru meriah kan =D

percutian tempat menarik di yogyakarta 2018



After urusan di airport selesai, berkumpul diluar airport. Tour guide, Reny awal-awal lagi dah tunggu kitorang sampai. Dari airport, kitorang naik kereta ke tempat parking bas dalam 300meter macam tu.


percutian ke yogyakarta 2018


Bila masing-masing dah masuk bas, kitorang terus bergerak ke tempat lunch sambil mendengar briefing daripada Reny. Macam-macam la yang Si Reny duk cerita, sambil melawak. Reny orangnya sangat happy go lucky. Suka buat lawak, suka bahan orang. Habis semua orang dalam bas jadi bahan dia amboi amboi haha. Nama aku la yang paling dia suka sebut –.- Rindu pulak dekat tawa besar Reny. T_T


tempat makan best di yogyakarta 2018


First stop kitorang di kedai makan apa nama ntah. Antara menu yang kitorang makan seperti dalam gambar diatas. Nampak menarik kan? Lauk diorang ala-ala masakan di Malaysia jugak. Sepanjang 4 hari di sana, memang setiap hidangan wajib ada sambal okay. Tapi aku tak berani nak makan sambal diorang takut perut meragam. Lagipun aku bukanlah penggemar sambal sangat. Kalau sambal belacan yang saya buat sendiri tu, yang tu sedap! (haha)

Jurang Tembelan


After lunch & solat di kedai makan tadi, kitorang bergerak ke tempat menarik di Jogja yang sangat popular iaitu Jurang Tembelan. Oh by the way, lupa nak bagitau. Masa kitorang nak kesini, kebetulan berlaku gempa di sekitar Bali. So, kitorang terpaksa skip beberapa tempat menarik sekitar Jogja yang berisiko antaranya Pantai Timang,  Gua Pindul & Gunung Merapi. Sedih kan? Tapi demi keselamatan kami semua, tempat-tempat ini terpaksa kami skip.


gambar di jurang tembelang yogyakarta


Menariknya di Jurang Tembelan, view di sana MasyaAllah sangat cantik ye. Banyak spot yang cantik untuk bergambar. Since kitorang pergi by group, kena tunggu turn bila bergambar. Mujur pengunjung tak ramai sangat time tu. Boleh la bergambar banyak sikit haha. Itupun macam tak puas lagi bergambar dah dipanggil berkumpul maklumlah pergi by group nie kena pandai merancang masa. Kalau tak naya lah banyak lagi tempat nak pergi nie oii. –.-


tempat menarik di jogja jurang tembelan yogyakarta


Pinus Pengger


After Jurang Tembelan, kitorang bergerak pula ke Pinus Pengger. Macam biasalah, bila sampai je wajib group photo dulu sebab bila dah berpecah, memang susah la nak group photo. Make sure bateri phone korang penuh ye. Kang rugi je tak boleh nak ambil gambar banyak-banyak. Thanks to powerband yang banyak berjasa. Dekat Malaysia tak pernah pun guna powerband. Di sini, powerband banyak sekali berjasa ya kalian semua.


tempat menarik di jogja


Antara port yang paling popular di sini ialah replika tapak tangan besar macam dalam gambar dibawah. Kena beratur ye untuk bergambar di sini. Make sure dah fikir cara nak posing. Takut nanti bila sampai turn korang tiba-tiba blur macam mana nak pose ramai orang tengok weh malu kite lols.


tempat menarik di jogja 2018


Dah puas bergambar sakan di Pinus Pegger, kitorang bergerak untuk makan malam. Sorry guys dalam entry nie aku tak highlight sangat tempat makan kitorang sebab aku tak excited sangat dengan makanan di sana. But mostly, tempat makan yang kitorang pergi dekorasi kedai makannya memang agak cantik & selesa.

Check In Cordela Hotel


After dinner, terus check in di Cordela Hotel. Disebabkan kepenatan, memang takde ambik gambar pun masa check in tu. Gambar bilik pun lupa nak snap. Masuk bilik, mandi, solat kemudian terus baring. Sedar-sedar dah pagi. Keesokannya after breakfast di hotel, baru bergambar sekitar hotel Cordela.


hotel murah di jogja 2018



Taman Sari


Tempat menarik pertama di Jogja yang kami pergi pada hari kedua ialah di Taman Sari. Cantik tempat ini boleh tengok senibina diorang yang unik. Then ada dua biji kolam besar dekat dalam Taman Sari. Area kolam tula kitorang group photo sebelum masing-masing berpecah untuk bergambar sekitar Taman Sari.


tempat menarik di jogja 2018 taman sari


Sumur Gumuling (Masjid Bawah Tanah)


Sumur Gumuling terletak bersebelan Taman Sari. Dari Taman Sari, kitorang jalan kaki ke sana melalui tepi-tepi rumah orang.


tempat menarik di jogja 2019


Paling ramai orang nak bergambar dekat tempat bawah nie haa. Setiap penjuru terowong ada orang tunggu turn nak bergambar. Memang payah la nak nampak takde orang asing dalam gambar. Nak cari angle cantik pun payah. End up ambil sekeping dua je gambar itu pun tak cantik. Weh korang nak tahu tak actually masa dekat sini, kitorang tertinggal tau. 


Orang lain semua dah keluar dari Taman Sari. Tinggal aku, Bella dengan Kak Dayah je dalam terowong nie. After keluar dari terowong, memang berpusing-pusing la cari jalan keluar ke pintu masuk Taman Sari. Mujur ada google maps. Kalau tak sesat sampai harini lah dekat sana  –.-


dav


Yang lagi sadis, diorang semua dah bergerak ke Kraton. So, kena tunggu travel guide datang ambil kitorang dekat Taman Sari. Memang geram juga time nie patutnya depa kena check dulu semua dah ada baru boleh bergerak ke Kraton. Tapi disebabkan kami sendiri pun ralat and tertinggal dari group, redha jela. 


Mujur tak kena makian dari depa semua sebab berpecah dari group. Sorry lah guys. Sampai sini entah-entah sekali nie je. Nak jugak explore lama sikit ambil gambar kenangan-kenangan tak sangka sampai kena tinggal haha. =P

Kraton Ngayogyakarta Hadiningrat


Tempat menarik di Yogyakarta yang seterusnya ialah di Kraton (Istana). Korang yang sukakan sejarah memang wajib berkunjung di sini. Boleh mengetahui sejarah kesultanan di sana. Pelbagai artifak zaman dahulu kala disimpan di sini. 


kraton di yogyakarta




kraton di yogyakarta 2018


Belajar Membuat Batik


After ke Kraton, destinasi tempat menarik seterusnya di tempat membuat batik. Aku tak tahu apa nama tempat ini. Fyi, Jogja memang terkenal dengan batik. So, make sure kalau datang sini bawa balik batik ke Malaysia okay. But saya lagi prefer batik di negeri saya sendiri, Terengganu (haha).



belajar membuat batik di yogyakarta


Setiap orang ditugaskan untuk melukis batik menggunakan peralatan yang diberi. Batik paling cantik dapat hadiah okay. Nak tahu tak siapa yang dapat hadiah? Jeng jeng jeng kenalah baca sampai habis (hehe). Panjang lagi entry nie woi. Baru masuk hari ke-2 nie –.-

Shopping Batik di Batik House


Dah settle belajar membuat batik, jom kita shopping batik pulak di Batik House. Batik House memang terkenal di sana. Harga pun berpatutan. Kalau korang nak shopping batik, boleh je shopping di sini. Pilihan pun banyak. But nak lagi best, boleh shopping di Malioboro. Lagi rambang mata kau! Ingat nak beli jugak baju batik sehelai di Batik House nie but bila try size S agak besar sikit dengan aku. Slim fit pun takde. Kalau ada slim fit size S memang dah rembat dah (hehe)



tempat batik murah di yogyakarta


Shopping Barangan Kulit di Desa Wisata Manding


Kalau pergi company trip, antara aktiviti wajib mestilah shopping kan. So, kitorang singgah shopping di Desa Wisata Manding pulak yang terkenal dengan barangan kulitnya. Di sini terdapat banyak kedai yang menjual barangan kulit. Kebanyakan officemate shopping beg kulit and tali pinggang. Aku shopping tali pinggang je. Masa pergi Bandung pada 2016, aku beli tali pinggang di Cibaduyut. Boleh guna sampai sekarang tali pinggang tu. Thats why aku yakin nak beli barangan kulit di sini. =D



tempat barangan kulit murah yogyakarta


Shopping Coklat di Sugeng Rawuh Tugu Chocolate


After shopping barangan kulit, kitorang singgah pula di Sugeng Rawuh Tugu Chocolate. Macam-macam coklat korang boleh jumpa disini. Kerepek coklat pun ada. Boleh imagine tak kerepek pisang bersalut coklat T_T. Rasanya tak jumpa lagi di Malaysia nie. Kopi luwak pun ada. Barangan cendaramata pun sama. Tapi coklatnya takdelah sedap sangat pun biasa je. Ada la juga beli beberapa jenis coklat nak bawa balik ke Malaysia bagi ke anak buah. =D



kedai coklat terkenal di yogyakarta




kedai coklat popular di jogja


Bersiar-siar di Jalan Malioboro


Malamnya kami berjalan kaki ke Jalan Malioboro. Kalau dari hotel, lebih kurang 1km je kot. Since berjalan dalam group, tak rasa sangat jauhnya. Ramai gila manusia di sini. Make sure jangan berpisah dengan geng okay. Kang sorang-soranglah kau melilau dekat situ. Jalan Malioboro ni terkenal dengan tempat shopping. Korang boleh beli macam-macam di sini especially pelbagai jenis batik, souvenir, t-shirt, barangan kulit dan banyak lagi.



jalan malioboro yogyakarta


Candi Borobodur


Hari ketiga di Yogyakarta, tempat menarik pertama yang kami tuju ialah di Candi Borobodur yang merupakan 7 keajaiban dunia. Ini tempat wajib tau kalau korang ke Jogja. Memang rugi kalau tak singgah di Candi Borobodur nie. Banyak jugak ambil gambar di sini tapi kebanyakan gambar mesti ada orang asing. Memang susah nak bergambar sorang-sorang tanpa ada orang lain di kiri kanan kau. Nasib la kalau dapat tu.



candi borobodur di yogyakarta 2018


Gereja Ayam (Lokasi Penggambaran AADC 2)


Lokasi seterusnya di Gereja Ayam yang merupakan lokasi penggambaran filem Ada Apa dengan Cinta 2. Tiba-tiba Gereja Ayam nie famous bila masuk dalam filem. Sebelum ini entah-entah orang tak hairan pun dengan kewujudan Geraja Ayam nie hm. Mencabar jugak nak ke Gereja Ayam sebab tempatnya diatas bukit. So dari tempat parking bas, kena naik bas mini ke kaki bukit Gereja Ayam. 



Dari kaki bukit, naik pulak four wheel. Fuh! Memang makan masa jugak dekat sini sebab kitorang ramai. Four wheel pulak 2 bijik macam tu je T_T. Actually kalau korang nak mendaki anak tangga boleh je ke Gereja Ayam instead of naik four wheel tu. Samada larat or tak je. \0/



four wheel ke gereja ayam jogja


Then, kalau nak bergambar diatas puncak Gereja Ayam, kena tunggu turn jugak sebab tak boleh naik ramai-ramai. Tempat tu dahlah sempit. Kang patah kepala ayam tu naya je haha.


bergambar di gereja ayam 2018


Ini gambar di puncak Gereja Ayam. Dari puncak, korang boleh nampak Candi Borobodur tapi nampak sipi-sipi dari kejauhan jela. Jarak Gereja Ayam ini tak jauh sangat pun dari Candi Borobodur.


puncak gereja ayam jogya 2018


Pusat Kaos T-Shirt Yogyakarta


Dalam perjalanan pulang dari gereja Ayam, sempat singgah sekejap di Pusat Kaos T-Shirt Jogja. Takde apa yang menarik pun di sini. Just kedai dua tingkat yang menjual pelbagai t-shirt & ada sedikit bahagian yang menjual batik. Majoriti tak beli apa-apa pun di sini. Tiba-tiba aku sempat pulak sambar baju batik sehelai padahal semua orang dah masuk dalam bas. Batik tu takdelah lawa sangat. Kain dia pun biasa.Aaku beli pun sebab size tu kena dengan aku (hihi). Boleh la buat kenang-kenangan.


pusat kaos tshirt jogja
Ini Ciman amek gambar candid dalam Pusat Kaos T-shirt =)

Dinner di Sekar Kedaton Resto


Dari hari first sampailah last day di sana, inilah geng makan semeja dengan aku. Kalau makan je, lauk tak pernah habis ye. Padanlah semua slim hehe =P. Rasanya makan dinner di Sekar Kedaton Resto ini je lauk habis. Maybe tempat makan ini je lauknya kena dengan selera kitorang kot? –.-



tempat makan best di yogyakarta 2018


Ini makan last under bajet trip sebab lunch esok dah kena makan guna duit sendiri. Hari last baru jumpa menu udang. Sebelum nie kebanyakan lauk ayam, ikan, sayur je. :”) But alhamdulillah perut boleh terima semua makanan. Perut tak meragam. Cuma aku elak makan sambal diorang memang cannot go sorry Indonesian :/


tempat makan sedap di yogyakarta 2018


Shopping di Jalan Malioboro


Last night di sana, kitorang shopping sakan habiskan rupiah di Jalan Malioboro. Berjalan sepanjang jalan sehingga ke jalan keretapi sana. Yang aku perasan dekat sini, lagi jauh korang berjalan, lagi murah pulak barangan yang diorang jual. So, sebelum nak beli something, make sure survey harga dari beberapa kedai dulu. Jangan main beli je tau. 


Kalau korang pandai tawar menawar, silakan tawar menawar. Diorang letak harga tinggi gila kot untuk sesetengah barangan. Korang tawar je separuh harga terus. Kang dah dapat harga yang korang nak, jangan tak beli pulak \0/



baju batik murah jalan malioboro jogja 2018


Angkringan Kopi Joss


Actually kitorang berjalan sehingga ke jalan keretapi sebab nak try Kopi Joss ni haa. Kopi yang diletak bara api di dalamnya. Rasanya takdelah sedap sangat cuma agak peliklah diletaknya bara api dalam kopi kau. Kopi Hang Tuah jugak yang paling sedap okay. –.-



kopi arang di malioboro jogja


Konsep kedai kopi ni santai je. Hampar tikar tepi jalan and then kau nikmatilah kopi kau sambil bersila & melihat kenderaan lalu lalang. Boleh tengok keretapi juga dari sini  macamlah di Malaysia takde keretapi kan. =D


kopi arang di jalan keretapi malioboro


Shopping Bakpia (Kuih popular di Jogyakarta)


Keesokannya after check-in dalam tengahari macam tu, kitorang singgah beli kuih yang popular di Yogyakarta iaitu bakpia. Aku beli jugak 2 3 kotak nak bagi kawan & family rasa. Bolehlah kuih nie sedap jugak kalau makan dengan teh o panas. Ada banyak perisa. Aku beli yang perisa kacang je.



kedai menjual bakpia popular di jogja 2018


Lunch di Plaza Ambarrukmo


Before bergerak ke Airport, kitorang singgah makan di Plaza Ambarrukmo. Plaza ini macam mall lah. Tapi takde shopping apa-apa pun dekat sini. Duit dah habis shopping di Malioboro malam tadi. Tinggal baki duit nak lunch je weh haha. Sadis sangat. Nasib baik duit nak beli lunch cukup. T_T


shopping mall di yogyakarta


Menu terakhir di Jogja :’)


menu makanan sedap di yogyakarta 2018


Gambar bawah ini kuih bakpia. Bakpia nie tak boleh simpan lama-lama tau. Paling kurang pun 3-4 hari dari hari kau beli. Nak simpan dalam peti boleh tapi dia punya originaliti & rasa tu dah kuranglah. Kalau makan panas-panas memang sedap. =)


gambar bakpia jogya


Okay one more thing yang aku lupa nak bagitau. Masa kami belajar menconteng batik tu, aku ada bagitau kan penconteng batik yang paling cantik dapat hadiah. So pemenangnya jatuh kepada aku & Fifi. Tak sangka saya ada bakat menconteng batik walaupun aku rasa lukisan aku buruk gila kot haha. Dapatlah sedikit hadiah dari Reny sebagai tanda kenang-kenangan. Sweet juga si Reny nie. =P



belajar mencorak batik di jogja 2018
Inilah hasil contengan aku. Lawa ke guys? –.-



Ini sajalah kisah percutian 4h3m kitorang melawat tempat menarik di Yogyakarta pada tahun 2018 yang lalu. Special thanks to Flynn Good Holiday (ig : @fgholiday) yang telah berjaya menyempurnakan percutian kami di Jogja dengan jayanya. Alhamdulillah semuanya selamat pergi & pulang. Lagi gambar di Yogyakarta, korang boleh tengok di instagram aku, @hafiz_hafizol.



Thanks for reading guys.
Ada ke orang baca entry panjang gila nie sampai habis LOL haha.
5 Komen untuk "Percutian 4H3M Melawat Tempat Menarik di Jogjakarta 2018"

gambar cantik2. besar2 suka tengok..
sinilaa ni kawan2 ajak pegi depa nak pegi tempat yang tepi2 bukit tu photospots haih gayat. tapi suka tempat2 macam ni sebab makanan tu authentic rasa nak cuba..

insyallah ada rezeki kot2 sampai sanaa boleh cari Rangga =P

Yang menggoogle gambar masa conteng batik tu menang ke tak..lawa juga rama2 dia..

cantik weh gambar batik tu, nampak la rupa rama2 nya :D

puas flashback baru teringat yang Gereja Ayam tu merupakan salah satu lokasi dalam fileh AADC 2..

Salam pelancongan semuanya,kami PT NURUL INSYIRAH VENTURE menyediakan pakej pelancongan ke Jogja.
Driver guide pakej ini prihatin dan fleksible.
Makanan yang dijamu juga enak.
Pokoknya,kalau mahu ke Jogja hubungi kami 017-536 7426 atau +6281397288197.
Makasih ya empunya blog
Facebook: melancong murah baloi
Ig: melancong_murah_baloi

linktr.ee/MelancongMurahBaloi
linktr.ee/MelancongMurahBaloi
linktr.ee/MelancongMurahBaloi

Back To Top