Chit Chat Steamboat & Grill Murah di Putrajaya @ Cyberjaya

Sebelum ini dah pernah share mengenai steamboat murah di Cyberjaya, harini nak share pula satu tempat makan steamboat & grill murah berdekatan Putrajaya iaitu Chit Chat Steamboat & Grill. Lokasinya di Astana Banquet Hall Cyberjaya @ Putrajaya. Kalau ikut maps, lebih kurang 3-4km je dari rumah aku, Presint 9. 

Steamboat Grill Murah di Putrajaya & Cyberjaya



Lalu ikut terowong menghala ke Presint 11. After terowong ada traffic light simpang empat, then ambil kiri. Masuk lagi ke dalam sana around 1-2km macamtu terus jumpa Chit Chat Steamboat. Tempatnya bersebelahan je dengan Presint 11.


steamboat grill murah di Putrajaya



Best tempatnya sunyi je. Normally kedai makan buat dekat tempat yang sesak & tumpuan orang kan. Chit Chat Steamboat ini terbalik pulak konsepnya. Masa firstime pergi sana tak expect pulak tiba-tiba ada tempat makan steamboat kat situ. Firstime datang sini bulan October lepas. 


Diorang buat promosi RM28 je sorang sempena pembukaan. Then second time datang lagi beberapa hari lepas sebab nak celebrated birthday member. Ada 50% less untuk birthday boy/girl. Wow menarik kan? Jom kita tengok apa yang menarik di Chit Chat Steamboat & Grill. \0/


Dekorasi Yang Cantik


Suka betul dengan dekorasi di Chit Chat Steamboat & Grill. Dari lantai rumput karpet, sehingga ke lampu yang menjalar diatas syiling, dikelilingi bunga bungaan yang mekar(haha). Lawo angat saya rasa happy & tenang bila ber-steamboat di sini. Lagi-lagi masa datang kali kedua, kitorang je customer. Ibaratnya macam kitorang booking the whole place pulak. Manager diorang kata normally kalau weekdays memang customer kurang. So datanglah weekdays after balik kerja macam kitorang ya. =P









Banyak Pilihan Makanan (Seafood + Sayur etc)


Dengan harga RM34.20 di kawasan Putrajaya nie, aku rasa sangat berbaloi juga dengan apa yang diorang hidangkan. Ada 3 kuah yang korang boleh pilih which is tomyam biasa, tomyam creamy & sup ayam. Then ada aneka seafood, aneka daging + ayam for you to  grill, pilihan sayur yang banyak, aneka sos etc.













Special menu


- Nasi goreng
- Mee goreng
- Baby Crab
- Fries


Free Flow

- Cold drink
- Teh Tarik
- Ice cream
- ABC Special



Tempat Yang Tenang Lagi Mendamaikan


Biasanya orang bukak kedai makan di tempat tumpuan orang ramai  so nanti mudah lah orang nampak kedai kau kan. Terbalik pulak konsep Chit Chat Steamboat nie sengaja dibuka di kawasan yang sunyi supaya wujud suasana tenang lagi mendamaikan sambil menikmati steamboat grill bersama yang tersayang. 


Kalau makan steamboat dekat mall, kadang-kadang rasa tak syok pulak bila ada orang lalu lalang duk perhati je kita makan. Dekat sini takde macam tu okay. Sambil menjamu selera, diorang pasang music slow ala ala music kitaro gitu. Menambahkan lagi suasana tenang & romantik di situ ya haha.






Ada Diskaun 50% untuk Birthday Boy/Girl   \0/


Harganya dah la murah, then dia bagi lagi diskaun 50% pada hari jadi korang. Alang-alang birthday member aku bulan Januari, aku booking jela terus makan malam di Chit Chat Steamboat ni. Oh for your info, korang juga boleh request decoration tau kalau nak sambut birthday party dekat sini. 


Nanti diorang tolong deco mengikut kehendak korang semua. Kitorang tak request pun decoration. Just celebrate simple-simple je. Beli kek sebijik. Then mintak tolong diorang pasang lagu birthday. Sudah cukup membuatkan member terharu kot! Aku tak sure promotion nie akan tamat sampai bila.


Harga Yang Murah & Berpatutan RM34.20 Je Sorang


Susah tau nak cari makanan yang murah di Putrajaya ini selain makan di cafe bangunan kementerian haha. Kalau steamboat & grill pulak, memang susah nak cari yang murah dan tak banyak pun di Putrajaya. 


Beberapa tahun lepas pernah makan di PICC tapi takde grill. Kalau nak makan steamboat & grill murah, biasanya makan diluar Putrajaya contohnya di Steamboat Empire Cyberjaya. Kalau korang tahu kedai steamboat murah lain area Putrajaya nie, bagitau la kang boleh try.


Harga Chit Chat Steamboat & Grill



Adult : RM34.20 
Senior citizen (60 above) : RM28.80
Children (6-12 yrs) : RM16.20
*10% less until 31 March 2019
Opening hour : 6.30pm – 11.00pm
Location : Berdekatan Astana Banquet Hall Cyberjaya @ Putrajaya, google maps Chit Chat Steamboat & Grill.


So, kalau korang sedang mencari steamboat & grill murah sekitar Putrajaya, aku recommend di Chit Chat Steamboat & Grill nie. InshaAllah puas hati. Service pun bagus. Jangan lupa mencuba ye. Selamat menjamu selera! =D
6 Komen untuk "Chit Chat Steamboat & Grill Murah di Putrajaya @ Cyberjaya"

Wahhh....LeYa yang 4 tahun kerja di Cyberjaya pun tak tahu... Hehe... BOleh try la nanti

Tak sangka blakang rumah ada tempat steamboat murah. boleh try nanti. sementara tu jemput lah ke blog saya. baru nak start aktif2 semula. tehee.

wow!! amazing..indahnya Malaysia kita

Baru beroperasi tahun lepas la Leya hehe. Sebab tu tak tahu kot. Kita pun baru je tahu

tempat di cosy habis. high class nampak..
stimboat sedap.. makan panas2 n kena p ramai2 baru meriah =D

Promotion birthday ada lagi tk?

Back To Top