Pengalaman Percutian 5 Hari 4 Malam di Lombok

Ini cerita 24 Februari 2018 yang lalu, tapi baru sekarang ye berkesempatan untuk update setelah mendapat sedikit kekuatan & kerajinan alhamdulillah. Ini pun aku nak buat 1 entri je pengalaman percutian 5 hari 4 malam di Lombok. Takde part by part okay. agak panjang sikit la entri nie nampak gayanya.


P/s : Baru-baru ini Lombok mengalami bencana alam iaitu gempa bumi. Semoga mereka di sana selamat & sentiasa dilindungi-NYa. #PrayForLombok


Kami tiba di Lombok around pukul 10.00am kira-kira 3 jam perjalanan dengan air Asia. Sesampainya di airport Lombok, kami disambut oleh supir kami iaitu Agus selaku ketua supir. Agus kasi headband sorang satu sarung dekat leher sebagai tanda selamat datang. Thank you Agus. Trip ni ada 7 orang semuanya. Thanks to Kak Nat yang banyak membantu menjayakan trip ke Lombok ini =D


tempat menarik LOMBOK


Maka, bermulakan pengembaraan kami di bumi Lombok yang sungguh indah dengan kejadian alam yang maha hebat yang membuatkan kami terpesona & terus jatuh cinta dengan Lombok ini chewah =P. Apa yang best sangat di Lombok tu? Haa jom nak cerita.


Hari Pertama di Lombok


Gili Petelu, Pulau Pink, Lunch Seafood, Pulau Pasir  


Kami dibawa ke Jeti Tanjung Luar, Lombok Timur untuk menaiki boat ke Gili Petelu, Pulau Pink and lunch seafood di Pulau Pink. Katanya lobster dekat sana mur mur je weh.


tempat menarik LOMBOK


Bot diorang best betul siap boleh naik atas bumbung lagi. Sepanjang lebih kurang 1 jam perjalanan, kitorang bergambar sakan jela atas bot memang dah tak kuhiraukan langsung panas terik matahari sebab masa tu tengahari buta kot. Cantik sangat gambar-gambar dekat sana boleh follow instagram aku @hafiz_hafizol kalau nak tengok gambar-gambar lain. –.-


Percutian ke Lombok


Sebelum sampai di Pantai Pink, kitorang singgah dulu dekat tempat jual lobster. Boleh pilih lobster mana yang korang nak then depa akan tolong tangkapkan. Kitorang ambik lobster sorang sekor. Dekat Pulau Pink nanti diorang tolong bakar. Fresh giler!


lobster fresh di Lombok


Settle lunch, kitorang dibawa ke kawasan berbukit di Pulau Pink. Dari atas bukit tu, boleh nampak view yang sangat lawa. Agak lama juga kitorang habiskan masa bergambar dekat situ sampailah diorang suruh turun sebab nak bergerak ke lokasi seterusnya iaitu Pulau Pink 3.


pemandangan cantik di Pulau Pink Lombok


Gambar dibawah masa dekat Pulau Pink 3. Actually ada 2 Pulau Pink which is Pulau Pink 1 and 3. Pulau Pink 1 yang lunch seafood tadi. Kalau tak betul, correct me okay haha. Maklumlah sekarang ini daya peringatan dah semakin kurang T_T


pantai pink lombok


Masa kitorang sampai di Pulau Pink 3, cuaca dah tak secerah tadi sebab dah nak petang. So, dah tak berapa nampak sangat colour pink dia tu. Katanya kalau datang pada timing yang cantik, which is tengahari or masa cuaca cantik and cahaya matahari memancar, masa itu memang lagi lawa la Pantai Pink nie. Yang kitorang nie pun dah lawa dah.


After puas bergambar sakan di Pulau Pink 3, kitorang bergerak pula ke Pulau Pasir. Buat nasib tak bertuah sebab time tu air belum surut. Kalau tak boleh nampak dengan jelas Pulau Pasir (pulau yang kelihatan bila air surut). Kalau la boleh bergambar di Pulau Pasir mesti ohsem gila kot. Cuba bayangkan ko bergambar ditengah-tengah laut yang ada sedikit Pulau Pasir \0/


Makan Malam Ayam Taliwang


Kami makan malam di Special Taliwang Irama yang terkenal dengan ayam taliwang (ayam kampung bakar yang sedikit pedas). Seriously sedap sangat ayam Taliwang nie wajib try okay kalau korang pergi Lombok. Haiiii tiba-tiba rindu pulak nak makan ayam taliwang bila tengok balik gambar ini. –.-


Gambar ayam taliwang Lombok


Check In Pratama Hotel, Mataram


After lunch, kitorang check-in hotel pertama sepanjang percutian di Lombok ini iaitu Pratama Hotel, Mataram. Esoknya check in hotel lain pulak tau.


Pratama Hotel di Lombok


Hari Kedua di Lombok


Taman Wisata Pusuk Sembalun


After breakfast di Pratama Hotel, kitorang bergerak ke Pusuk Sembalun iaitu 3 jam perjalanan. Cuaca hari kedua tak berapa memberangsangkan. Hujan renyai-renyai masa kitorang sampai di Pusuk Sembalun. Nak bergambar di Taman Wisata Pusuk Sembalun pun tak syok sebab keadaan agak berkabus. Kalau cuaca elok nie mesti gambar lagi cantik.


Taman Wisata pusuk Sembalun


Dari Pusuk sembalun, kitorang bergerak pula ke Bukit Selong, Desa Sembalun. Kira-kira sejam perjalanan jugak. Dah sampai di Bukit Selong, hujan tiba-tiba lebat pulak. Tunggu dulu hujan perlahan sikit then baru keluar dari van berlari-lari anak hehe.


Desa Sembalun & Bukit Selong


Sembalun Lombok Bukit Selong


Di Bukit Selong, kitorang dibawa melawat tapak pondok seperti di atas. Pondok nie ada seorang pemuda (aku lupa apa ntah nama dia) yang jaga. Tempat nie macam diturunkan dari generasi ke generasi la. Then dia tidur, masak, semua dalam pondok nie. Serba daif ya. Pemuda tadi bawa kami ke Bukit Selong. Kena menapak sedikit je dari tapak pondok tadi. Tip jangan lupa bagi weh!


Gambar di Bukit Selong Desa Sembalun


Disebabkan tadi hujan, memang view dekat sini pun tidak berapa memberansangkan sangat. After Bukit Selong, kami bergerak pula ke destinasi seterusnya iaitu ke Air Terjun Sendeng Gila & Tiu Kelep, Lombok Utara yang famous itu (Lebih kurang 1 jam perjalanan).


gambar cantik di desa sembalun Berhenti ambik gambar kejap –.-


Lunch di Lenk Rinjani Restoran 


Sebelum trekking ke Air Terjun Sendeng Gile & Tiu Kelep, of course la kena makan dulu. Kitorang lunch di Lenk Rinjani Restoran. Best betul makanan di Lombok nie kaya dengan makanan laut yang fresh terutamanya ikan yang besar-besar. 


gambar makanan sedap di Lombok


Air Terjun Sendeng Gile & Tiu Kelep


Dah settle makan + solat, bermulalah trekking kami ke Air Terjun Sendeng Gile & Tiu Kelep. Lebih kurang setengah jam trekking laluan denai secara santai, sampailah kami di air Terjun Sendeng Gile. Fuh memang gile tinggi betul air terjun nie weh. Air dia pulak fuh sejuk ya amat! Lebih kurang setengah jam jugak habiskan masa dengan bergambar and mandi manda dekat Air Terjun Sendeng Gile. Tu pun macam tak puas lagi kahkah.


air terjun sendeng gile Lombok


Kemudian kitorang trekking pula ke Air Terjun Tiu Kelep. Lebih kurang setengah jam perjalanan dari Sendeng Gile. Tak boleh mandi-manda lama sangat di Tiu Kelep sebab sampai sana dah pukul 5.42pm. Bergambar + berendam kejap then terus blah. Air Terjun Tiu Kelep pun syok gak. Lagi sejuk dari Sendeng Gile weh. Nasib la tak dapat mandi lama kat situ. 


air terjun tiu kelep lombok


Malamnya kami dinner di Lesehan Dakota yang terkenal dengan satenya yang sangat sedap ye. Aku takde snap gambar langsung masa dinner di Lesehan Dakota untuk share dekat korang. But seriously sate dia memang terbaik korang google la tak caye. After dinner, terus check in Central Inn, Senggigi.


hotel murah lombok CENTRAL INN


Hari Ketiga di Lombok


Desa Kerajinan Tenun


After breakfast di hotel Central Inn, Senggigi, kitorang bergerak pula ke Desa Kerajinan Tenun yang terletak di Lombok Tengah. Di sini, korang boleh mencuba sendiri kain-kain tenunan yang diorang hasilkan. Nanti diorang akan pakaikan korang pakaian tradisional diorang. Boleh bergambar dekat situ sampai puas. =P


Desa Kerajinan Tenun di Lombok


Lunch di Pipe Dream Resto


Kemudian lunch + solat di Pipe Dream Resto. As for me, lunch dekat sini biasa-biasa je cuma tempat jela yang cantik & unik sebab sekali dengan resort. Ada banyak port untuk korang yang suka bergambar.


Pipe Dream Villas resort


Bukit Merese, Pantai Sekong Belanak, Pantai Mawun, Pantai Kuta, Tanjung Ann


Lokasi seterusnya after dinner di Pipe Dream Resto ialah ke Bukit Merese. Pantai Sekong Belanak, Pantai Mawun, Pantai Kuta & Tanjung Ann semuanya berhampiran Bukit Merese. Kang boleh singgah di setiap pantai kalau korang nak. MasyaAllah cantik sangat view di puncak Bukit Merese ini. Boleh nampak view pantai, pulau, and bukit bukau yang seksi giler weh! Antara tempat yang paling cantik sepanjang kitorang bercuti ke Lombok Bukit Merese inilah tempatnya.


bukit merese lombok cantik


Rasanya almost sejam lebih habiskan masa di Bukit Merese ni. Bergambar di setiap sudut kahkah. Sampai ke hari ini tak boleh nak move on dengan view di Bukit Meresa terbayang-bayang hingga dibawa ke dalam mimpi –.- Entah bila lagi boleh sampai di Bukit Merese, haruslah bergambar sampai puas!


Bukit Merese Lombok Thanks to my unofficial photographer a.k.a roomate aku kat sana, Amar Amsyar =p


After turun dari Bukit Merese, kitorang minum air kepala yang dijual di kaki Bukit Merese. Then ramai juga warga tempatan yang datang dekat kitorang approach and then offer barang yang dia jual i.e kain batik, kain pelikat, keychain, tshirt etc siap merayu-rayu suruh beli. Mujur aku susah nak termakan pujukan & rayuan. Wuwu kesian pulak diorang terpaksa pujuk-memujuk supaya beli barangan diorang demi mencari rezeki. T_T


gambar buai di Tanjung Ann Lombok


Singgah bergambar dekat buai di Tanjung Ann, kemudian terus bergerak pulang. Agus bawak kitorang ke kedai souvenirs & kedai menjual makanan & produk tempatan. Since aku bawa tak sampai 1 juta rupiah pun, so aku takde mood nak beli souvenirs pun weh haha. Cuma beli sikit untuk keluarga and kenalan rapat je.


Dinner di Warung Bakso Hj Kardi


Kitorang dinner di Warung Bakso Hj. Kardi. Tak lengkap la kalau datang bercuti di Indonesia, tapi tak pekena bakso kan? hehe. Of course bakso di sana memang terbaik so far tiada tandingannya. Sedap sangat weh terasa keasliannya. Menyesal tak tambah lagi satu mangkuk =P


Bakso popular di Lombok


After dinner di Warung Bakso Hj Kardi, kitorang singgah makan durian berhampiran warung bakso. But durian tak berapa jadi. Ingatkan dapatlah rasa durian Lombok yang sedap macam durian ioi tu ke. Keciwa daku. =(


Hari Keempat di Lombok


Villa Hantu


After breakfast & check-out Central Inn Hotel, bermulalah perjalanan kami ke destinasi terakhir iaitu di Gili Trawangan. Dalam perjalanan ke Gili Trawangan, ada satu tourist attraction yang agak popular iaitu Villa Hantu. Singgah bergambar kejap di Villa Hantu then sambung perjalanan ke Gili Trawangan.


Villa Hantu Lombok Villa Hantu


Gili Trawangan


Around pukul 10.30am macamtu, kitorang bergerak ke Gili Trawangan menaiki private boat. Nampak tu, masing-masing dah ready dengan baju snorkeling. Sebelum ke Gili Trawangan, kitorang singgah snorkeling di Gili Air & Gili Meno. 


private bot ke gili trawangan


To be honest, tak seronok pun snorkeling di Gili Air & Gili Meno tu. Jauh sangat kalau nak compare dengan snorkeling di Pulau Perhentian. Siap ada obor-obor besar tapak tangan weh seram pulak. Jangan kau tak tahu obor-obor tu boleh membuatkan badan korang gatal. Seram gak ah haha. Pastu ikan pun tak banyak, coral pun tak cantik haha maafkan saya terlebih jujur pulak. Mungkin timing kitorang tak cantik untuk aktiviti snorkeling kot?


snorkeling di Gili Air Gili Meno


Tengok tu depa pun tak excited sangat nak snorkeling hm. Aku je excited lols. Dah settle snorkeling, kitorang pun bergerak ke Gili Trawangan yang popular sangat di Lombok tu. Memang tak dinafikan memang cantik ye Gili Trawangan. Airnya jernih betul. \0/


pantai cantik gili trawangan


Sesampainya di Gili Trawangan, around pukul 1.00pm, terus ke Ocean Restoran untuk menikmati lunch kitorang. Masing-masing udah kelaparan dan kecapetan deh. After lunch,check in di Intan Inn Guesthouse, Gili Trawangan. Dah bersiap apa yang patut, terus booking basikal. Nak pusing Gili Trawangan and bergambar di buai dalam air yang famous itu.


berbasikal di gili trawangan lombok


First stop, bergambar di buai ini. Actually banyak je buai dalam air dekat sana cuma berbeza design jela. Tapi buai ini jugak yang menjadi tumpuan pelancong maybe sebab design dia yang cantik & unik kot. Pink color pulak tu. –.-


Buai popular di Gili Trawangan


Dekat depan sikit ada hammock. Suka pulak dengan style buai dia nie terus dipasang dalam air. Biasa dekat Terengganu tu buai ditepi pantai je kot. Itu jela kelainan buaian yang terdapat di Gili Trawangan nie. Belum ada lagi di pulau-pulau dalam Malaysia kan? Ke aku yang ketinggalan zaman haha.


Hammock dalam air di Gili Trawangan


Kitorang berbasikal sampai petang sambil bergambar di port-port yang menarik sepanjang pulau Gili Trawangan sambil mencuci mata melihat keunikan chalet/resort di sana. Oh ya, disamping cuci mata melihat para pelancong dari pelbagai pelusuk duniawi haha. Nak dekat senja baru balik semula ke Intan Inn Guest House.


After bersiap and solat semua, kitorang dinner juga di Ocean Restoran. After settle dinner, depa nie pergi mengurut kaki. Aku mampu tengok jela since duit rupiah cukup-cukup untuk besok je hihi.


Gili gelato Lombok


Sempat jugak merasa gili gelato yang popular di Lombok itu. Thanks KD belanja! Korang yang teringin nak makan gelato, pergi jela beli dekat Daily Fresh okay. Tak payah susah-susah datang ke Gili Trawangan –.- But kalau ke Gili Trawangan WAJIB try gili gelato dekat sana. Best!


Hari Kelima di Lombok


Actually plan nak tengok sunrise di Gili Trawangan tapi terlajak tido pulak. Takpelah maybe nextime ada rezeki kita ke Gili Trawangan lagi yuk! Around pukul 7.00am, dah ready semua dekat jeti. Dah nak balik Malaysia woi.


sunrise cantik di gili trawangan Sunrise at 6.55am, Gili Trawangan


view cantik di gili trawanganPanorama view, 7.04am, Gili Trawangan


Overall memang sangat berpuas hati pengalaman percutian 5 hari 4 malam di Lombok ini. Korang yang sukakan pantai, kawasan berbukit, pulau, air terjun etc WAJIB datang bercuti ke Lombok okay. Keindahan alam yang korang cari selama ini rupanya juga terdapat di Lombok. Selain keindahan alam, makanan di sana juga tak kurang enaknya. Lagi-lagi seafood diorang yang fresh and murah.


Oh ye, aku juga suka dengan latar masyarakat diorang yang masih lagi menggunakan kereta kuda sebagai pengangkutan utama. Biasa nampak kereta dengan moto je atas jalan di Malaysia nie. Sekali bila datang Lombok, wah depa nie naik kereta kuda je weh. Kereta pun tak banyak atas jalan terutama di Mataram, Lombok Timur/Utara & of course di Gili Trawangan.


Nak tengok video kitorang di Lombok, boleh tengok di ig @hafiz_hafizol.
Thanks!

3 Komen untuk "Pengalaman Percutian 5 Hari 4 Malam di Lombok"

Bestnya awak.cantiknya lombok.

Cantiknya pemandangan kat gunung tu.. snorkelling ape klu ade obor2? x nak la!

Back To Top