Tempat Makan Best di Sunway Velocity, Kuala Lumpur

Actually cerita ini sebelum Ramadan haritu lagi tapi disebabkan bulan Ramadan nak post cerita makan-makan macam kesian pulak dekat yang berpuasa. Pastu bulan Syawal pulak sibuk beraya takde masa aih nak bukak laptop haha alasan taknak kalah kan –.-

Korang yang singgah di Sunway Velocity atau kawasan sekitar, and tak tahu dekat mana nak makan, korang bolehlah cuba menjamu selera di Restoran Padi House. Untuk pengetahuan korang, Padi House ini dah bertapak di Malaysia lama dah. Branch diorang pun dah banyak almost setiap negeri ada. Di Putrajaya ada 1. Cyberjaya ada sampai 2 bijik kau. Dekat Sunway Velocity ini cawangan baru yang beroperasi hujung tahun lepas kalau tak silap.

tempat makan best sunway velocity

Menariknya di cawangan Sunway Velocity ini, ada set breakfast tau. Dekat cawangan lain memang tak jumpa lah. Aku datang sana waktu petang. So memang tak dapat nak merasa la set breakfast diorang.

padi house sunway velocity

Banyak gak menu yang sempat kitorang cuba di Padi House Sunway Velocity. Antaranya menu seperti dibawah. Sila tengok sambil jilat skrin ye kahkah.

nachos padi house

1st menu yang kitorang try, Cheese Nachos. Kalau mintak cheese lebih lagi kawww nie! =p



Actually macam-macam menu yang korang boleh pilih di Padi House. Ada pasta, masakan panas, western food, etc. So, pilih jela ikut tekak korang. Normally dekat kedai kalau order aglio olio dapat la sepinggan aglio olio. Tapi dekat sini depa buat improvement sikit dalam menu diorang. So jadilah Grilled Chicken Aglio Olio. \0/



Kalau korang suka masakan panas yang macam di kedai makan biasa, korang boleh order nasi goreng/mee goreng etc semua ada. Tapi kalau datang restoran macam nie takkan nak order nasi goreng kampung kan T_T. At least nak juga cuba menu yang tiada dekat kedai makan biasa.


Sempat juga try chicken chop & lamb chop diorang yang tak mengecewakan juga. Selaku penggemar kambing, aku highly recommended korang untuk mencuba Lamb Chop depa yang sangat lembut serious wa cakap sama lu. Biasa kalau macam lamb chop dekat kedai mesti daging dia liat nak mamxxx Allah menyesal pulak bayar mahal-mahal. Tapi Lamb Chop di Padi House ini aku suka lah. Lembut je. =D



Menu terakhir yang kitorang cuba, Chicken Chop with rice. Rasanya kalau order yang ini pun sudah cukup mengenyangkan sebab ada chicken chop, nasi, telur mata, popiah & coleslaw. But coleslaw depa tak boleh lawan lagi la yang KFC punya hiks. =D




So, dimana lokasi sebenar Padi House Sunway Velocity ya? Sebab kitorang sendiri pun melilau juga nak jumpa. Sengaja lah aku snap gambar dibawah dengan harapan korang boleh agak lokasi sebenar Padi House Sunway Velocity. Lokasinya bukan berada di dalam Sunway Velocity Mall tau tapi dibahagian luar.


lokasi padi house di sunway velocity

Gambar yang aku snap nie masa aku berada betul-betul di hadapan Padi House. For sure korang lagi advance daripada aku kot. Mesti jumpa punyalah. Hehe. Jangan lupa kalau datang Sunway Velocity singgah makan di Padi House okay guys!

Thanks. =D
1 Komen untuk "Tempat Makan Best di Sunway Velocity, Kuala Lumpur"

Apeni semua nampak sedap, terliur tengok. Hahah! Nanti nak try jugak lah makan sini pulak.

Back To Top