Delivery Kambing Perap (Marinated Lamb) Area Putrajaya

Cerita pasal kambing nie, teringat pulak dengan kambing-kambing mak aku kat kampung. Tapi nie bukan nak cerita pasal kambing yang dekat kampung tu, tapi kambing perap dari @rems_lamb.


delivery marinated lamb (kambing perap) Putrajaya


Baru-baru ini boss @rems_lamb delivery 1 bekas kambing perap seberat 1kg ke rumah aku. Thank you boss! Memang excited la as aku merupakan penggemar kambing. Harga kambing bukan murah tau. 1 set lamb chop pun dah sekitar RM 15 ringgit paling murah area Putrajaya nie. Itupun portion and rasanya  tak begitu memuaskan kau. Kau ingat aku mampu nak makan kambing selalu? Kopak weh haha. –.-


So dimana nak cari kambing perap yang sedap & murah?


delivery marinated lamb (kambing perap) Putrajaya


Memperkenalkan, @rems_lamb! As for me, @rems_lamb nie menepati selera aku. Perapan dia memang sedap & harga 1 kg kambing perap pun berpatutan. Korang beli 1kg, boleh lah dimakan bersama seisi keluarga. =P


kambing perap sedap di Putrajaya


Cara penyediaan kambing perap dari @rems_lamb

1. Jika beku, pastikan Rem’s marinated Lamb dinyahbekukan sekurang-kurangnya 1 jam sebelum dimasak.

2. Panaskan kuali dan grill Rem’s Marinated Lamb selama 10 – 15 minit.

3. Sedia untuk dihidang.


kambing perap sedap di Putrajaya


So, amacam? Senang je kan nak menyediakan kambing perap dari @rems_lamb nie. Aku grill dalam kuali ajaib je and make sure api slow untuk bagi daging empuk sekata.


dav


Korang yang nak try @rems_lamb, boleh follow instagram dibawah or whatsapp je 011-5664 4319.



Makan-Makan di K-Fry Urban Korean IOI City Mall, Putrajaya

Baru-baru ini keluar makan dengan ex-officemates di K-Fry Urban Korean, IOI City Mall. Kalau bab makan nie, memang susah sokmo nak decide katne nak makan. So aku follow jela diorang sampailah ke K-Fry Urban Korean nie haa.

K-FRY URBAN KOREAN IOI CITY MALL

Kami sampai sana around 11.15am macam tu. kedai still tak bukak but orang dah beratur panjang. Ayo! So, kami joinlah sama beratur. Pukul 11.30am baru kedai bukak.

Kfry urban korean ioi city Mall PUTRAJAYA

Tertanya-tanya juga kenapa ramai semacam orang nak makan dekat sini. Sedap sangat ke makanan yang diorang jual? Rupanya kedai ini pernah viral dengan menu masakan Korea diorang yang sedap & cara penyediaan yang lain daripada yang lain. So, apa yang lainnya tu? Lets check it out!

kfry urban korean IOI CITY MALL

Memang agak besar juga outlet K-Fry Urban Korean di IOI City Mall nie. Ada bahagian dalam & luar. Nanti diorang akan assist meja mana yang korang boleh duduk mengikut bilangan partner yang korang bawak.

menu popular di Kfry IOI City Mall

Ini antara menu yang terdapat di K-Fry Urban Korean. Paling famous mestilah menu K’fry Chicken Bumbuk nie. Dengar cerita, petang je dah habis dah menu nie. So, kalau korang nak try, boleh datang awal sikit la gamaknya.

menu popular di Kfry IOI City Mall

Antara menu yang kami order
  • Cheesy Bumbuk Spicy Yangnyeom
  • K’Fry Honey Butter Chicks
  • Strawberry Cheesecake Bingsoo
  • Plain Water (Free)
Kami tunggu makanan sampai almost setengah jam jugak maklumlah customer depa ramai teruk. Mujurlah tadi dah breakfast dulu dekat rumah. Kalau tak, mau ter-emosi maklumlah aku kalau tengah lapar, lagi-lagi sambil tunggu makanan sampai, boleh moody weh! kahkah.

Cheesy Bumbuk Spicy Yangnyeom

Akhirnya, sampai pun makanan kami. Masing-masing dah ready dengan handphone nak ambik gambar makanan. Bila staff depa tengok kami snap gambar makanan terus dia tanya, nak ambik gambar dulu ke sebelum dia serve makanan kami. Of course lah nak ambik gambar dulukan. Entah bila la plak boleh makan dekat sini haha. –.-

Dah settle ambil ambil gambar makanan, terus dia sambung buat keje. Menu Cheesy Bumbuk Spicy Yangnyeom nie diorang buat live depan korang. Ada dalam 12 ketul ayam, nanti depa tanya la nak buat semua or separuh dulu. Buat separuh jela dulu dik oi kita makan slow-slow. =D

KFRY Cheesy Bumbuk Spicy Yangnyeom

Inilah rupa Menu Cheesy Bumbuk Spicy Yangnyeom yang sangat popular di K-fry Urban Korean tu. Dah apa tunggu lagi jemput la rasa sikit sorang. Ayam pedas bersalut cheese yang terbaik pernah aku rasa sepanjang hayat aku kahkah. Over betul weh. Tapi serious memang sedap nyum nyum sangat pun. \0/

K’Fry Honey Butter Chicks

Ini pula K’Fry Honey Butter Chicks. Makan ayam je kali nie hehe. Best jugak ada rasa manis-manis madu. Since dah makan Cheesy Bumbuk tu berketul-ketul jugak, terpaksa tapau K’Fry Honey nie. Dah tak boleh nak habiskan dah.

KFRY MENU Strawberry Cheesecake Bingsoo

Semua dessert nampak sangat menyelerakan susah betul nak pilih. Untuk kali ini, kami order Strawberry Cheesecake Bingsoo nie haa. Next time boleh la cuba yang lain pulak. Tapi tak tahu lah bila next time aku tu. –.-

Semua menu diatas, kami makan bertiga tau. Portion pun besar memang sesuai untuk dimakan antara 3-4 orang macam tu especially Cheesy Bumbuk Spicy Yangnyeom tu. So, jangan tamak ye bila korang nak order makanan dekat sini.

sdr


Makan sambil berborak, rupanya almost 2 jam jugak kali lepak di K-Fry nie. Ok jom blah. Kita bagi peluang dekat customer depa yang duk beratur kat luar tu pulak. Panjang betul beratur tu. Sabar jela ampa semua nie kan bab makan memang semangat! =D

By the way, thank you so much awak yang belanja kitorang makan di K-Fry Urban Korean tu. Semoga dimurahkan rezeki sokmo. Ameen.

Produk C-Trimax Untuk Korang Yang Nak Kurus & Perut Buncit


Lately memang banyak produk untuk kurus sampai korang yang nak kurus dah tak tahu dah nak guna produk apa. Actually, sesetengah orang tak perlukan produk kurus pun untuk kuruskan badan. Cukuplah dengan menjaga makan & minum, membuat senaman terutamanya senaman kardio, amalkan gaya hidup sehat pun dah boleh membuatkan korang kurus.


Since kita rakyat Malaysia ini suka sangat makan and selalu diperkenalkan dengan makanan-makanan and tempat makan yang baru but malas untuk exercise, ko ingat senang ke nak kurus? No way guys! Jangan harap (haha apahal nie diri sendiri yang terasa =P)


Dengan ini, makanya wujudlah pelbagai produk nak kurus di pasaran antaranya produk terbaru ini yang aku pasti korang sendiri pun tak pernah dengar. Produk tersebut dinamakan Ctrimax. Ctrimax merupakan food supplement untuk mereka yang ingin kuruskan badan. Kandungan utamanya adalah daripada natural ingredient dari buah buahan iaitu buah Markisa, lemon, roselle dan grapefruit. So, korang yang malas exercise and tak jaga makan, but azam tahun ini nak kurus, tak buncit, and slim, korang disarankan cuba Ctrimax ini.


produk ctrimax malaysia Ctrimax diamalkan selepas korang mengambil breakfast


Golongan Yang Wajib Ambik C-Trimax


  • Orang yang gemar fast food
  • Suka makan lewat malam
  • Gemar minum air manis & bergas
  • Lepas makan terus tidur
  • Suka makan ayam bahagian paha & kepak
  • Orang yang tak boleh hidup tanpa nasi
  • Gemar tambah keju dalam makanan
  • Gemar lepak di cafe and order dessert
  • Suka makanan bergoreng, makanan berasaskan tepung macam goreng pisang, cucur, cekodok etc.
  • Mereka yang tak suka bersenam nak bersenam je tiba-tiba terbayang bantal & selimut pulak (macam aku T_T)


produk nak kurus ctrimax malaysia


Kebaikan C-Trimax


  • Boleh menurunkan berat badan korang
  • Boleh menghilangkan masalah buncit bagi korang yang perut dah kedepan (seperti saya –.-)
  • Membantu menghilangkan rasa lapar. So takde lah asyik teringat dekat makanan je kan
  • Produk lulus KKM.
  • Tidak menggunakan sebarang bahan campuran ubat ( KIMIA )


Testimoni Pengguna Ctrimax


Walaupun Ctrimax merupakan produk untuk kurus yang masih baru di pasaran, but dah ada testimoni yang agak memberangsangkan dari para pengguna.


ctrimax malaysia testimoni



testimoni ctrimax malaysia



A post shared by C-TRIMAX MALAYSIA (@ctrimaxhq) on


Ini baru sikit tau, nak tengok testimoni lain, korang boleh terjah sosial media diorang or contact jela diorang terus untuk mencuba sekotak Ctrimax nie. Untuk info yang lebih terperinci mengenai Ctrimax, korang boleh contact diorang melalui sosial media and whatsapp. =D



Instagram : https://www.instagram.com/ctrimaxhq/
Facebook : https://www.facebook.com/ctrimaxmalaysia/
Whatsapp : www.wasap.my/60143127146/Ctrimax


Sekian terima kasih. Selamat mencuba ye. Marilah kita pakat kurus dan hapuskan perut buncit sama-sama. \0/

Jalan-Jalan Tempat Menarik di Kedah & Perlis

Assalamualaikum guys.

Lamanya tak update blog sampai dah tak reti macam mana nak start nie hihi. By the way rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru untuk korang semua. Semoga tahun 2018 ini membawa kebahagiaan dan keredhaan-Nya. InshaAllah. Apa daa Apijol nie dah masuk February 2018 baru nak wish tahun baru –.-


Entri pertama untuk 2018, aku nak throwback balik cerita kitorang jalan-jalan di tempat menarik area Kedah & Perlis pada hujung tahun lepas. Maybe lepasnie akan ada lagi entry throwback 2017 memandangkan tahun lepas memang bersawang betul blog nie. Tak sampai 50 entry lah yang aku post. So harapan untuk tahun ini semoga rajin-rajinlah update blog at least 10 entry/month ke kan? (cepat ameen-kan ramai-ramai –.-)


TEMPAT MENARIK KEDAH DAN PERLIS 2017


Tahun lepas, aku berpeluang ke Kedah 2 kali. 1st masa majlis tunang Ammar & Mina. Then 2nd time masa majlis kahwin diorang. Diorang nie officemate aku. Dengan Ammar tu aku memang rapat sampaikan bila dia balik kerja lambat pun mak dia whatsapp aku tanya anak dia. Geng mengular pergi hisap rokok sekali, geng lunch, geng lepak mamak lepas balik kerja, geng main badminton, geng susah senang sama-sama, banyak lah kenangan dengan si Ammar nie.


Around bulan 10 macam tu dia dapat kerja dekat Petronas. Sedih gak lah sebab dia officemate yang paling aku rapat and at the same time, tumpang gembira dengan rezeki dia di Petronas. But nvmind lah. Everyone who’s in your life are meant to be in your journey, but not all of them are meant to stay till the end. Chewahhh.


dav


Ini masa majlis kahwin Ammar & Mina dekat Hotel Bustani. Buat Ammar & Mina, selamat menjalani kehidupan berumahtangga, semoga sentiasa bahagia dan dikurniakan cahaya mata yang soleh & solehah. Ameen. =D


majlis kawen di kedah


Alang-alang kami sampai di Utara, kami pun sempat la singgah ke tempat-tempat menarik di Kedah dan Perlis.


Kolam Air Panas Ulu Legong


Kami sampai di Kolam Air Panas Ulu Legong ni tengah malam. Dah booked homestay siap-siap sebab after berendam dalam kolam air panas, memang nak berehat dulu di homestay yang berdekatan sampai tengahari besok. Memang banyak homestay area situ. Harga pun berpatutan. Korang google je okay.


ulu legong hot spring kedah


Tengah malam pun ramai pengunjung dekat sini tau. Kebetulan malam tu juga hujan renyai-renyai sekejap lebat. Memang syok lah berendam. Ada peringkat kepanasan air bagi setiap kolam. Korang pilih la nak mandi dekat mana. Hampir 3 jam juga kami duk lepak berendam dekat sana woi!


Railway Lama Kampung Pegawai


Punyalah payah nak cari railway lama dekat Kampung Pegawai nie. Google punya google, then tanya penduduk setempat akhirnya jumpa juga. Takdelah besar benor railway-nya. Boleh lah sekadar nak bergambar kenang-kenangan or buat outdoor photoshoot ke dekat sini.


railway lama kampung pegawai kedah 2017


Ditepi railway ada laluan kecil untuk penunggang motosikal. Korang just boleh bergambar dekat laluan tu jela. Tak boleh masuk dalam sebab anda mungkin diperhatikan. Kami dah try nak masuk tapi once masuk je terus ada abang motosikal entah dari mana datang melarang kami masuk. Mungkin depa abang kawasan dekat situ yang prihatin dengan kami takut apa-apa terjadi sebab bawah tu ada sungai kan.


railway lama di kampung pegawai kedah


Marina, Kuala Kedah


Korang yang suka pergi pantai, jangan lupa singgah di pantai area Kuala Kedah. Boleh bergambar di Marina, Kuala Kedah. Cantik and unik sangat bangunan Marina.


marina kuala kedah tempat menari di kedah


Pantainya takdelah secantik pantai di Pantai Timur, but untuk merasa angin pantai and lepak-lepak area situ boleh lah.


pantai cantik di kedah


After bergambar, sempat singgah dekat kedai tepi jalan berdekatan situ. Boleh tahan jugak bihun sup dengan laksa dia. Makan bihun sup sambil menikmati angin pantai sepoi-sepoi bahasa. Syok wooo! 


Gunung Keriang


Buat kaki hiking or yang gemarkan aktiviti lasak, korang bolehlah hiking di Gunung Keriang. Actually kitorang takdelah hiking sampai ke puncak gunung pun. Just hiking sampai ke pondok atas sana melalui anak-anak tangga yang disediakan. Lebih kurang 10 minit macam tu dah sampai. Kalau yang real punya laluan hiking, maybe dalam sejam baru sampai kot.


gambar lelaki kacak gunung keriang di kedah


Ini pemandangan dari pondok di Gunung keriang. Dalam 10 minit hiking melalui anak tangga pun dah berjaya sampai sini. Okay la kan nampak lah juga pemandangan sawah padi menghijau.


dav


Pekan Rabu


Kalau nak beli ole-ole dari Kedah, korang boleh beli di Pekan Rabu. Banyak sangat produk makanan tempatan yang dijual di sini. Antaranya bahulu, dodol, ikan pekasam, and produk popular Thailand macam Megi Serda (sedap gak megi nie), pes tomyam etc.


PEKAN RABU KEDAHCredit Gambar : Holidaygogogo


Mee Sham Roti Doll


Selain jalan-jalan di tempat menarik sekitar Kedah, kami juga berpeluang terjah di tempat-tempat makan yang popular di Kedah. Antaranya Mee Sham Roti Doll nie haaa.


dav


But takde rezeki nak try roti doll sebab kitorang pergi dah tengahari. Kalau nak try roti doll kena datang pagi. Rojak mee dia memang terbaik!


dav


Laksa Teluk Kechai


Laksa Teluk Kechai pun memang agak popular di Kedah. Kedai paling famous dekat Zakaria Laksa Teluk Kechai. Customer dia memang agak ramai. Mujur ada meja kosong. \0/


laksa teluk kechai kedah


Penggemar laksa wajib try okay. Kami siap tapau bawak balik Putrajaya lagi sebab ada orang kirim. Hebat betul penangan laksa teluk kechai nie.


laksa teluk kechai di Kedah


Itulah sedikit sebanyak tempat menarik di Kedah yang sempat kami singgah pada tahun lepas. Alang-alang dekat Kedah, lajak teruslah ke Perlis. Jom kita tengok pula apa yang menarik di Perlis. =D


Lokasi Penggambaran Klip Video Kisah Hati


Kalau korang peminat Alyah & ada tengok klip video Kisah Hati, mesti korang perasan dalam klip video tu lokasi penggambarannya di Perlis. So, kitorang sempat lah singgah di salah satu lokasi penggambaran klip video itu iaitulah di dalam pokok buluh.


lokasi penggambaran kisah hati di Perlis


Takdelah besar sangat kawasan pokok buluh nie tapi bila masuk dalam agak lawa jugak ah. Sesuai untuk korang yang nak buat outdoor photoshoot ke apa kan. Masa kitorang nak blah pun ada 1 group anak muda yang datang bergambar di sini. Famous gak ah pokok buluh nie ye.


klip video alyah kisah hati


Gua Kelam


Ini second time aku ke Gua Kelam. Kali pertama masa zaman belajar dulu ada program jelajah universiti di Utara. Masa tu gua ditutup sebab tengah renovate. So, tak berpeluang menjelajah Gua Kelam. But kali ini Alhamdulillah merasalah masuk Gua Kelam. 


gambar di gua kelam perlis


Korang tak payah risau tentang keselamatan di dalam Gua Kelam sebab depa dah buat laluan inshaAllah selamat pergi dan balik. Once masuk, jalan je tau sampai penghujung gua sebab dipenghujung gua ada taman yang cantik nama taman tu Secret Garden. Boleh la bergambar dulu sekitar taman. Dah puas bergambar, baru patah balik masuk gua terus ke laluan masuk tadi.


gambar di gua kelam perlis


Padang Besar


Korang yang suka shopping pulak jangan lupa ke Padang Besar. Dekat sini ada produk makanan tempatan/Thailand, jersi, pakaian sukan, t-shirt, pakaian wanita, beg, macam-macam lah.


gambar jersi di padang besar perlis


Kawan-kawan aku kalau datang sini memang depa beli jersi jela. Memandangkan aku bukanlah jersi lovers, maka aku beli pakaian sukan jela. Semoga lepasnie aku semakin rajin jogging & swimming kalau tak sia-sia aku beli banyak-banyak. Korang kalau berkenan, jangan beli terus tau. Survey dulu harga dekat kedai lain. Aku beli baju kedai dekat bawah harga RM38 but dekat tingkat atas harganya RM28 je. Menyesal gila kot beza harga RM10. –.-


gambar makanan di padang besar perlis


Taman Eko Rimba Bukit Ayer (Air Terjun Bukit Ayer)


Jangan lupa singgah mandi di Air Terjun Bukit Ayer tau. Seriously memang best mandi manda di air terjun Taman Eko Rimba nie. Kami pergi sana waktu pagi. Pengunjung tak ramai maybe sebab pergi sana hari bekerja.


gambar air terjun bukit air perlis


Kalau taknak mandi dekat air terjun, boleh mandi di dalam kolam yang disediakan. Kolamnya takdelah dalam sangat pun. Paras dada aku je.


gambar air terjun bukit ayer perlis


Memang puas hati betul mandi di Air Terjun Bukit Air nie. Dah puas mandi dekat port air terjun, sambung mandi dalam kolam plak. Airnya sejuk segar rasa badan. So guys yang datang Perlis, jangan lupa datang sini bawa family & kawan-kawan okay.


gambar air terjun bukit air perlis


Jeti Kuala Perlis


Yang datang ke Perlis untuk jalan-jalan cari makan, korang wajib try makan seafood di Jeti Kuala Perlis. Jeti Kuala Perlis merupakan tempat makan yang popular di Perlis terutamanya bagi penggemar seafood. Banyak pilihan seafood antaranya ketam, sotong, kerang, etc.


mona ikan bakar kuala perlis


Korang boleh pilih nak makan dekat kedai mana. Kitorang makan di Mona Ikan Bakar since member kata sebelum ini dia pernah makan situ and makanan pun just nice.


mona ikan bakar kuala perlis


Antara menu yang kami order, ikan bakar & ikan stim halia (seekor ikan boleh masak 2 menu), kerang rebus, sotong celup tepung. Kami tak ambik ketam takut over budget nanti hehe.


mona ikan bakar kuala perlis


Overall makanan dekat Mona Ikan Bakar ini kata member tak sesedap dulu. Maybe tukang masak lain kot. As for me, makanan dia biasa-biasa saje. Ikan bakar tu bolehlah diberi pujian. Lauk lain hm. Service pulak agak slow. Almost setengah jam baru dapat makanan maybe customer depa ramai kot and pekerja yang kurang. Tak menang tangan melayan pelanggan. \0/


Laksa Kak Su


Kalau di Kedah ada Laksa Teluk Kechai, di Perlis depa ada Laksa Kak Su. Tak kurang hebatnya ye Laksa Kak Su nie. Pelanggan penuh satu kedai sampaikan takde tempat duduk. Kebetulan dekat luar hujan. Lagilah depa liat nak bangun dari kerusi kan. Tunggu punya tunggu Alhamdulillah ada juga meja kosong.


tempat makan best di perlis laksa kak su


Mana lagi best? Laksa Teluk Kechai ke Laksa Kak Su? Dua-dua ada rasa yang tersendiri. Bahan tambahan dalam laksa masing-masing pun berbeza. Dari segi kuah plak, Laksa Kak Su lagi pekat kuahnya. Korang kena cuba dua-dua baru tahu apa keistimewaan dua laksa yang popular nie sampaikan asyik penuh dengan pelanggan je kan. =D


tempat makan best di perlis laksa kak su


So, korang yang merancang untuk jalan-jalan di Kedah & Perlis, bolehlah singgah di tempat-tempat menarik di Kedah & Perlis yang aku senaraikan di atas ye. Jangan lupa singgah makan di tempat makan best dan popular di sana juga.