Hiking Bukit Batu Condong & Air Terjun Sofea Jane, Kemensah

Entry hiking lagi nampaknya hihi. Kali ini hiking di Bukit Batu Condong dan trekking di Air Terjun Sofea Jane, Kemensah pulak. Yang nak tengok view yang sangat cantik di puncak Bukit Batu Condong and di air terjun Sofea Jane, silalah baca entry nie sampai habis okay. Kalau taknak baca aku membebel pun, scroll jela sampai bawah. \0/

Hiking Bukit Batu Condong dan Air Terjun Sofea Jane



HIKING DI BUKIT BATU CONDONG TREKKING AIR TERJUN SOFEA JANE



Hiking di Bukit Batu Condong


Kitorang sampai di kaki Bukit Batu Condong around pukul 9.00am parking kereta tepi jalan pun kena bayar jugak hm. Tak ingat dah berapa harga parking pasal Fadil yang tolong bayarkan thanks Fadil. Dah tukar kasut and semua dah ready, terus hiking lah. Nak tunggu apa lagi. Orang lain ada yang dah nak balik. Kami baru nak start hiking. –.-

parking bukit batu condong


Ini antara trek hiking di Bukit Batu Condong.

lelaki hensem hiking



hiking di bukit batu condong


Ada trek yang kena memanjat menggunakan tali yang disediakan. 

lelaki hensem di bukit batu condong


Yang paling mencabar, sebelum nak sampai puncak. Dah macam buat wall climbing pulak dekat situ. Kena bergantung dekat tali yang disediakan dekat pokok tinggi yang berakar.

bukit batu condong yang mencabar


Bila dah settle panjat menggunakan tali dekat trek pokok berakar tu, baru boleh nampak view macam dalam dibawah ye. Anggaran masa hiking dari kaki bukit ke puncak sekitar 30 minit sahaja.

Puncak Bukit Batu Condong, Kemensah


Kami bertiga je berjaya sampai di puncak. Kak Shikin dengan Fadil dah menyerah diri dekat yang kena panjat menggunakan tali di pokok berakar tu. So diorang tunggu la kami dekat bawah je. Memang rugi lah diorang! Sebab view di puncak memang awesome gila. Kebetulan cuaca pada hari kejadian pulak memang cantik. =D

berjaya menawan bukit batu condong


Bergambar sakan la kami bertiga di puncak Bukit Batu Condong almost sejam lebih jugak la rasanya sampai diorang beberapa kali jugak call suruh turun sebab nak trekking ke Air Terjun Sofea Jane pulak lepasnie.

lelaki hensem di atas bukit


Di puncak ada jugak group lain dalam 3 4 group. Kena tunggu turn jugak nak bergambar and nak dapat angle yang paling terbaik. Terpaksa ringan mulut mintak tolong diorang ambilkan gambar kami bertiga. Kalau tak, selfie sajelah jawabnya. Konsepnya kena tolong menolong la. Korang ambik gambar kami, nanti kami pulak ambil gambar korang. =D

puncak bukit batu condong kemensah



gambar puncak bukit batu condong


Dah sakan bergambar almost sejam dipuncak bukit, baru kami bergerak turun dengan gembira.

puncak bukit batu condong


Kami tak turun ikut trek tali dekat pokok berakar tadi tapi trek sebelah dia. Situ mudah sikit nak turun katanya. Ada abang askar yang jaga. Sambil tunggu turn nak turun, sempat la selfie sekeping dua dulu and rest kejap dekat hammock abang askar.

hiking di bukit batu condong


Berbaju biru itu abang askar yang tolong kitorang turun dari puncak Bukit Batu Condong. Memang agak mencemaskan jugak trek nak turun nie tapi dengan pertolongan dari abang askar menggunakan tali yang disediakan, alhamdulillah semua berjaya turun dengan selamat. Kena percaya dengan tali katanya.

Trekking ke Air Terjun Sofea Jane


Bila semua dah selamat sampai dekat tempat parking kereta tadi, kami trekking pula ke Air Terjun Sofea Jane. Actually boleh je bawak kereta parking atas sikit di tempat ATV. Disebabkan kami tak tahu, so menapaklah kami ke tempat ATV. Dari tempat ATV, kena melalui laluan ATV untuk ke Air Terjun Sofea Jane.

laluan ke air terjun sofea jane


Sepanjang laluan nanti, korang akan jumpa group naik ATV, group berbasikal and ada juga yang trekking macam kitorang untuk ke air terjun. Firstime nak menjejaki Air Terjun Sofea Jane, memang agak buntu jugak lah sebab rasa macam dah trekking lama but bakpe yang tak sampai-sampai lagi nih.

dav


Bila jumpa je geng basikal, terus tanya diorang jauh lagi ke nak sampai. Kami mengaplikasikan kata pepatah malu bertanya sesat jalan dengan sebaik-baiknya. Masing-masing dah pancit, mujur dah beli siap-siap bekalan air dekat tapak ATV tadi.

Tiba-tiba dipertengahan jalan ada pulak abang naik moto duk mintak wang perlindungan apa ntah. RM2/head. Dah kena bayar RM10 lagi untuk 5 orang. Malas nak argue banyak-banyak dengan abang tu, bayar jelah. Katanya sepatutnya kena bayar dekat bawah sebelum start trekking. Tapi takde orang jaga dekat bawah macam itulah lebih kurang apa yang dia kabo. Eh, macam tu pulak dah. Lantak p la hang.

hutan di air terjun sofea jane kemensah


Akhirnya, jumpa jugak papan tanda ke Air Terjun Sofea Jane nie. Memang lega la bila dah jumpa papan tanda. Maksudnya mesti dah nak sampai kan. Rupanya banyak lagi air terjun dekat sana. Sofea Jane yang paling bawah. Air Terjun Maya Karin & Air Terjun Neelofa pun ada weh. Kau rasa? Dengar cerita diorang pernah datang buat shooting dekat sana. Itu yang diletaknya nama diorang. Lepasni boleh la ke air terjun Neelofa pulak. Mana tahu boleh jumpa Neelofa dekat sana ke hihi. =P

Berpandukan papan tanda yang disediakan, kami terus bergerak lagi beberapa meter ke depan. Akhirnya! Almost 1 jam jugak trekking, sampai jugak di Air Terjun Sofea Jane. Wow! Tak sia-sia berpenat-lelah, memang cantik air terjunnya.

air terjun sofea jane kemensah


Terus cari port yang baek sikit. Kebetulan tadi ada tapau nasi lemak. Pekena dulu nasi lemak kemudian baru mandi air terjun. Syok weh lama dah tak mandi air terjun. Sejuknya air terjun dekat sini lain macam.=D

cantiknya air terjun sofea jane kemensah


Memang syok boleh tadah kepala bawah air terjun macam nie. Bak kata orang putih, happiness is listening to a waterfall. =D

jejaka hensem di air terjun sofea jane


Kebetulan dekat port kitorang mandi tu ada 1 group hiking lain. So depa semua la yang duk ambil gambar kami. Memang bagus sangat depa semua. Siap offer nak ambil gambar sampai kitorang dah blur nak posing lagu mana lagi. –.-

berkelah di air terjun sofea jane


Almost 2 jam jugak kami mandi-manda & bersantai di Air Terjun Sofea Jane tu. Siap group abang yang ambil gambar kitorang tadi offer air nescafe o lagi. Sambil dengar diorang bercerita pengalaman hiking and ada sedikit slot suai kenal. –.-

Itu jela cerita hiking di Bukit Batu Condong and trekking di Air Terjun Sofea Jane kitorang. Overall memang puas hati dapat bergambar diatas puncak Bukit Batu Condong yang sangat lawa view-nya, and dapat mandi-manda di Air Terjun Sofea Jane yang sejuk je airnya.

Balik dari sana, singgah lunch dekat Nasi Lemak Royale, Ampang pulak. Bagus sangat la tu. Tadi dah bakar kalori, nie kita menternak balik kalori yang hilang. \0/

nasi lemak royale sedap ampang
16 Komen untuk "Hiking Bukit Batu Condong & Air Terjun Sofea Jane, Kemensah"

Dah seronok hiking terus ke air terjun perghh mesti best sangat. Segar mandi air terjun haha pun boleh la ekk air terjun siap ada nama artis. Jumpa Sofea Jane tak?

agak2 sbb apa nama tu sofea jane eh?
by the nice info ! just follow your blog :)
sudi2 jemput singgah my blog n follow :)

air terjun tu still dalam hutan batu chondong tu ke

Nak tanya, ada nak kena bayar pape ke sebelum pendakian?

Xpayah bayar just bayar parking je. :)

Air terjun bukan dlm bukit batu condong. Kena turun dulu. Then lalu dekat ATV

Maybe sbb sofea jane pernah buat shooting kat situ kot? Haha

Maybe sbb sofea jane pernah buat shooting kat situ kot? Haha

Salam Hafiz,saya nak Tanya berapa masa yg amek masa trekking air terjun sofea jane

Ambil masa berapa lama nak ke air terjun sofea jane tu? Berapa min?

Saya dah cerita dalam entry berapa lama nak ke sana. Cuba baca betul2.. thanks :D

how bout permit? berapa parking?

how bout permit? berapa parking?

Boleh share tak nak park kat atv mana? And trek mmg ada signboard ke?

Sy x sure la teacher. Rasanya atv boleh park masuk terus sampai ke dalam. Trek takde signboard

bro, sofea jane waterfall tak sama ke dgn batu asah waterfall ?

Back To Top