Percutian Ke Bandung, Indonesia–Day 2

Hari kedua di Bandung, bangun seawal 5.00 am. Dekat sana around pukul 4.00 am dah Subuh. Then pukul 6.00 am turun breakfast di Hotel Aston Braga. Pukul 6.00 am di sana macam 8.00 am di Malaysia. Dah cerah dah. Kenapa nak kena breakfast seawal 6.00 am? Sebab pukul 7.00 am kami akan bertolak ke Grafika Chikole Lembang untuk outdoor activities.

Sebelum bergerak ke Grafika Chikole Lembang, mohleh kita bergambar duluan. Sorry guys entri ini akan mengandungi banyak gambar kitorang. Ha’ah memang sengaja nak letak gambar banyak-banyak semoga korang semua jeles muahaha gelak jahat sikit.

jejaka kacak bergambar

Sempat bergambar sekitar kaki lima berhampiran Aston Braga. Thank you Abang Zaini my unofficial photographer merangkap roommate aku dekat sana yang sudi melayan kerenah aku yang suka bergambar nie. Yela bukan selalu boleh sampai sini kan. Nak la jugak mengabadikan gambar-gambar sekitar Bandung buat kenang-kenangan ekeke. =D

gambar di starbuck bandung

Dah bergambar sakan di kaki lima, kitorang pun naik bas and terus ke Grafika Cikole Lembang.

Grafika Cikole Lembang


Around sejam jugak perjalanan dari Aston Braga ke Grafika Cikole Lembang. Jalannya pulak ada yang berliku-liku, ada yang sempit. Nasib baik driver kitorang power betul. Dah sampai sana, kitorang terus bergerak ke tapak outdoor activities. Tak jauh pun kena menapak dari parking bas. Sejuk je udara dekat sini. Macam dekat Cameron Highland pun ada. Suhu around 20 darjah celcius.

gambar di grafika cikole lembang bandung

Di Grafika Cikole Lembang ada banyak chalet yang cantik and kelihatan beberapa kumpulan yang berkhemah. Nice juga tempatnya. Dikelilingi hutan pinus. Nak bergambar photoshoot wedding memang sesuai sangat buat dekat sini. Kalau ada yang nak sponsor, aku macam nak buat outdoor photoshoot wedding aku nanti dekat sini lah (haha).

grafika cikole lembang bandung

Nanti dekat sana akan ada person in charge yang akan lead outdoor activities korang dari awal sampai akhir. Around 2 jam jugak kitorang beraktiviti disini. Antara permainan yang kitorang main ialah ice breaking, semut dan gajah, cari pasangan, tupai dan pohon, bernyanyi dan konsentrasi, aktiviti berkumpulan and banyak lagi.

aktiviti di grafika cikole lembang

Almost permainan of course objektifnya untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Kalau pergi trip beramai-ramai, make sure korang datang sini tau. Details mengenai Grafika Cikole Lembang, kitorang boleh layari website diorang di grafikacikole.com atau follow official instagram diorang @officialgrafika. 

Floating Market Lembang


After having so much fun beraktiviti di Grafika Cikole, kitorang terus bergerak ke Floating Market yang jaraknya around 8km sahaja dari Grafika Cikole tadi. Jalan nak ke Floating Market agak sibuk jugak.

petunjuk di floating market bandung

Kami diberi masa sekejap je sight seeing di Floating Market. So, kena gunakan masa dengan sebaik mungkin explore segenap pelusuk Floating Market. Sampai sini tengahari. Panas litlit. Gambar pun banyak yang backlight.

floating market bandung

Main attraction dekat sini mestilah pasar terapung tradisional diorang macam dekat Bangkok tu. Pelbagai makanan tradisional yang korang boleh jumpa pasar terapung. Ada juga disediakan pelbagai permainan air seperti perahu air and kereta air. Kitorang just berjalan kaki menyelusuri laluan yang disediakan.

gambar di floating market bandung

Ini dia pasar terapung diorang yang menjual banyak sangat makanan tradisional sampai korang tak tahu nak beli apa. Nak beli makanan dekat sini, kena tukarkan dulu rupiah korang dengan token di kaunter yang disediakan. Jangan main redah je tau.

floating market bandung_1

Meja and kerusi makan pun turut disediakan di sini. Boleh la sambil makan sambil melihat gelagat warga tempatan berjual-beli.

suasana di floating market bandung

Antara hasil tangkapan kitorang di Floating Market.

makanan dijual di floating market bandung

Details mengenai tarikan and tiket masuk ke Floating Market Lembang, korang boleh layari website wisatalembangbandung.com.

Lunch di Dusun Bambu


After bergambar sakan di Floating Market Lembang, kitorang bergerak pula ke Dusun Bambu. Almost 1 jam perjalanan menempuhi jammed and keadaan jalan yang sempit, akhirnya sampai juga di Dusun Bambu. Agak ramai jugak pengunjung di sini. Kena beratur panjang jugak baru boleh masuk sana. Then perlu menapak around 500m.

restoran di dusun bambu bandung

Nampak tu muka aku dah lesu and kecapetan. Nasib baik makanan yang disajikan enak-enak belaka. Alhamdulillah. Memang highly recommend la kalau korang nak datang lunch dekat sini. Kitorang lunch di Burangrang Cafe.

lunch di dusun bambu bandung

Selain makanan yang enak, cuba teka apa lagi tarikan yang menarik dekat sini? Of course la pemandangannya yang berlatar belakangkan tasik yang cukup indah dan mempesonakan setiap mata yang memandang (ewah ayat aku nie kenapa gramatis sangat). Seriously memang sangat cantik pemandangan dekat sini. Bestnya kalau dapat stay sini sampai besok pagi. Tapi apakan daya haha.

pemandangan dari restoran dusun bambu

Tak cantik lagi ke macam nie wei?

pemandangan dusun bambu

Di Dusun Bambu juga terkenal dengan tempat makan yang menyerupai sangkar burung. Nama tempat makan tu Lutung Kasarung. Nak suasana romantis sikit, eloklah menjamu selera di dalam sangkar burung di Lutung Kasarung nie. Kitorang mai singgah sini sekadar nak bergambar jela sebab unik sangatlah tempat makan dalam sangkar burung tu. Tak pernah jumpa lagi. Nie 1stime haha.

gambar di dusun bambu bandung


bergambar di dusun bambu cantik

Tak pepasal aku pulak jadi photographer diorang nih. –.-

gambar cantik di dusun bambu bandung

Dah settle makan, solat and bergambar sekitar Dusun Bambu, masing-masing bergegas menuju ke bas. Tak boleh lama-lama dekat sini sebab nanti nak pergi Spa pulak.

sawah padi di dusun bambu bandung

Actually banyak sangat attraction di Dusun Bambu. Make sure masukkan tempat ini dalam itinerary korang kalau datang bercuti ke Bandung. Confirm tak menyesal walaupun kena menapak agak jauh jugak dari kaunter tiket. But tak perlu risau sebab ada transport yang akan membawa korang ke tempat yang nak dituju. Macam kitorang yang datang dengan rombongan nie for sure kena menapak ramai-ramai untuk menjimatkan masa. Details mengenai Dusun Bambu, korang boleh layari www.dusunbambu.com.

SPA Session di Roger’s Salon


Kemudian kitorang bergerak pula ke Roger’s Salon untuk sesi rawatan spa. Kitorang diberi 2 option samada nak buat facial treatment atau rawatan spa. Majoriti pilih nak buat spa. Aku buat facial sebab aku ingatkan after buat facial muka bolehlah jadi macam Randy Pangalila. Nak tahu berjaya atau tak? Kena baca sampai habis okey. =P

roger spa salon bandung

Disebabkan kitorang ramai, terpaksa dibahagikan kepada 2 group. Group 1 buat dulu. Sambil tunggu group 1 settle, group 2 dibenarkan bersiar-siar di kawasan berdekatan. Area situ ada banyak outlet shop so boleh la kalau nak shopping.

shopping di bandung


outlet best di bandung

Adidas Outlet pun ada.

adidas outlet bandung


outlet shopping di bandung

Sekarang tibalah masanya turn aku pulak buat facial treatment. So far, facial di Roger’s Spa Bandung ini yang paling ngeri sepanjang hidup aku. Buat PRP Treatment pun tak ngeri macam buat facial muka di Roger’s Spa tau dak. Nampaknya aku telah tersilap percaturan. Sepatutnya aku buat rawatan spa nie. \0/

rawatan facial di bandung

Yang buat facial aku tu cun jugak. Dewi nama dia. Habis dipicitnya jerawat aku. Eh silap. Bukan jerawat je, blackheads whiteheads semualah dia picit. Sampai bercucuran air mata aku keluar LOL. Tobat dah this is my first and last aku buat facial treatment dekat Bandung (haha).

rawatan facial di bandung roger spa

Facial dia bukan sekejap tau. Boleh tahan lama jugak. Aku duk tanya si Dewi sampai 2 3 kali kot bila nak habis wahaha. Bentar ya bentar ya tu jela yang Dewi reti jawab. Dahlah si Dewi nie sepatah aku tanya, sepatah yang dia jawab. Apa dia ingat aku tak reti kecek Indonesia ke? –.-

Akhirnya setelah agak lama bergelut dengan kesakitan, dengar jugak perkataan ya udah siap dari mulut si Dewi. Fuh, tarik nafas panjang. Lega weh. Sebelum keluar facial room, haruslah bergambar dulu dengan si Dewi ini. Cantik kan dia? Apijol pun tampak semakin handsome pulak after menjalani facial treatment. eh. =D

rawatan facial roger spa bandung

Bye Dewi. Lepasnie kita tak jumpa dah okey. Cukuplah sekali nie je. haha.

Dinner di Roger’s Cafe & Lounge


After masing-masing dah menjalani rawatan, kitorang pun berkumpul di Roger’s Cafe & Lounge untuk malam malam. Sambil makan malam, dihiburkan pulak dengan show karaoke dari officemates. Tak sangka ramai yang bersuara emas rupanya. Masing-masing tunjuk bakat menyanyi tak boleh jadi nie. Maka aku pula telah berjaya merosakkan lagu Permaidani dengan jayanya. Syabas Apijol kahkah.

karaoke di roger spa bandung

Dah settle makan malam, dah seronok buat rawatan spa, kitorang pun bertolak pulang ke hotel. Penat sangat wei. Balik terus mandi and then tido. Nanti Day-3 di Bandung, nak cerita pasal tempat-tempat shopping best di Bandung pulak. Stay tuned tau. Tak bulan depan, tahun depan T_T.
2 Komen untuk "Percutian Ke Bandung, Indonesia–Day 2"

Back To Top