Jom Check In di Hotel Port Dickson !

Dah lama tak jalan-jalan di Port Dickson. Last pergi PD pada akhir tahun lepas. Camping 2 hari 1 malam di Pantai Purnama. Memang syok giler camping di Pantai Purnama. Highly recommend. Kalau korang rajin, silalah godek blog aku. Ada je aku tulis pasal camping tu. Meh nak throwback sikit gambar jejaka kacak mandi manda di Pantai Purnama. Eh.=P  

 

jejaka kacak mandi pantai

 

Tahun ini ada plan jugak nak jalan-jalan di Port Dickson. Kalau tahun lepas dah merasa pengalaman camping dekat PD, tahun ini maybe nak bermalam 2 hari 1 malam di hotel area Port Dickson. Dapat hotel yang betul-betul mengadap pantai syoknya weh. Kalau hotel betul-betul di gigi pantai which is bila kau buka pintu bilik terus bawah tu air laut macam Chalet Lexis Port Dickson pun SYOK jugak kan! Bukak pintu bilik terus terjun laut kahkah. *berangan kejap*

 


Kredit Gambar

 

Tapi apakan daya, ukur baju di badan sendiri kata orang kan. Apijol mampu skodeng jela pemandangan maha cantik di Lexis Port Dickson sana. Sadisnya T_T. Semoga ada rezeki untuk menginap di Lexis Port Dickson hoho.

 

Setakat budget around RM250 tu aku mampu la nak. Meh kita skodeng dekat mana hotel Port Dickson yang murah dah selesa. Kat mana aku skodeng hotel murah & selesa di Port Dickson? Kat mana lagi kalau bukan di website https://www.traveloka.com/en-my/ . Memang mudah sangat nak buat carian hotel yang murah dan selesa dekat traveloka tu tau! Website yang user friendly.

 

Survey punya survey senarai hotel di Port Dickson tertarik pulak dengan Ancasa Hotel Port Dickson nie. Harga memang dalam lingkungan bajet aku iaitu around RM227.66 sahaja.

 

ancasa hotel port dickson Ancasa Hotel Port Dickson

 

Ancasa Hotel Port Dickson style apartment ada kitchen pastu meja makan dengan peti ais lagi. Bagus buat separate macam nie nanti takdelah aku makan atas katil kan. Maklumlah mulut nak mengunyah je sejak berazam nak tambah berat badan nie –.-

 

Antara ciri bilik standard di Ancasa Hotel Port Dickson ialah, terdapat balkoni boleh view garden. Dengan rating 8.2/10 di website traveloka, sudah cukup membuktikan yang hotel ini merupakan hotel selesa pilihan ramai dengan harga yang berpatutan. Dah survey jugak review pelanggan Ancasa hotel di traveloka. Rata-rata memberikan feedback positif. Setakat 2 3 ketul negative feedback yang small matter tu kita tutup mata jela awak.

 

For me, dengan harga budget macam nie, tak bolehla nak expect semuanya perfect. Bilik yang agak-agak luas & selesa, ada aircond yang sejuk & nyaman, tilam & bantal yang empuk, selimut yang wangi bau Downy (kahkah), bilik air yang selesa and tak tersumbat pun sudah cukup bagi aku. Kalau takde semua yang aku senaraikan ini, memang siaplah korang haha.

 

Antara kemudahan lain yang disediakan di Ancasa ialah Spa, gym, swimming pool, karaoke room & banyak lagi yang pasti memberi kepuasan kepada korang semua apabila bercuti. Excited ke tidak nak check in di Ancasa? Aku dah terlebih excited dah nie. Dah target nak pergi spa, mandi kolam and karaoke puas-puas dekat sana. Yeay!   

 

ancasa hotel port dickson-1

 

Semoga angan-angan untuk check in di Port Dickson menjadi kenyataan. 2 hari 1 malam pun dah cukup. Tak dapat check in di Lexis Port Dickson, kita check in di Ancasa pun dah cukup. Yang penting boleh mandi pantai sampai biru bibir aku. Baru puas hati aku \0/.

5 comments:

  1. Replies
    1. Sungguh? sian ke mung haha. g la book Lexis nung T_T

      Delete
  2. Grand Lexis memang best! Rindu nak ke sana lagi.. ;)

    ReplyDelete
  3. hotel2 yg kat tepi pantai mmg best. kalau kat penang area batu feringghi tu bercambah..

    ReplyDelete