Kisah Raya Aildilfitri 2016 #TeamRayaGanu

Dah nak habis Syawal baru gatal nak update pasal hari raya kan haha. Fuh, semoga semangat berblogging akan pulih seperti biasa setelah entri raya ini dipublish. \0/

 

Haritu punyalah susah boss nak approve cuti raya aku. Kena cari backup dulu baru boleh approve katanya. Hm. Tqsm to Abang Nizam sebab sudi backup kita. Walaupun nampaklah kemain lagi dia duk tarik muka dengan aku kan. Kita hulur salam pun dia tak sudi nak sambut weh. Sentap hati kita Abang Nizam oii haha. Nie cemana la raya tahun depan nie. Harap tahun depan boleh balik beraya lama sikit. Dua minggu ke kan –.-

 

Bertolak balik kampung pada 1 Julai. Sempat la berpuasa dekat kampung 4 hari. Dapat berbuka puasa dengan bubur lambuk mak yang paling sedap di dunia itu. Telan air liur bila teringat akan bubur lambuk mak T_T. Sempat juga moreh dengan geng The 90’s kat kampung dekat Uptown Kontena. =D

 

uptown kontena raya

 

Raya Pertama

 

Raya tahun ini Abang Ngah and family tak balik beraya kat kampung pasal ada baby Amirul yang almost 3 months. Ini anak buah ke-22. Semua sekali dah 22 orang woi. Meriah betul kan anak-anak buah Pokjoe. Anak Abang Ngah pun dah 8 orang. Kalau tahun ini semua balik memang full house la rumah Tok dengan anak-anak buah je weh. Budget duit raya tahun nie untuk anak-anak buah and sedara terdekat je. Sorry adik yang datang beraya rumah tu. Takde duit raya untuk korang. Tahun depan cuba lagi okey hihi.

 

apijol beraya_6

 

Raya pertama memang wajib bergambar ramai-ramai dengan family. Sebelum beraya dengan sedara mara & jiran terdekat, bergambar dululah kan. Setahun sekali je beb boleh bergambar ramai-ramai macam nie. Itupun ada lagi yang tak masuk dalam gambar. Ayah mana ayah? T_T

 

apijol beraya_5

 

Selain baby Amirul Abang Ngah, ada lagi sorang penambahan ahli baru dalam family kitorang iaitu Daniel anaknya Jaja. Baru 6 bulan but pandai sangat budaknya. Semoga membesar dengan sihat dan kuat ye Daniel comel lote handsome macam Pokjoe ye bila besar nanti haha. Nanti bulan Ogos kita jumpa ok tak sabar nak gomol pipi awak.

 

apijol beraya_4

 

Petang raya pertama sempat beraya rumah Syaz and Ferra. Pukul 8pm balik rumah then bersiap pulak beraya ke rumah Mekna. Almost 12 tengah malam baru balik rumah kot. Mujur Mak Cik Saloma tak halau balik tadi ekeke. Memang every year kitorang akan serang rumah Mekna pada malam raya pertama. Menu wajib mestilah bihun goreng air tangan Mekna. \0/

 

apijol beraya_3

 

Raya Kedua

 

Raya kedua beraya rumah sedara mara yang jauh sikit. Antara sedara yang paling aku excited nak jumpa mestilah Si Eddy nie ha. Sepupu yang paling rapat. Tahun nie Eddy dah ada baby Aiman. Lagi excited la nak jumpa diorang kan. Kalau datang beraya rumah Eddy, memang takde soalan lain yang umi tanya.

 

“mung bila lagi?”

“15 Julai ni. Tp tahun tak tahu lagi bila HAHAHA” *muka confident tu penting LOL

 

apijol beraya_8

 

Pandai si Aiman nie selfie tengok kamera. Kagum la Abang Joe (izikan Pokjoe perasan muda) wahaha.

 

Raya Ketiga

 

Raya ketiga serbu rumah Konie and Saf. Mengidam sangat nak makan mee kari air tangan mak Konie. Last makan raya tahun lepas kot haha. Semoga tahun depan dapat makan lagi mee kari mak Konie. –.-

 

apijol beraya_9

 

Ini pulak beraya rumah Saf. Sekarang trend orang bergambar tutup mulut ke ape? So, kami pun nak bergambar tutup mulut jugak la. =P

 

apijol beraya

 

Tahniah buat Nadia Saf yang bertunang pada hari kejadian. Semoga dipermudahkan urusan kahwin pulak lepas nie. In sha Allah. Gambar bawah nie bukan Nadia tau. Ini adik bongsu Saf. Tak berani la kita nak bergambar dengan tunang orang =p

 

apijol beraya_11

 

Raya Keempat

 

Raya Keempat beraya dalam kereta je. Kitorang bertolak balik ke Putrajaya seawal 8.30 am and sampai Putrajaya around 3.30 pm. Alhamdulillah. Selamat pergi & balik. But, seriously macam sekejap sangat kot seminggu balik kampung. Sempat beraya dekat kampung sampai raya ketiga je. Banyak lagi rumah member and cikgu-cikgu sekolah yang tak sempat pergi. sorry sangat semua. Panjang umur kita jumpa lagi. T_T

 

Di kesempatan ini, aku selaku pemilik www.hafizhafizol.my ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin buat semua pembaca, rakan-rakan rapat, sahabat handai, clients dan semualah yang mengenali diri ini. Mintak diampunkan segala salah & silap samada secara sedar atau tidak. =D

 

Lagi gambar raya aku, korang boleh tengok di https://www.instagram.com/hafiz_hafizol/. Sila follow sekali okey. Kang letak banyak-banyak gambar raya dekat sini ada yang berdarah hidung pulak haha.

9 Komen untuk "Kisah Raya Aildilfitri 2016 #TeamRayaGanu"

Ingat ada story kena paksa kacau dodol ke, sekang mata bakar lemang. Haha

Selamat hari raya pijoi. ^^

hamboiii sangat entri raya dia...ni dah panjang macam ni gamaknya lepas raya pun belum tentu ada entry baru neh *smirking*

LOL! SELAMAT HARI RAYA oiii!

meriahnya....Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.....meriahnya raya....

Meriahnya raya pijol, nak duit raya please.hahaha.. Selamat Hari Raya!

syokkknya lahaiii...slmt hari raya korang...

Org ganung kitew ke? Nati taung depang kite jupe beraye yer

Back To Top