Percutian Ke Penang Day 2-ATV Eco Tour Penang

Assalamualaikum,

 

Hari kedua di Penang kitorang ke ATV Eco Tour, Balik Pulau. Sebelum ke ATV Eco Tour pekena dulu Nasi 7 Benua. 4 bintang Apijol bagi untuk Nasi 7 Benua. Sedap! Kalau datang Penang, silalah terjah okey. Bila perut dah kenyang maka bermulalah perjalanan kitorang ke Balik Pulau. Muka excited masing-masing nak naik ATV. \0/

 

Around 3.00 petang sampailah ke destinasi yang dituju berpandukan google maps. Itupun tersesat masuk kampung mana ntah haha. Maafkan saya. Kita bukan orang Penang. Sebelum datang sini, ada la pm owner dia dekat Facebook cakap nak booking pagi pukul 9.00 pagi. Sekali datang pukul 3.00 petang. Janji Melayu sangat nie. Pukul 9.00 pagi kitorang tengah mimpi lagi letih la konon semalam layan escape adventure.

 

Mujur belum ada orang sewa ATV lagi. Kitorang je kot customer pada petang tu. Sewa 3 ATV. Amir naik sorang. Aku dengan Ferra. Kiroh dengan Nida. 1 ATV RM80. Kalau naik berdua, orang yang ride bayar RM80. Yang duduk belakang bayar half. Jangan risau kalau korang tak reti ride ATV okey sebab kitorang semua pun firstime. Nanti Abang ATV (tak tahu nama apa hehe) akan ajar step by step.

 

So, here we go! Excitednya guys!! \0/

 

ATV Tour Penang_6

 

Laluan bermula di sawah bendang. Tapi sayang sawah bendang tak menghijau. Kalau tengah menghijau atau menguning mesti pemandangan lagi cantik. Kitorang follow Abang ATV dari belakang. Abang ATV nie dah expert sangat bawak ATV siap tinggalkan kitorang 1km ke belakang LOL atau kitorang yang bawak ATV slow macam siput kot –.-

 

Kalau nak bergambar, boleh stop okey. Kang Abang ATV pun stop sama sampailah korang siap bergambar. Terbaik Abang ATV. Sanggup layan kerenah gila bergambar kitorang nie. Kalau boleh setiap km nak bergambar KAHKAH =D

 

ATV Tour Penang_4

 

Tengah syok bawak ATV sekali terbabas masuk sawah bendang. Cuak beb. Mujur ATV tak terbalik kalau tak mandi lumpur la aku dengan Ferra. Aku pun tak tahu kenapa aku terbabas. Tiba-tiba tangan aku jadi kaku ikut je ATV tu bawak masuk sawah bendang haha. Lama jugak stuck dekat sawah bendang. Sorry Abang ATV =D

 

ATV Tour Penang_5

 

Bila abang ATV tanya siapa nak tolong tarik ATV? Kiroh laju je volunteer diri sendiri. Maka terjadilah adegan seperti gambar dibawah. Boleh tahan ganas si Kiroh nie. Kiroh still single ye. Dekat luar nampak ganas tapi bila bercakap lembut je (sesi promote member) \0/

 

ATV Tour Penang_3

 

Hikmah ATV masuk bendang : Boleh bergambar banyak-banyak dekat sawah bendang sambil tunggu ATV berjaya diselamatkan.

 

ATV Tour Penang_2

 

After kejadian ATV terbabas, Ferra pulak bawak ATV. Aku duduk belakang. Konon trauma lah. Best Ferra bawak ATV. Gaya macam dah pro kot.

 

ATV Tour Penang_1

 

Sepanjang perjalanan, korang akan melalui sawah bendang, dusun buahan-buahan, kolam ikan, masuk atas jalan raya sikit, melaui hutan paya bakau dan pantai. Gambar bawah ini kitorang singgah bergambar sekejap dekat hutan paya bakau. Then meneruskan perjalanan ke Pantai Malindo.

 

Di Pantai Malindo, Abang ATV benarkan kitorang berehat sekejap sambil minum petang. Ada gerai-gerai kecil menjual minuman and makanan dekat sana. Takde pulak gambar di Pantai Malindo. Maybe masing-masing dah penat and dahaga sampai lupa nak bergambar kot. Selesai makan, kitorang pun berpatah balik.

 

ATV Tour Penang_8

 

Around pukul 5.00 petang jugak baru sampai ke garisan penamat haha. Almost 2 jam jugak ride ATV dibawah terik cahaya matahari. Penat jugak (padahal aku duduk belakang je pun =p) but memang seronok and puas hati. Abang ATV please tambah lagi 1 jam!

 

ATV Tour Penang_7

 

Details mengenai ATV Eco Tour Penang korang boleh ke fanpage diorang, Penang ATV Eco Tour Balik Pulau. Nak tengok video kitorang bawak ATV Eco Tour, boleh tengok di instagram @hafiz_hafizol okey!

 

Credit pictures : Saf 

6 Komen untuk "Percutian Ke Penang Day 2-ATV Eco Tour Penang"

orang Penang pun tak sampai lagi.. jeles !

Salam singgah sini... .wahh...bestnya....

Silalah pergi sana ye hehe

Hello, this weekend is good for me, since this time i am reading this enormous informative article here at my home. warn atv winch reviews

Back To Top