Uptown Kontena Dapo Pata-Tempat Makan Hipster Tepi Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu

Sebelum ini aku ada cerita mengenai pengalaman mandi di Pantai Tok Jembal. Kalini nak berkongsi pulak dengan korang semua mengenai 1 tarikan terbaru yang terdapat di Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu. Tarikan tersebut tak lain tak bukan iaitu Uptown Kontena Dapo Pata, satu tempat makan hipster pesisir pantai pertama di Malaysia. 


Uptown Kontena Dapo Pata di K.Terengganu


Memandangkan sekarang Uptown Kontena ini tengah viral di laman sosial facebook & twitter, so berduyun-duyunlah orang datang ke sana. Apijol & rakan-rakan pun tak terkecuali. Excited kemain masing-masing nak ke Uptown Kontena. Dah 2 hari berturut-turut datang lepak sini kahkah \0/

 

uptown kontena dapo pata

 

 

dapo pata kuala terengganu

 

 

Memandangkan Uptown Kontena Dapo Pata ini baru lagi dibuka, kalau tak silap hari Sabtu lepas, so jangan expect semua yang terdapat dekat sana sudah perfect okey. Bila sampai dekat sana, macam kagum jugak dengan usaha-usaha diorang mewujudkan tempat makan hispter yang bagi aku lain daripada yang lain ini. Konsep makan terbuka & tempat penyediaan makan je dalam kontena. Bukan kau pun turut makan dalam kontena sekali ye. And setiap kedai dekat sana mengamalkan konsep layan diri. =D

 

 

dapo pata_uptown kontena

 

As for now, sudah ada lebih kurang 10 kontena yang sudah dibuka. Masing-masing menjual lain-lain makanan. So, korang boleh pilih nak makan apa. One for the kontena dekat sana ada tempat makan atas kontena which is paling orang suka pilih tempat tu. 


Haritu kitorang hajatnya nak pilih tempat atas kontena tapi dah penuh. Tempat dekat bawah pun macam almost full jugak. Kena tunggu kejap baru ada tempat kosong. Mungkin kalau korang nak datang sana, kena datang awal sikit. Around 5.00 petang should be okey dah. Kitorang haritu pergi sana almost pukul 7.00 petang. And ada kedai yang dah rehat Maghrib kejap.

 

uptown kontena dapo pata

 

 

uptown kontena dapo pata

 

Pelbagai Pilihan Makanan di Uptown Kontena

 

Kalau korang nak datang ke sini, make sure bawa cash siap-siap & bawa banyak sikit okey. Confirm nanti korang nak rasa segala makanan yang ada kan. Makan 1 jenis makanan je mana cukup beb sebab portion pun comel-comel je semua but harga still reasonable lah. So far, Apijol & kawan-kawan dah merasa almost makanan yang dijual disana. Power betul kan. Kata nak support local product kan? hehe =P

 

Antara makanan yang dijual di sana ialah

 

  • Churros
  • Waffle
  • Nasi Lemak
  • Sizzling
  • Nugget & Fries
  • Lempeng
  • Takoyaki
  • Meatball
  • Popia Goreng
  • Soto, nasi air etc
  • Waffle
  • Kebab
  • Coffee

 

Makanan dekat sana sedap ke tak? Nak kata sedap sangat siap aku repeat order tu takdelah. Boleh bagi rate 3/5 untuk setiap makanan dekat sana. Tapi ada jugak yang rate 4/5 macam Churros dia best. Lembut gebu betul makan panas-panas. Vanilla Chocolate yang aku beli pun sedap jugak. 


Paling win, dia punya dekorasi kedai untuk setiap kontena yang berkonsep hipster itu. Rasanya semua pengunjung dekat sana suka lah. Boleh nampak la masing-masing sibuk duk bergarmbar & selfie lagi daripada menikmati makanan. –.- Boleh bagi 5 bintang la untuk dekorasi kedai diorang. Lagi-lagi bila waktu malam. Diorang pasang lampu kan. Cantik sangat awak \0/ 

 

meatball uptown kontena dapo pata

 

 

Dari segi services, mungkin boleh diperbaiki lagi. Haritu kami order 1 makanan nie (nama makanan dirahsiakan), tunggu dekat 1 jam jugak kot baru makanan siap. Mujur kami jenis cool & penyabar orangnya sebab fahamlah kan kedai baru, peralatan buat tak banyak sangat, tengah viral pulak tu, confirm ramai customers. 


Sambil bergambar, sambil tunggu makanan siap. Tapi ada sorang abang tu kesian betul, maybe lama dia tunggu, dia tanya orang kedai dah siap ke makanan dia? Orang kedai boleh tanya dia balik ada order ke tadi? order apa ya? (haha nasib kau tak baik harini bang).

 

 

 

coffee uptown kontena dapo pata

 

 

Apijol pun kena jugak, order makanan (makanan apa kena rahsia LOL), then dia mintak la nama untuk catatan diorang. Aku pun pergi la bergambar dulu tepi pantai gelak-gelak dengan member. Around 20 minit macam tu, aku datang balik kedai dia tanya order aku dah siap belum? Eh boleh pulak dia kata terbagi dekat orang lain. Saya ingat awak dah taknak katanya. Sobsob sakit hati kita haha. Ooo, One more thing, maybe bekas makanan customers yang dah siap makan tu, boleh collect cepat-cepat kot. Takdelah nampak berselerak and berlonggok atas meja and kerusi. Sakit hati pulak kita tengok.

 

 

uptown kontena dapo pata

 

 

uptown kontena dapo pata

 

Mujur dekat kampung ada geng food hunting yang kaki makan. So, senanglah nak food hunting takdelah nampak forever alone sangat pergi Dapo Pata sorang-sorang. Cakap pasal forever alone, kalau korang datang Dapo Pata sorang-sorang lah kan, bagi la chance dekat orang lain yang datang dengan keluarga duduk meja besar.

 

Nak cakap yang dekat sini, tempat duduk memang agak limited. So, dah habis makan, pandai-pandailah blah cepat sebab ramai lagi  orang yang baru sampai tapi belum dapat tempat duduk. Boleh sambung sembang tepi pantai pulak ye (eh Apijol macam kata ke diri sendiri pulak, dahlah lepak dekat sana sampai malam haha). Yela tempat best terus rasa berat punggung semua kan. Dah rasa macam sedang dinner dekat pulau pun hado. –.-

 

 

uptown kontena kuala terengganu_1

 

 

Bekas makanan & minuman pakai buang yang dah habis isinya tu, mohon kerjasama buang dalam tong sampah yang disediakan okey. Tempat itu dahlah tepi pantai, sekali angin pantai tiup bekas makanan, habis berterabur. Habis bersepah tempat itu. Sama-sama menjaga persekitaran dan kebersihan Uptown Kontena okey. 


Dekat sana ada disediakan tong sampah kot. Maybe tong sampah dekat sana boleh ditambah lagi bilangannya supaya orang ramai lebih rajin membuang sampai ke dalam tong sampah yang disediakan. Ok lah malas nak membebel sebab macam aku membebel dekat diri sendiri pulak kahkah.

 


dapo pata uptown kontena

 

Info Lanjut Mengenai Uptown Kontena

 

  • Toilet Disediakan.
  • Surau juga Disediakan (tapi belum siap sepenuhnya).
  • Make sure parking dekat tempat yang selamat okey. Dua kali aku pergi sana, dua kali aku nampak kereta pengunjung stuck dalam pasir. Siap dia mintak tolong kitorang tolak kereta dia haa. Mujur Apijol kuat orang nya lol.
  • Still banyak kontena yang belum beroperasi. Maybe bila semua sekali beroperasi, lagi banyak pilihan makanan dekat sana kot! Wah tazabarnya. Harap-harap lepasnie ada western food & makanan panas pulak ke haha.

 

uptown kontena dapo pata waktu malam

 

Korang yang datang makan angin di Terengganu, jangan lupa singgah juga di Uptown Kontena okey!

 

Untuk mengikuti perkembangan aktiviti, makanan yang dijual atau apa-apa saja mengenai Uptown Kontena, korang boleh follow laman sosial diorang. Khabarnya diorang sedang mencari mereka yang mempunyai bakat dalam street performer, musician, pelukis, pemain api, pemain ular, magician, balloon artist etc. Pergi la cuba nasib kalau anda berbakat!

 

Facebook :

https://www.facebook.com/UptownKontena

 

Instagram :

https://www.instagram.com/uptownkontena/

 

 

Kredit gambar : Saf & Syera.

16 Komen untuk "Uptown Kontena Dapo Pata-Tempat Makan Hipster Tepi Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu"

makin kreatif dan hipster rakyat msia skrg. huhu. bangga pulak ada darah ganu. huhu

Macam menarik jer nih.... Tapi tulah jauh sangat untuk akak pergi...

Bestnya..kan bagus ade buat dekat sini

Lawa tempatnya pijol..mmg ptt la viral... Nt blh bwak zaza pulak jln sama okeyyy

Dah pegi uptown kontena belum nie? hehe

Nanti nak pegi bawa aku sekali haha

Mari bercuti ke Terengganu kak :)

Mai la Din. Nati roger-roger laa

Boleh je Zaza.. Datang la sini

Memang kena g makan lah pasni...

Mahal x hrga mknan dkt situ??

cantiknyaa view tempat tu. sambil makan sambil layan perasaan and amek gambo

lokasi detail.. nk g mggu depan nie... hehe

i pernah gi tempat niey. Mmg unik dan menarik sgt. Best. :D
p/s : blogwalking sambil klik iklan + follow blog niey sekali. hehe.

Macam-macam lagi rupanya tempat makan menarik kat terengganu ni.. kena try ni

Back To Top