Mudahnya Membayar Zakat dengan Pusat Pungutan Zakat (PPZ)-MAIWP

Tengah ralik duk godek website Pusat Pungutan Zakat tiba-tiba member tegur sesuatu yang tidak sedap didengar mengenai Pusat Pungutan Zakat. Rupanya masih ramai yang belum mengetahui dengan mendalam mengenai fungsi PPZ dalam melancarkan urusan zakat. Mari nak cerita sikit mengenai PPZ.

 

“Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah”

 

Penubuhan PPZ

 

Cadangan untuk melaksanakan penubuhan satu agensi yang dipanggil Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dikemukakan kepada Pengerusi majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Tan Sri Dr. Yusof Noor. Tujuan penubuhan institusi ini adalah untuk mewujudkan pengurusan berbentuk korporat untuk mengendalikan usaha pungutan zakat bagi Baitulmal Wilayah Persekutuan. PPZ-MAIWP adalah agensi yang ditubuhkan oleh MAIWP. PPZ-MAIWP mula beroperasi pada 1 Januari 1991 dan bertujuan mengutip semua jenis zakat harta.

 

 

daftar zakat online

 

 

Objektif Penubuhan PPZ-MAIWP

 

1. Meningkatkan Pungutan Zakat

2. Memudahkan Pembayaran Zakat

3. Mendidik masyarakat islam tentang tanggungjawab berzakat

4. Memperkenalkan sistem pungutan zakat berkomputer

5. Mempercepatkan cara korporat dalam pengurusan memungut zakat

 

Perkhidmatan PPZ-MAIWP

 

PPZ-MAIWP diberi kuasa dan tanggungjawab untuk memungut zakat harta di Wilayah Persekutuan iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Pengagihan zakat atau program-program agihan kepada 8 asnaf yang layak menerima zakat adalah di bawah tanggungjawab Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 

Kemana Wang Zakat Diagihkan

Wang zakat diagihkan kepada 8 Asnaf (penerima zakat) sepertimana firman Allah di dalam surah At Taubah (ayat 60) melalui skim 28 bantuan yang bersifat jangka masa pendek dan jangkamasa panjang. Berikut senarai agihan wang zakat.

 

1. Bantuan Kewangan Bulanan

2. Bantuan Am Persekolahan

3. Bantuan Perniagaan

4. bantuan Deposit Sewa Beli Teksi

5. Bantuan Membina / Membaiki Rumah Dan Deposit Membeli Rumah Kos Rendah

6. Bantuan Tambang Dalam / Luar Negeri (Ibnu-Sabil)

7. Bantuan Segera

8. Bantuan Al-Riqab

9. Bantuan Am Pelajaran IPT

10. Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal (IPB)

11. Bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan & Institusi Pendidikan

12. Bantuan Ramadhan

13. Bantuan Perubatan

14. Bantuan Perkahwinan

15. Bantuan Deposit Sewa Rumah Dan Sewa Rumah Bulanan

16. Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)

17. Bantuan Musibah

18. Biasiswa Baitulmal / Insentif Khas Pelajar Cemerlang

19. Bantuan Peralatan Dan Kecemasan Persekolahan

20. Bantuan Tuisyen

21. Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran

22. Bantuan pertanian

23. Bantuan Deposit Van / Bas Sekolah

24. Bantuan Deposit Membeli Motorsikal Roda Tiga Untuk OKU

25. Bantuan Pelajaran Kolej Kejururawatan PUSRAWI

26. Bantuan Guaman Syarie

 

Kemudahan Yang Disediakan oleh PPZ

 

PPZ-MAIWP telah melakukan inisiatif bagi memudahkan masyarakat melaksanakan tanggungjawab berzakat melalui :-

 

cara membayar zakat

 

1. Portal www.zakat.com.my

Kemudahan kepada orang ramai untuk menunaikan zakat (24 jam)
Boleh membuat TAKSIRAN, BAYARAN, SEMAKAN ZAKAT

 

2. Aplikasi i-zakat

Boleh dimuat turun dari Google Play dan Apps Store
Menyediakan kemudahan TAKSIRAN, BAYARAN, SEMAKAN ZAKAT

 

3. Kaunter-kaunter PPZ-MAIWP

- Wisma PPZ, Taman Shamelin
- Bangunan Daruzzakah, Lorong Hj Hussien 2 Kg Bharu
- Masjid Negara. Jalan Perdana KL
- Wangsa Maju, Wangsa Delima 6
- Presint 9, Putrajaya
- Presint Diplomatik, Putrajaya
- Masjid At Taqwa, TTDI
- Masjid Abd Rahman B Auf, Jalan Puchong
- Masjid Imam Al Ghazali, kepong
- UTC Pudu Sentral
- Labuan Times Square

Waktu Operasi Kaunter
Isnin – Khamis (8.15 a.m – 4.45 p.m)
Jumaat (8.15 a.m – 12.30 p.m) (2.30 p.m – 4.45 p.m)
Ditutup pada Sabtu minggu pertama dan ketiga
UTC Sentral Pudu – 8.15 a.m – 10.00 p.m
Dibuka 7 hari seminggu pada Ramadhan & Disember

 

4. Perbankan Internet

Boleh membuat bayaran melalui perbankan Internet di 13 buah bank dilantik iaitu,

1. www.maybank2u.com.my

2. www.rhb.com.my

3. www.bankislam.biz

4. www.cimbclick.com.my

5. www.ambg.com.my

6. www.hsbc.com.my

7. www.publicbank.com.my

8. www.standardchartered.com.my

9. www.irakyat.com.my

10. www.ocbc.com.my

11. www.affinonline.com.my

12. www.hlisb.com.my

13. www.kfh.com.my

 

5. Skim Thohir

Boleh memotong zakat secara bulanan dan selaraskan dengan Potongan Cukai Berjadual (PCB). Potongan akan tertera di slip gaji bulanan.


 

6. Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIWP

Terdapat 2 buah kaunter bergerak sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Boleh membuat BAYARAN, TAKSIRAN dan SEMAKAN ZAKAT. 

 

Persepsi masyarakat terhadap PPZ-MAIWP

 

Orang ramai seringkali memandang PPZ-MAIWP dan BAITULMAL-MAIWP sebagai badan yang hanya tahu mengutip dana Zakat tetapi tidak menyalurkan dana zakat kepada asnaf yang memerlukan. Ini adalah salah tanggapan yang perlu diperbetulkan. PPZ-MAIWP dan juga BAITULMAL-MAIWP sedaya upaya mereka menggalas amanah yang berat ini dalam menerima Wang Zakat dan Mengagihkan Wang Zakat kepada pihak yang layak menerimanya mengikut prosedur yang sistematik dalam memastikan ia tidak disalahgunakan.

 

Selain itu, masyarakat juga selalu melihat PPZ-MAIWP melakukan peranan KUTIP dan AGIH seluruh Malaysia. Sedangkan PPZ-MAIWP hanya bertanggungjawab melakukan KUTIPAN hanya di Wilayah Persekutuan. TANGGAPAN INI JUGA HARUS DIPERBETULKAN.

 

PPZ-MAIWP – Pautan

 

Untuk maklumat lanjut tentang fungi PPZ dan juga MAIWP anda boleh layari laman web :

 

1. Pusat Pugutan Zakat Wilayah Persekutuan = http://www.zakat.com.my

2. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Agihan Zakat) = http://www.maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/agihan-zakat

3. Facebook Fanpage PPZ-MAIWP = https://www.facebook.com/myzakat/

4. Youtube = www.youTube.com/ppztv

5. Pusat Panggilan PPZ-MAIWP = 1-300-88-5757

6. Facebook Fanpage Baitulmal MAIWP = https://www.facebook.com/baitulmal.wp

7. Pusat Panggilan Baitulmal-MAIWP = 1-800-88-5222/012-518 3614/012-512 7614

 

 

kempen zakat online

 

 

Selamat menunaikan zakat. =D

Review Testimoni Dewi Beauty Care-Pengguna Lelaki

Sudah almost 2 weeks menggunakan skincare Dewi Beauty Care di wajah. This is my first time consume skincare set yang ada cream, toner bagai. Biasa kita pakai pencuci muka je. Macam cerewet betul nak kena ada cream malam, cream siang, toner semua itu. Aku nie jenis yang simple kalau boleh semua nak mudah je. But, i can say that skincare Dewi Beauty Care ini memang best betul. Korang yang still mencari skincare untuk kulit wajah, i highly recommended Dewi Beauty Care. Korang yang belum mengenali produk Dewi Beauty Care, boleh baca Entri Dewi Beauty Care di SINI.

 

 

Aku yakin dan percaya lelaki zaman sekarang ramai je yang consume skincare set kan? Kawan-kawan lelaki aku pun ramai yang menggunakan set skincare untuk mengatasi masalah kulit muka. Muka aset penting kot. Jerawat tumbuh sebijik pun kau terus cungkil sampai naik lebam jerawat tu kan LOL haha.

 

 

Untuk pengetahuan korang, antara masalah kulit wajah yang aku alami ialah :-

 

1) Jerawat

2) Parut Jerawat

3) White Heads and Black Heads

4) Kulit Kusam

 

 

Testimoni Dewi Beauty Care

 

Dengan pemakaian Dewi Beauty Care, aku dapat lihat terdapat beberapa perubahan positif pada kulit wajah aku. Bukanlah perubahan dari muka macam mat bangla tiba-tiba bertukar jadi mat korea ye hihi. Mari nak bagitahu apa perubahan tersebut.

 

 

1) Jerawat cepat kecut and hilang. Setiap minggu mesti ada paling common pun sebiji jerawat batu/jerawat pasir dekat muka. Alhamdulillah jerawat cepat kecut and hilang.

2) Parut Jerawat memang degil & susah betul nak hilang dalam masa yang singkat. But, parut of course makin pudar.

3) Paling gembira bila white heads di sekitar hidung and dagu makin kurang. Biasa sekali picit hidung banyak betul white heads melekat ew. Black heads pulak makin pudar.

4) Masalah kulit kusam ini susah betul nak rawat. Biasalah hari-hari terdedah dengan matahari & tidur pun kekadang kurang. Campur stress keje lagi. Mau tak kusam kulit kan. Tapi sekarang dah tak berapa nak kusam sangat. \0/  

 

 

Korang yang still mencari set skincare yang bagus untuk kulit muka, apa kata try produk Dewi Beauty Care nie. Aku pun dah cuba dan berpuas hati. Anda bila lagi? Disebabkan berpuas hati dengan testimoni Dewi beauty Care, nak belanja gambar selfie before and after lah haha =P

 

 

testimoni dewi beauty care

 

 

Macam sama je kan muka aku before and after. Apsal style rambut pulak berubah haha. Yela macam yang aku cakap tadi la jangan la expect kulit muka aku tiba-tiba jadi flawless bak mat korea. Cuma aku tahu la apa perubahan di kulit wajah aku dah aku hari-hari tengok cermin kan. Gambar atas nie gambar original no filter no editing guna 360 okey.

 

 

Harga Dewi Beauty Care

 

WM RM99.00
EM RM109.00
Call/ Whatsapp 018 255 7994

 

Details mengenai produk Dewi Beauty Care, korang boleh follow diorang di,

 

Facebook Dewi Beaty Care

Instagram Dewi Beauty Care

Website

 

 

Jom cuba set skincare Dewi Beauty Care!

Layan Ikan Bakar & Karaoke Santai di Restoran Tasik Idaman

Kalau korang nak merasai pengalaman dinner ikan bakar sambil layan karaoke ditepi tasik, bolehlah ke Restoran Tasik Idaman, Dengkil. Dah beberapa kali jugak datang ke Restoran Tasik Idaman dan pernah juga mencabar vokal sendiri karaoke di sana kahkah. Malu kita karaoke ditempat terbuka ini. Biasa karaoke indoor je. Nasib suara tak berapa nak sumbang sangat cuma tempo je lari sikit. \0/

ikan bakar restoran tasik idaman

Di Restoran Tasik Idaman, korang boleh pilih samada nak menjamu selera di port atas air (tempat makan atas tasik) atau di atas darat (depan pentas karaoke). Aku dah makan diatas air dan di atas darat. Paling feel bila makan atas air. Cuma nanti akan rasa bergoyang-goyang sikit la. Kalau nak layan karaoke, boleh la pilih meja di depan pentas karaoke. 


ikan bakar restoran tasik idaman



Yang gian nak karaoke, boleh lah menyumbangkan suara korang sekali. Manatahu nanti boleh jadi penyanyi jemputan ke kan? Saya dah berjaya sumbangkan lagu Kerana - Alleycats hahaha. Kalau tak silap harga untuk sebuah lagu RM2.00. Siap ada deejay yang sangat best lagi akan menghiburkan korang. 


ikan bakar restoran tasik idaman



Sambil makan, sambil korang dihiburkan dengan deejay & suara merdu pengunjung. Nak tujukan lagu untuk yang tersayang pun boleh. 


Menu yang paling istimewa di sini mestilah ikan bakar. So, kalau datang sini, wajib order ikan bakar tau. Menu lain pun not bad. 


ikan bakar restoran tasik idaman




ikan bakar restoran tasik idaman




ikan bakar restoran tasik idaman



Gambar dibawah ini merupakan antara feedback customer Restoran Tasik Idaman. Ramai customer yang kasi 5 bintang.\0/


ikan bakar restoran tasik idaman


Details mengenai Restoran Tasik Idaman, korang boleh follow diorang di, 



Selamat menjamu selera & karaoke santai di Restoran Tasik Idaman guys! 

Kulit Wajah Putih Bersih Dengan Dewi Beauty Care

Setelah almost sebulan tak pakai apa-apa produk muka (hanya consume wudhuk hehe), kali ini aku cuba produk Dewi Beauty Care pulak. Produk yang diasaskan oleh Puan Al Syuhada Waliyah ini akan menolong anda menyelesaikan masalah kulit wajah dalam masa 3 hari sahaja. Senangnya nak cantik kan? hihi =P

Terdapat 4 komponen utama di dalam setiap set Dewi Beauty Care iaitu,


+ Floral Soap 50 gm
+ Floral Toner 30 ml
+ Floral Night Cream 10 gm
+ Floral Day Cream 10 gm

produk dewi beauty care


Firstime pakai produk 4 in 1 macam ini. Biasa pakai 1 produk pencuci muka je. Takdenya nak tonyoh toner, cream malam, cream siang bagai kan sebab bagi aku produk macam nie cerewat sangat haha. Kita suka yang simple saje. Bagi perempuan rasanya memang takde masalah kan? Harap produk ini dapat la merawat kulit wajah aku yang kusam ini T_T.  

Floral Toner


Memberi kesegaran pada kulit wajah, mengecilkan liang roma, mengering serta mengecutkan jerawat, membantu menyingkirkan bakteria pada kulit wajah dan juga leher, agak kelihatan cerah, bersih, bebas daki dan memudahkan penyerapan krim siang dan juga krim malam.

Cara Penggunaan. Digunakan selepas mencuci wajah, titikkan toner pada kapas 3-4 titik, sapukan pada seluruh wajah dan juga bahagian leher serta tengkuk, jangan sapukan pada bahagian sekitar mata dan juga sekitar mulut.

Floral Soap


Membantu membersihkan dengan mendalam untuk menanggalkan kotoran pada wajah, mencerahkan, melembapkan serta menegangkan. Formulasi istimewa dirumus khas dengan Teknologi KOREA yang mengandungi Collagen, Stem Cell dan Vitamin C untuk membantu mempercepatkan proses pencerahan kulit wajah.

Cara Penggunaan. Bersihkan wajah menggunakan air biasa kemudian buih sabun diurut lembur dari arah dagu ke dahi, bilas menggunakan air bersih.

Floral Night Cream





Rawatan pada waktu malam yang membantu mencerahkan kulit, mengecilkan jerawat, merawat kulit berminyak, menutup liang roma, menghilangkan garis halus, bintik hitam, serta meningkatkan keanjalan kulit wajah.

Cara Penggunaan. Digunakan hanya pada waktu malam sahaja, ulang cara penggunaan sabun serta toner kemudian sapukan krim malam dari dagu ke dahi dengan urutan perlahan untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit wajah.


Floral Day Cream

produk dewi beauty care


Mengandungi SPF 40 yang membantu melindungi kulit daripada sinaran ultra UV, serta membantu mencerahkan kulit, agar kelihatan gebu dan bersinar. Ianya juga menghilangkan parut, merawat jeragat, menjadikan kulit tegang, lebih halus menawan serta awet muda.

Cara Penggunaan. Digunakan selepas penggunaan sabun dan juga toner, sapu nipis day cream pada wajah dengan melakukan urutan dari dagu ke dahi.


Kenapa Dewi Beauty Care?


+ Penggunaan yang senang. Hanya Cuci Muka, Sapu Toner, dan kemudian Krim Pagi/Malam
+ Dalam masa 3 HARI anda akan nampak perbezaan yang ketara pada wajah ANDA
+ Anda tidak akan percaya dengan HARGA kami. Dan anda akan dapat HADIAH percuma lagi
+ Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
+ Lebih 200 testimoni kami terima dalam kurang dari 7 hari
+ Keberkesanan yang amat tinggi 97%
+ Diluluskan oleh KKM
+ Berkesan dalam 3 HARI
+ Sesuai untuk Lelaki dan Perempuan
+ Peluang untuk menjadi Agen
+ Menangi Iphone 6, Percutian Hotel 5*, Barang Kemas dan lain-lain!!!


Testimoni Dewi Beauty Care


Terdapat banyak feedback & testimoni positif mengenai produk Dewi Beauty Care. Aku yang duk tengok testimoni pun teruja betul dengan produk ini kot. Wanita yang menjaga betul kecantikan kulit wajah confirm lagi teruja kan. Jom kita tengok antara testimoni pengguna Dewi Beauty Care.

















Harga Dewi Beauty Care


WM RM99.00
EM RM109.00
Call/ Whatsapp 018 255 7994


Details mengenai produk Dewi Beauty Care, korang boleh follow diorang di,

DASHING-Pencuci Muka Terbaik Untuk Lelaki Aktif

Jejaka diluar sana pasti tidak asing dengan produk penjagaan diri dari Dashing kan? Aku sendiri sejak zaman sekolah memang pengguna produk Dashing. Paling suka bedak talkum dari Dashing. Pergi sekolah memang sapu bedak talkum. Badan rasa segar je sampai balik sekolah. \0/


pencuci muka dashing


Berita baik untuk korang, Dashing telah bekerjasama dengan Kelab Bola Sepak Manchester City dan memperkenalkan pencuci muka khas untuk lelaki yang aktif diluar sana. Tak rasa excited ke nak mencuba pencuci muka dari Dashing? Ada 5 produk pencuci muka dari Dashing.


ICY FRESH

pencuci muka dashing_icy fresh


Mengandungi Ice Glacier Water untuk menyegarkan dan penghidratan kulit. Membuatkan kulit segar dan sensasi penyejukan kulit yang tahan lama. Mengatasi masalah kekeringan kulit wajah.

 

OIL CLEAR


pencuci muka dashing_oil clear


Dirumuskan dengan ramuan rahsia Bamboo Charcoal yang berkesan menghilangkan kotoran dan minyak yang berlebihan pada kulit wajah menjadikan kulit wajah bebas minyak.


EXTRA WHITE


pencuci muka dashing_extra white


Diformulasikan dari Swiss Alpine Plants, Dashing EXTRA WHITE memberikan anda kulit yang lebih cerah dan tona kulit yang sekata serta mengatasi masalah kulit muka yang disebabkan oleh UV.


ACNE FREE


pencuci muka dashing_acne free


Diformulasikan dengan Zinc & Clay untuk melawan bakteria yang mengakibatkan jerawat di kulit wajah. Kulit bertambah licin & sihat serta bebas dari Jerawat.

 

WHITENING SCRUB


pencuci muka dashing_whitening scrub


Ingin mendapatkan kulit yang flawless? Boleh cuba Dashing WHITENING SCRUB. Diformulasikan dari Sea Salt yang membersihkan as well as exfoliates kulit wajah anda yang bermasalah. Mencegah masalah liang roma, membuang kekotoran dan bintik –bintik hitam (blackheads) pada kulit wajah anda.

Aku sendiri pun dah confius nak cuba produk mana. Kulit wajah aku boleh tahan juga bermasalah. Jerawat, kulit berminyak, blackheads, menggelupas semua ada. Kang kita pakai kelima-lima produk kang haa T_T

Kesemua Pembersih Muka Dashing yang disenaraikan boleh didapati dengan harga RM6.90 untuk 50 g dan RM10.90 untuk 100 g.


Dah beli pencuci muka Dashing, jangan lupa menyertai contest menarik yang dianjurkan okey. 11 Pemenang bertuah bakal memenangi 6 hari 5 malam fully paid trip ke Manchester, UK. Trip ini juga termasuk latihan 3 hari di City Football Academy, lawatan ke Stadium Etihad dan tiket VIP menonton perlawanan Manchester City FC dan Machester United pada 19th March 2016. Best gila kan?! Kaki bola wajib join nie.

Apa yang korang perlu lakukan untuk menyertai contest ini dengan hanyalah membeli mana-mana produk Dashing atau Elite dan menghantar SMS mudah seperti yang dinyatakan pada botol produk. Contest berakhir 31 Disember 2015. Jangan lupa join tau. =D

Best Mens Sport Bags

clip_image002

 

 

Jika wanita memerlukan tips membeli beg tangan atau handbags yang terbaik, kaum lelaki pula harus mengetahui apakah ciri-ciri fitness bags atau the best mens sport bags yang harus mereka miliki. Lebih-lebih lagi mereka yang kerap ke gymnasium untuk melakukan senaman, mereka haruslah membawa segala barangan keperluan yang penting dan oleh kerana itu, sebuah beg yang sempurna harus ada! Apakah keperluan yang perlu dibawa semasa ingin ke gymnasium?

 

1. Tuala bersih

2. T-shirt bersih

3. Selipar

4. Pencuci muka & syampu

5. Botol air

6. Deodorant

 

As for me, aku bukanlah kaki gym sangat pun but for sure aku juga mempunyai satu beg khusus yang boleh memuatkan segala barang keperluan seperti toiletries & barang keperluan yang aku senaraikan di atas. Kebiasaannya beg tersebut akan aku gunakan ketika travel, balik kampung, lepak rumah member atau check in hotel –.-

 

 

clip_image004

 

 

Bagi kaki gym pula, anda pastinya memerlukan sebuah gym bag yang berkualiti. Bagaimanakah cara untuk mengetahui sama ada beg tersebut adalah berkualiti atau tidak? Always go for the best brands! Contoh jenama sukan yang terbaik dan boleh dipercayai adalah Nike, Adidas, PUMA dan Reebok.

 

 

clip_image006

 

 

Second in mind adalah keluasan beg tersebut. Pastikan anda membeli beg sukan yang benar-benar spacious dan boleh memuatkan segala barangan keperluan anda.

 

 

clip_image008

 

 

Yang ketiga, beli beg sukan yang mudah dibawa oleh anda. Sama ada pilihan anda adalah backpack, sling bag mahupun duffel bag. Keselesaan anda ketika membawa beg tersebut adalah keutamaan untuk mengelakkan daripada anda mengalami sebarang kesakitan badan.

 

clip_image010

 

Dan yang terakhir sekali adalah beli beg gym yang versatile atau dengan kata lain, boleh anda bawa bukan sahaja ke gym, malah untuk kegunaan yang lain juga.

 

Selamat membuat pilihan yang bijak!