Nak rasa makan malam di atas bukit dan bertemankan lagu-lagu jiwang? Mungkin korang boleh cuba makan malam di Restoran Pizza Vs Satay, Bukit Panorama, Kuala Terengganu. Aku firstime datang makan di Restoran Pizza Vs Satay tapi bukan makan malam. Makan petang hehe. Too bad sebab kitorang pergi ketika Kuala Terengganu dilanda jerebu. So, memang tak dapat nak menikmati sangat keindahan panorama di atas Bukit Panorama. Boleh menikmati jerebu jela. T_T
Makanan di sana tidaklah sedap sangat. Chef’s Special yang aku order tu sangat mengecewakan sekali. Dia punya presentation boleh dipuji but sometimes the presentation did not potrait the taste. Sekadar nak cuba bolehlah. Makanan lain yang kitorang order boleh la. 3 out of 5 star. Maybe bukan rezeki aku on that day kan. And service pun agak slow. Boleh diperbaiki lagi sebab Restoran ini aku tengok boleh tahan customers. Makanan yang paling lambat sampai ialah John Meets Mary which is Roti John je sebenarnya. Cuma nama dia agak hipster sekali haha.
Kitorang sampai around pukul 6 petang macam tu. Takde customer sangat. Then bila dah siap makan, makin ramai customers. Makin meriah pulak Restoran Pizza Vs Satay. Kalau datang makan malam di restoran ini, macam lagi best pulak. Okey bolehlah lepasnie kita datang dinner date pulak di Restoran Pizza Vs Satay and mencuba menu lain pula. Macam-macam menu ada. Kalau ada RM10.00 je jangan harap lah nak datang makan di sini okey. Paling common pun bawa RM20.00 kahkah. =P
Landmark ke Restoran Pizza Vs Satay? Korang waze jela Bukit Panorama. Then naik sampai ke puncak bukit. Restoran ini di puncak bukit Panorama. Sambil makan, sambil menikmati keindahan panorama. Ha gitu.
5 Komen untuk "Restoran Pizza Vs Satay di Bukit Panorama, Kuala Terengganu"
Hiasan yang indah hanya attract kita untuk makan... selalu kena macam ni... lastly kecewa... rasa yang so-so... tak kena dengan harga jugak...
Makanan favourite kita adalah satay!! Jauh benor nak ke Kuala Terengganu tuew.. Delivery xde ke? hahah..
kata chef hari tu, mata kita yang makan dulu. sbab tu dressing kena lawa. pape pun, memang kena jejak sekali nih. romantik sangat nih. hek3
cari makan kat sini jap... isi tabung jap...
Boleh tahan jgk la mkanan kt sini..dh 4 kali aku pergi..harga mcm mkn kt restoran je la..nk murah mkn kt warung la..haha