4 Tips Memilih Jam Tangan Lelaki

Harini nak kongsikan dengan korang semua mengenai tips memilih jam tangan lelaki. Aku nie nak kongsi tips memilih jam tangan tapi aku sendiri tak pakai jam tangan pun. Seriously jam tangan aku adalah handphone aku. Kalau bangun pagi handphone tiada di sisi, memang mengundang masuk kerja lewat la. Kalau handphone aku kehabisan bateri, lagi gelabah. Lagi-lagi bila diluar kawasan. Sendu sangat seorang Apijol ini. Jam terakhir aku ialah jam tangan yang ayah aku kasi masa aku masuk universiti haritu. Sempat guna around 2 tahun jugak then habis bateri. Sampai sekarang aku tak tukar bateri dia & sampai sekarang juga lah aku tak pakai jam. Sedih amat haha. Sekarang macam nak beli jam baru memandangkan sejak aku tiada jam ini, macam selalu sangat aku tak menepati masa. Padahal dah memang tabiat LOL. Jom berubah! \0/

 

 

tips memilih jam tangan lelaki

 

 

Jam tangan adalah antara aksesori fesyen yang paling penting untuk lelaki. Ini kerana ia adalah elemen stail yang sangat diperlukan oleh setiap lelaki di luar sana untuk kehidupan seharian. Perkembangan trend fesyen terkini untuk lelaki telah melahirkan banyak koleksi fesyen lelaki yang sangat menarik. Antara kategori fesyen yang mengalami perubahan yang cukup memberangsangkan adalah aksesori yang mana menempatkan jam tangan. Banyak jam kasual lelaki mula menjadi pilihan untuk ke pejabat, ke tempat kerja dan juga untuk tujuan yang lebih formal. Namun ada juga yang masih mengekalkan untuk memakai jam yang bersesuaian dengan baju sut bagi kelihatan lebih sofistikated dan professional.

 

 

Mari kita lihat 4 tips memilih jam tangan lelaki yang terbaik.

 

 

  • Pertimbangkan gaya kehidupan anda sebelum memilih jam tangan yang anda mahukan. Mungkin anda mahukan jam tangan yang berlainan jenis untuk disesuaikan di tempat kerja ataupun ketika berada di luar yang lebih kasual. Namun jika anda mahukan jam tangan yang lebih bergaya, pilih jam yang klasik dan tahan lama.

 

 

 

tips memilih jam tangan lelaki

 

 

  • Gelang jam yang tahan karat adalah lebih praktikal daripada yang diperbuat daripada kulit dan sudah pastinya adalah lebih tahan lama juga. Ianya cukup bergaya untuk dipakai bersama baju sut dan cukup kasual untuk dipakai ketika keluar pada hujung minggu kerana ianya sangat versatile.

 

 

 

tips memilih jam tangan lelaki

 

 

  • Saiz permukaan jam juga memainkan peranan yang sangat penting. Pilih jam dengan saiz wajah yang sesuai dengan pergelangan tangan anda.

 

 

tips memilih jam tangan lelaki

  • Jika anda adalah seorang yang aktif ataupun sebagai langkah berjaga-jaga, dapatkan jam tangan kalis air. Ianya dapat mengelakkan daripada jam anda rosak jika terkena air hujan misalnya.

 

 

Semoga 4 tips memilih jam tangan ini dapat membantu anda semua untuk memilih jam tangan baru =D

14 comments:

  1. Nice tips. Tapi kita tak suka pakai jam tangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka je pakai jam tangan tapi dah lama gila x pakai haha

      Delete
  2. jam baru je habis batery.. nice sharing

    ReplyDelete
  3. Aku dah lama doh tak pakai jam tangan hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela sama la aku pun. tengah berfikir nak beli jam baru nie

      Delete
  4. Tukar la batteri baru Apijol oii.. bukan rosak pon

    Aku plak xleh tak pakai... rasa tangan ringan sgt je haha

    Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha macam2. ada yg suka pakai jam. ada yg x suka. oh ya sebenarnya bukan masalah battery je. jam dah putus jugak.. T_T

      Delete
  5. done follow sini..
    http://muslimahsejati96.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Lelaki byk kriteria dia tgk....mmm.klu pmpuan cantik amikje..rm10 pon boleh..hahababa...eh pijol blog btukar dh...nice!

    ReplyDelete
  7. Sangat bergaya klau jam tangan kna gayanya.tips padanan jam dapat menambah suasana.

    ReplyDelete
  8. kalu jenis lengan kecik cane?? pakai jam beso mcm buruk jee...?
    tip sikit abam..

    ReplyDelete
  9. nice tips.. thanks for sharing

    ReplyDelete